Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Palestin

(Dilencongkan dari Resolusi 181)
PBB Perhimpunan Umum
Resolusi 181 (II)
Tarikh: 29 November 1947
Bil. mesyuarat: 128
Kod: A/RES/181(II) (Document)

Undian: Set.: 33 Kec.: 10 Ttg.: 13
Perkara: Kerajaan akan datang Palestin
Keputusan: Diterima

Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin atau Resolusi 181 (II) oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB merupakan pelan yang diambil daripada keputusan Perhimpunan Agung pada 29 November 1947. Keputusan tersebut membenarkan penubuhan dua negara, satu untuk orang Arab dan satu untuk Yahudi dan menyediakan rangka kerja untuk kesatuan ekonomi serantau. Perhimpunan Agung itu juga memutuskan bandar Baitulmaqdis hendaklah ditadbir oleh pentadbiran antarabangsa khas di bawah PBB. Satu jangka waktu peralihan di bawah kelolaan PBB bermula dengan pelaksanaan resolusi tersebut yang mahukan pengunduran beransur-ansur tentera British, penamatan Mandat British atas Palestin pada 1 Ogos 1948 dan kemerdekaan penuh dua negara tersebut pada 1 Oktober 1948. [1]

Pelan Pembahagian PBB untuk Palestin 1947

Pelan pembahagian ini bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "A/RES/181(II) of 29 November 1947". PBB. 1947. Dicapai pada 11 November 2012.

Pautan luar sunting