Rerambut akar

Rerambut akar ialah suatu ciri yang tumbuh sebagai terbitan sel epidermis akar tumbuhan. Rerambut ini dijumpai di bahagian akar yang mengalami pematangan. Sel-sel ini membantu dalam serapan air dengan meningkatkan jumlah luas permukaan per isi padu akar lalu membanyakkan lagi isi padu air yang boleh diresap. Vakuol besar rerambut akar juga menjadikan proses resapan lebih cekap. Rerambut akar juga penting dalam penyerapan nutrien selaku perantara antara tumbuhan dengan kulat. Rerambut akar juga mengeluarkan asid seperti asid malik dan asid sitrik yang melarukan mineral-mineral diserap dengan mengolahkan tahap pengoksidaan mineral untuk memudahkan lagi serapan.[1]

Rerambut akar pada hujung akar.

RujukanSunting

  1. ^ Gerke, Jörg; Römer, Wilhelm; Jungk, Albrecht (1994). "The excretion of citric and malic acid by proteoid roots of Lupinus albus L.; effects on soil solution concentrations of phosphate, iron, and aluminum in the proteoid rhizosphere in samples of an oxisol and a luvisol". Zeitschrift für Pflanzenernährung und Bodenkunde (dalam bahasa Inggeris). 157 (4): 289–294. doi:10.1002/jpln.19941570408.