Rehat dalam damai

(Dilencongkan dari Requiescat in pace)

Frasa bahasa Latin requiescat in pace (Inggeris: rest in peace; RIP; "bersemadilah aman"), ialah suatu frasa yang digunakan dalam ibadat dan doa Kristian tradisional, seperti dalam aliran Katolik,[1] Lutheran,[2] Anglikan dan Metodist,[3] sebagai doa agar roh mendapat rehat dan kedamaian kekal yang baik. Ia mula menjadi kelaziman pada tulisan batu nisan sejak abad ke-18, dan digunakan secara meluas kini ketika mendengar khabar kematian seseorang.

Keterangan sunting

Frasa dormit in pace ("[dia] berehat dalam damai") ditemui dalam katakombe orang Kristian awal dan menunjukkan bahawa "mereka mati dalam kedamaian Gereja, iaitu, bersatu dalam Kristus."[4][5][6] Singkatan RIP, requiescat in pace, "bersemadilah dengan aman", terus terukir pada batu nisan orang Kristian,[7] terutamanya dalam mazhab Katolik, Lutheran, dan Anglikan.[8]

Sejarah sunting

 
Batu nisan abad ke-7 dari Narbonne bermula dengan requiescunt in pace. Ia telah ditafsirkan dengan pelbagai cara sebagai "inskripsi berkaitan dengan Yahudi Perancis"[9] atau sebagai inskripsi Yahudi.[10]

Ungkapan ini pertama kali ditemui pada batu nisan sebelum abad kelima.[11][12][13] Ia menjadi frasa lazim di kubur-kubur Kristian pada abad ke-18,[8] dan bagi Anglikan High Church, Metodis,[14] serta Katolik khususnya, ia adalah suatu doa agar jiwa mereka mendapat ketenangan di alam kelak.[7] Apabila frasa itu menjadi konvensional, ketiadaan rujukan kepada roh menyebabkan orang menganggap bahawa tubuh fizikal yang didoakan agar berbaring dengan aman di dalam kubur.[15] Ini dikaitkan dengan doktrin Kristian tentang penghakiman tertentu; iaitu roh berpisah daripada jasad selepas kematian, tetapi jiwa dan jasad akan disatukan semula pada Hari Kebangkitan.[16]

Gunakan dalam pelbagai agama sunting

Protestan Ireland sunting

Pada 2017, ahli Ordo Jingga di Ireland Utara menyeru warga Protestan agar berhenti menggunakan frasa "RIP" atau "Rest in Peace".[17] Wallace Thompson, setiausaha Persatuan Protestan Evangelikal, berkata dalam program BBC Radio Ulster bahawa beliau menggalakkan Protestan agar mengelak daripada menggunakan istilah "RIP", dengan hujah bawaha RIP ialah doa untuk orang mati, dan dianggapnya bercanggah dengan doktrin Protestan.[18] Dalam program radio yang sama, ahli Presbyterian Ken Newell pula tidak bersetuju bahawa orang ramai berdoa untuk orang mati apabila mereka menggunakan frasa itu.

