Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis/jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada membran mukus yang melapisi sinus dan mengakibatkan gejala yang mungkin termasuk lendir hidung berlebihan, hidung tersumbat, dan sakit muka.[1][6] Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.[2][7] Batuk sering menjadi lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku.[7] Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.[1]

Sinusitis
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Jangkitan sinus, rhinosinusitis
Imbasan CT menunjukkan sinusitis sinus etmoid
PengkhususanOtorinolaringologi
GejalaMukus hidung tebal, hidung tersumbat, sakit di muka, demam[1][2]
PuncaJangkitan (bacteria, fungis, viral), alergi, pencemaran udara, masalah struktur di hidung[2]
Asma, fibrosis sista, fungsi imun yang lemah[1]
Biasanya berdasarkan simptom[1]
Migrain[3]
PencegahanMencuci tangan, elakkan merokok
RawatanUbat tahan sakit, steroid hidung, pengairan hidung, antibiotik[1][4]
Kekerapan10–30% setiap tahun (dunia maju)[1][5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Resdung ("sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus.[2] Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, fibrosis sista, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi berkomputer.[1]

Bagi sesetengah kes, ia boleh dielakkan dengan membasuh tangan, mengelakkan merokok, dan imunisasi.[2] Ubat tahan sakit seperti naproxen, steroid hidung, dan pengairan hidung boleh digunakan untuk membantu menangani gejala.[1][4] Rawatan awal yang disyorkan untuk ARS adalah pemantauan ketat.[1] Sekiranya gejala tidak bertambah baik dalam tempoh 7-10 hari atau menjadi lebih buruk, maka satu antibiotik boleh digunakan atau diubah.[1] Pada mereka yang menggunakan antibiotik, sama ada amoxicillin atau amoxicillin / clavulanate adalah disyorkan bagi rawatan pertama.[1] Pembedahan kadang-kadang mungkin digunakan pada orang dengan penyakit resedung kronik.[8]

Resdung ("Sinusitis") merupakan keadaan yang biasa.[1] Ia menjejaskan kira-kira 10% dan 30% daripada orang setiap tahun di Amerika Syarikat dan Eropah.[1][9] Wanita lebih kerap terjejas berbanding lelaki.[10] sinusitis kronik menjejaskan kira-kira 12.5% daripada penduduk.[11] Rawatan resdung di Amerika Syarikat mengakibatkan lebih daripada 11 bilion US$ dalam kos.[1] Rawatan yang tidak perlu dan tidak berkesan bagi sinusitis diakibatkan oleh virus dengan penggunan antibiotik adalah satu perkara biasa.[1]

Kategori sunting

 
Gambaran mengenai resedung/sinusitis

Resedung atau sinusitis/rinosinusitis ditakrifkan sebagai radang membran mukus yang melapisi bahagian sinus paranasal dan diklasifikasikan kronologi kepada beberapa kategori:[12]

  • Rinosinusitis akut - satu jangkitan baru yang boleh bertahan sehingga empat minggu dan boleh dibahagikan mengikut simptom menjadi teruk dan bukan teruk. Sesetengah orang mengtakrifkan sehingga 12 minggu.[1]
  • Rinosinusitis akut berulang - empat atau lebih serangan penuh dengan sinusitis akut yang berlaku dalam tempoh satu tahun
  • Rinosinusitis subakut - jangkitan yang berlangsung antara empat dan 12 minggu, dan merupakan satu peralihan antara jangkitan akut dan kronik
  • Rinosinusitis kronik - apabila tanda-tanda dan gejala-gejala yang bertahan lebih daripada 12 minggu.[1]
  • Rinosinusitis kronik bertambah akut - apabila tanda-tanda dan gejala rinosinusitis kronik bertambah buruk lagi, tetapi kembali pada biasa selepas rawatan

Semua jenis sinusitis ini mempunyai gejala yang sama, dan dengan itu sukar untuk dibezakan. Sinusitis akut adalah sangat umum, kira-kira sembilan puluh peratus orang dewasa mempunyai resdung pada satu ketika dalam kehidupan mereka.[13]

Jenis kuman yang menjadi punca Penyakit ini sunting

  • Streptococcus
  • Staphylococcus

Gejala Resdung (Sinusitis) sunting

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Kemudaratan Resdung sunting

  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Menerukkan keadaan lelah
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

Punca Bakteria Membiak sunting

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

  • Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

Jenis Resdung sunting

AKUT Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :

  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Individu berisiko sunting

  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

Komplikasi sunting

  • Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

  • Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Rosenfeld, RM; Piccirillo, JF; Chandrasekhar, SS; Brook, I; Ashok Kumar, K; Kramper, M; Orlandi, RR; Palmer, JN; Patel, ZM; Peters, A; Walsh, SA; Corrigan, MD (April 2015). "Clinical practice guideline (update): adult sinusitis executive summary". Otolaryngology--head and neck surgery : official journal of American Academy of Otolaryngology-Head and Neck Surgery. 152 (4): 598–609. doi:10.1177/0194599815574247. PMID 25833927.
  2. ^ a b c d e "Sinus Infection (Sinusitis)". cdc.gov. September 30, 2013. Dicapai pada 6 April 2015.
  3. ^ "Migraines vs. Sinus Headaches". American Migraine Foundation. Dicapai pada 2017-10-23.
  4. ^ a b King, D; Mitchell, B; Williams, CP; Spurling, GK (20 April 2015). "Saline nasal irrigation for acute upper respiratory tract infections". The Cochrane database of systematic reviews. 4: CD006821. doi:10.1002/14651858.CD006821.pub3. PMID 25892369.
  5. ^ Adkinson NF (2014). Middleton's allergy: principles and practice (ed. Eight). Philadelphia: Elsevier Saunders. m/s. 687. ISBN 9780323085939. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-03.
  6. ^ Head K, Chong LY, Piromchai P, Hopkins C, Philpott C, Schilder AG, Burton MJ (April 2016). "Systemic and topical antibiotics for chronic rhinosinusitis" (PDF). The Cochrane Database of Systematic Reviews. 4: CD011994. doi:10.1002/14651858.CD011994.pub2. PMID 27113482.
  7. ^ a b "What Are the Symptoms of Sinusitis?". April 3, 2012. Dicapai pada 6 April 2015.
  8. ^ "How Is Sinusitis Treated?". April 3, 2012. Dicapai pada 6 April 2015.
  9. ^ Adkinson, N. Franklin (2014). Middleton's allergy : principles and practice (ed. Eight). Philadelphia: Elsevier Saunders. m/s. 687. ISBN 9780323085939.
  10. ^ "Sinusitis". U.S. National Institute of Allergy and Infectious Diseases. April 3, 2012. Dicapai pada 6 April 2015.
  11. ^ Hamilos DL (October 2011). "Chronic rhinosinusitis: epidemiology and medical management". The Journal of Allergy and Clinical Immunology. 128 (4): 693–707, quiz 708–9. doi:10.1016/j.jaci.2011.08.004. PMID 21890184.
  12. ^ Christine Radojicic. "Sinusitis". Disease Management Project. Cleveland Clinic. Dicapai pada November 26, 2012.
  13. ^ Pearlman AN, Conley DB (June 2008). "Review of current guidelines related to the diagnosis and treatment of rhinosinusitis". Current Opinion in Otolaryngology & Head and Neck Surgery. 16 (3): 226–30. doi:10.1097/MOO.0b013e3282fdcc9a. PMID 18475076.

Pautan luar sunting