Republik Taiwan (1895)

Republik bersejarah ini haruslah tidak dikelirukan dengan cadangan negara "Republik Taiwan."

Republik Taiwan (Cina Tradisional: 臺灣民主國, Cina Ringkas: 台湾民主国, pinyin: Táiwān Mínzhǔguó; har. "Negeri Demokratik Taiwan"; juga dikenali sebagai Republik Formosa) ialah sebuah negeri republik pendek hayat yang pernah wujud di Pulau Taiwan pada tahun 1895, antara peristiwa penyerahan Taiwan secara rasmi oleh kerajaan China Dinasti Qing kepada Empayar Jepun melalui Perjanjian Shimonoseki dan kedatangan tentera Jepun dan pengisytiharan kedaulatan Jepun. Walaupun diakui oleh sesetengah ahli sejarah dan politik sebagai republik Asia terulung pernah diisytiharkan, namun Republik Taiwan ini didahului Republik Lanfang yang diasaskan pada tahun 1777.

Republik Formosa
台灣民主國
1895–1895
Bendera Taiwan/Formosa
Mohor Republik Taiwan/Formosa
Bendera Mohor Republik
Wilayah Republik Formosa sebelum serangan Jepun
Wilayah Republik Formosa sebelum serangan Jepun
StatusNegeri tidak diiktiraf
Ibu negaraTaipei (berpindah ke Tainan)
Bahasa yang umum digunakanMandarin, Hoklo, Hakka
KerajaanRepublik
Presiden 
• Mei 1895 - Jun 1895
Tang Ching-sung
• Jun - Oktober 1895
Liu Yung-fu (de facto)
Era SejarahImperialisme Baru
24 Mei 1895
• Ditawan
23 Oktober 1895
Populasi
• 1895
2,980,000
Mata wangTahil Qing
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Qing
Empayar Jepun
Lukisan tentera Jepun menawan Taipei".

Republik ini diisytiharkan oleh sekumpulan pegawai tinggi dan ahli-ahli ningrat tempatan yang menyokong kerajaan Qing dengan harapan menghalang pengambilan Taiwan oleh Jepun setelah diserahkan oleh China di bawah Perjanjian Shimonoseki. Kebanyakan pegawai ini melarikan diri dari pulau itu selepas kemasukan Jepun. Pada 24 Mei 1895, terjemahan bahasa Inggeris bagi perisytiharan kemerdekaan dihantar ke semua kedutaan di pulau, diikuti satu upcara pada hari berikutnya. Kerajaan republik itu mampu mengeluarkan setem di bawah naungan republik. Sejak itu, para pengasas republik menegaskan bahawa tindakan mereka menunjukkan rasa taat mereka kepada kerajaan Qing dan mengakui diri sebagai negara ufti kepada negara Qing.

Meskipun sama namanya, penyokong "Republik Taiwan" zaman sekarang (sebagai sebahagian pergerakan kemerdekaan Taiwan) kelihatan menafikan sebarang hubungan antara dua republik berkenaan, oleh itu tidak mengakui kebangkitan entiti lama tersebut dan tidak juga menganggap dirinya sebagai hasil politik pergerakan lama tersebut. Sebabnya ialah Republik Taiwan yang terawal diasaskan sebagai tanda ketaatan kepada kerajaan China sementara penyokong Republik Taiwan moden hendak memisahkan pulau berkenaan dari China.

Presiden Republik Taiwan sunting

Lihat juga sunting