Yahudi sunting

Ungkapan ini adalah "tidak lazim digunakan dalam konteks Yahudi", walaupun sesetengah pengulas mengatakan bahawa ia "selaras dengan amalan Yahudi".[19] Ungkapan Ibrani tradisional עליו השלום, secara harafiah "semoga damai sejahtera ke atasnya," kadangkala diterjemahkan sebagai "semoga dia berehat dengan aman."[20][21] Sebaliknya, sesetengah orang Yahudi membantah menggunakan frasa RIP bagi orang Yahudi kerana menganggapnya mencerminkan perspektif Kristian.[22][23]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Catholic Prayers in Spanish and English (dalam bahasa Inggeris). Harvard University Press. 1900. m/s. 45.
  2. ^ Kurtz, Benjamin (1860). Lutheran Prayer Book (dalam bahasa Inggeris). T. Newton Kurtz. m/s. 124.
  3. ^ Langford, Andy (1 December 2010). Christian Funerals (dalam bahasa Inggeris). Abingdon Press. m/s. 56. ISBN 9781426730146.
  4. ^ Yaggy, Levi W.; Haines, Thomas Louis (1886). Museum of Antiquity: A Description of Ancient Life—the Employments, Amusements, Customs and Habits, the Cities, Places, Monuments and Tombs, the Literature and Fine Arts of 3,000 Years Ago. Law, King & Law. m/s. 885.
  5. ^ Tuker, Mildred Anna Rosalie; Malleson, Hope (1900). "Introduction to the Catacombs". Handbook to Christian and Ecclesiastical Rome: The Christian monuments of Rome. A. and C. Black. m/s. 411. Dormit, he sleeps, as an expression for death is proper to Christianity. Dormitio, in somno pacis, dormivit are therefore very frequently found. These and the expression Dormierit in Domino (may he sleep in the Lord) are to be seen especially in loculi of the II. and II. centuries, and occur in S. Agnese.
  6. ^ Leahy, Brendan (2012). His Mass and Ours: Meditations on Living Eucharistically. New City Press. m/s. 53. ISBN 9781565484481. Signs such as "RIP" (Rest in Peace) on the tombs of the early Christians did not just mean they died "peacefully" but that they died in the peace of the Church, that is, united in Christ in the Church and not apart from it.
  7. ^ a b Mytum, H. C. (31 December 2003). "Christian Denominations". Mortuary Monuments and Burial Grounds of the Historic Period. Springer Science & Business Media. m/s. 139. ISBN 9780306480768.
  8. ^ a b Tarling, Nicholas (16 May 2014). Choral Masterpieces: Major and Minor. Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 87. ISBN 9781442234536.
  9. ^ Broydé, Isaac Luria (1906). "France". Dalam Vizetelly (penyunting). The Jewish Encyclopedia. V. New York and London: Funk and Wagnalls Company. m/s. 445. OCLC 61956716. Invalid |display-authors=1 (bantuan)
  10. ^ Fellous, Sonia (Mei 3, 2018). "Les noms des juifs à Paris (XIIe-XIVe siècle)". Dalam Nadiras, Sébastien (penyunting). Noms de lieux, noms de personnes: la question des sources. doi:10.4000/books.pan.951. ISBN 9791036512308. OCLC 1193020908. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 29, 2020. Dicapai pada September 26, 2020. Mais la date du décès est calculée en fonction du calendrier local, ici celui du règne du roi Egica, et non en fonction du calendrier juif comme au bas Moyen Âge.
  11. ^ Spencer Northcote (1878). Epitaphs of the Catacombs During the First Four Centuries. London: Longmans, Green. m/s. 79.
  12. ^ The Church of England magazine. Church Pastoral-aid Society. 1842. m/s. 208.
  13. ^ Robert Jefferson Breckinridge, Andrew Boyd Cross (1837). "Antiquity of the Religion". The Baltimore literary and religious magazine. 3. m/s. 206.
  14. ^ Gould, James B. (2016-08-04). Understanding Prayer for the Dead: Its Foundation in History and Logic. Wipf and Stock. m/s. 58. ISBN 9781620329887. Dicapai pada 2017-07-25.
  15. ^ Joshua Scodel (1991), The English poetic epitaph, Cornell University Press, m/s. 269, ISBN 978-0-8014-2482-3
  16. ^ Karl Siegfried Guthke (2003), Epitaph culture in the West, m/s. 336
  17. ^ Edwards, Rodney (2017-07-20). "Orangemen warned to 'reject Rome' and not use RIP on social media". The Impartial Reporter. Dicapai pada 2017-07-25.
  18. ^ "Orange Order calls on Protestants not to use the phrase 'RIP'". BBC News. 2017-07-24. Dicapai pada 2017-07-24.
  19. ^ Rabbi Julie Zupan, "What is the Jewish expression to refer to someone who has died?", ReformJudaism.org
  20. ^ Lewis Glinert, The Joys of Hebrew, ISBN 0190282177, 1993, s.v. 'Aláv/aléha ha-shalóm'
  21. ^ Jewish Language Project, Jewish English Lexicon, [https://jel.jewish-languages.org/words/421 s.v. 'olav ha-sholom'
  22. ^ David Ian Klein, "Jewish Twitter claps back at Christian-inflected condolences for RBG", Forward, September 21, 2020
  23. ^ Shlomo Zuckier, "What Ruth Bader Ginsburg's Online Mourners Got Right and Wrong about Jews, Death, and the Afterlife", Mosaic: Advancing Jewish Thought, September 25, 2020