Retinol ialah sebentuk vitamin A dalam haiwan, yakni vitamin larut lemak yang berperanan penting dalam sistem penglihatan dan pertumbuhan tulang. Ia termasuk juga dalam golongan diterpenoid. Retinol merupakan salah satu bentuk-bentuk vitamin A yang paling umum, termasuk retinal (bentuk aldehid), asid retinoik (bentuk asid), dan retinil ester (bentuk ester). Sebatian-sebatian ini secara kolektif disebut sebagai retinoid dan memiliki aktiviti biologikal trans-retinol. Sebagai bahan tambahan, ia diambil melalui mulut atau disuntik ke otot.[1]

Retinol
Retinol
Stick model of retinol
Ball model of retinol
Nama
Nama IUPAC
(2E,4E,6E,8E)-3,7-dimetil-9-(2,6,6-trimetilsikloheks-1-enil)nona-2,4,6,8-tetraen-1-ol
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ECHA InfoCard 100.000.621
  • CC1=C(C(CCC1)(C)C)/C=C/C(=C/C=C/C(=C/CO)/C)/C
Sifat
C20H30O
Jisim molar 286.46 g·mol−1
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Retinol bertindak baik dalam dos biasa.[1] Dos tinggi boleh menyebabkan pembesaran hati, kulit kering and hipervitaminosis A.[1][2] Dos tinggi dalam kehamilan boleh membahayakan janin.[1] Badan menukarkan retinol menjadi retinal dan asid retinoik lalu menjalankan tindakannya.[3] Sumber retinol termasuk ikan, produk tenusu dan daging.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Vitamin A". The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
  2. ^ British national formulary : BNF 69 (ed. 69). British Medical Association. 2015. m/s. 701. ISBN 9780857111562.
  3. ^ a b "Office of Dietary Supplements - Vitamin A". ods.od.nih.gov. 31 August 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2016. Dicapai pada 30 December 2016.