Res 2 (kadangkala diolah sebagai Res2) merupakan sebuah kumpulan gadis Malaysia.[1] Ditubuhkan pada 1992 dan merupakan kumpulan muzik pertama di bawah payung syarikat rakaman Suria Records, ahli klasik kumpulan ini terdiri daripada Erin, Baby Arin, Umie, Watie, Yatie dan Dida. Kumpulan ini mula dikenali umum menerusi lagu hits mereka, "Kepastian dan Pengertian" yang dimuatkan dalam album sulung mereka, 3C - Cita-Cita & Cinta.[2][3]

Res'2
Res 2 pada 1993.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Res'2, Res2
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1992–1997
Syarikat rakaman
Suria Records (1993–1997)
Bekas ahliErin
Baby Arin
Umie
Watie
Yatie
Dida

Sejarah sunting

Res2 - disebut sebagai Restu - ditubuhkan pada penghujung 1992 ketika demam muzik rap sedang melanda Malaysia. Mungkin berinspirasikan nama kumpulan rap yang sedang popular iaitu 4U2C, maka Res2 juga memilih nama yang menggunakan nombor sebagai pengganti (sebahagian) perkataan. Pada mulanya pihak media cetak agak bercelaru untuk menulis nama Res2, ada yang menulisnya sebagai Rest-2 dan ada pula yang menulisnya sebagai Res'2. Hanya selepas album mereka dikeluarkan tidak lama kemudian barulah ejaan nama Res2 dapat dipastikan.[4][5]

Ahli Res2 semasa awal kemunculan mereka ialah Baby Arin, Erin, Ezza, Yati dan Wati. Mereka berlima pada asalnya merupakan penari sambilan dalam kumpulan Tag Dancers pimpinan Shawal. Tugas mereka ketika itu ialah sebagai penari iringan kepada penyanyi-penyanyi popular yang membuat persembahan pentas. Pengarah Promosi syarikat rakaman Suria Records (SRC) iaitu Mas Omar telah mengesan bakat mereka dan seterusnya membentuk mereka menjadi sebuah kumpulan penyanyi.[6]

Pada 28 November 1993, album pertama Res2 berjudul 3C - Cita-Cita & Cinta telah dilancarkan.[7] Album lagu-lagu pop, tarian dan berunsur rap itu mendapat perhatian meluas dan dilaporkan menerima tempahan awal sebanyak 30 ribu unit. Antara lagu popular Res2 ialah "Kepastian dan Pengertian" yang muziknya digubah oleh kumpulan hip hop terawal Malaysia, Krash Kozz. Lagu-lagu lain dalam album tersebut ialah 3C, Rasa Sayang, Pesta Res2, Jejaka Idaman, Wawasan & Remaja. Sebuah lagi lagu yang berjudul "Sentuhan Cinta" ialah saduran daripada lagu popular "(Dying Inside) To Hold You" nyanyian asal penyanyi Amerika Syarikat, Timmy Thomas.

Pada 1994, Res2 telah ditampilkan sebagai penyanyi undangan dalam filem Putera arahan Zulkeflie M. Osman. Pada waktu itu juga mereka mula ditonjolkan oleh majalah-majalah hiburan dalam gaya dan imej yang seksi, terutama sekali anggota dua beradik, Baby Arin & Erin. Mereka kemudiannya muncul dengan album kedua, Kiriman Rindu pada 10 April 1995.[8][9]

Pada 11 Disember 1995, Res2 muncul dengan album ketiga, Rindu dan ini merupakan album terakhir mereka bersama Suria Records sebelum kontrak mereka tamat pada awal 1997, pada masa yang sama Res2 secara rasminya dibubarkan.

Ahli kumpulan sunting

  • Baby Arin (Lily Zarina Khalil)[10]
  • Erin (Edrina Khalil)
  • Yati
  • Watie (Salawati Salleh; meninggalkan Res2 selepas album pertama)[11]
  • Umie
  • Dida (menyertai Res2 untuk album ketiga)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
3C - Cita-Cita & Cinta
Kiriman Rindu
Janji

Lagu dan single sunting

Tajuk Tahun
"Kepastian dan Pengertian" 1993
"3C"
"Sentuhan Cinta"
"Wawasan Remaja"

Rujukan sunting

  1. ^ Zainuri Misfar, Azman Shamsudin (3 April 1994). "Bintang remaja". Berita Harian. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  2. ^ Azman Samsudin (12 Oktober 1994). "Res2 bukti kehebatan". Berita Harian. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  3. ^ "Makin banyak artis berkumpulan muncul". Berita Harian. 25 Januari 1994. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ A. Kadir Pandi (13 Januari 1994). "Res 2 terkejut sambutan". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  5. ^ Dewani Abbas (6 Januari 1994). "Res 2 dapat restu dari ibu bapa". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  6. ^ "Gabungan gadis jelita dalam Res'2". Berita Minggu. 14 Februari 1993. Dicapai pada 28 Jun 2020.
  7. ^ Adam Salleh (7 Disember 1993). "Res' 2 ada power!". Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2020.
  8. ^ "Kiriman Rindu dari Res'2". Harian Metro. 4 April 1995. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  9. ^ Zurina Waji (15 Oktober 1995). "Res'2 muak gosip". Metro Ahad. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  10. ^ Amira Amaly Syafaat (7 September 2014). "Baby Res'2 kini Lilo Khalil". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-21. Dicapai pada 24 Februari 2015.
  11. ^ "Watie terima tawaran berlakon". Berita Harian. 17 November 1993. Dicapai pada 28 Jun 2020.

Pautan luar sunting