Revolusi Mental (album Dinamik)

Revolusi Mental merupakan album studio pertama kumpulan Dinamik yang dikeluarkan pada hujung tahun 1990. Lagu Antara Gadis ciptaan penerbitnya, Afzainizam Ismail dan lirik oleh Azimah (isteri Afzainizam) telah menaikkan nama Dinamik di industri muzik Malaysia dan album ini telah terjual melebihi 400,000 unit, satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk sebuah kumpulan rock baharu pada waktu itu. Album ini juga telah membawa tuah buat mereka apabila lagu Antara Gadis juga layak ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991 setelah menjadi juara bulanan Muzik-Muzik '91 untuk bulan Januari.

Revolusi Mental
Album studio oleh Dinamik
Dikeluarkan pada1990
Dirakam pada1990
GenreRock
SyarikatNew Southern Records (NSR)
PenerbitAfzainizam Ismail
Kronologi Dinamik
Revolusi Mental
(1990)
Repplika
(1992)
Single dari album Revolusi Mental
  1. "Antara Gadis"
  2. "Dilema Rindu"

Selain Antara Gadis, lagu hit daripada album ini ialah Dilema Rindu, ciptaan Baharim dan lirik oleh Azida NS. Album ini diterbitkan oleh New Southern Records (NSR).

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Pesta Rock"  MozriLie & Jeff  
2. "Dilema Rindu"  Azida NSBaharim  
3. "Revolusi Mental"  AfiqYet  
4. "Bercanda Kesepian"  AfzainizamAfzainizam  
5. "Rindu-Rindu"  J. AzlinNorin & Jeff  
6. "Pesanan"  LieDinamik  
7. "Bebunga Suci Hiasan Hati"  AzimahAzimah  
8. "Tahyul"  JeffNorin & Nan  
9. "Syahid"  SabSab  
10. "Di Antara Gadis"  AzimahAfzainizam  

Nota :

  1. Judul lagu yang ditebalkan - Vokal Mozri
  2. Judul lagu yang tidak ditebalkan - Vokal Nai

Line-upSunting

  1. Mozri & Nai - Vokal
  2. Norin - Gitar Utama
  3. Jeff - Gitar Kedua
  4. Nan - Bass
  5. Lie & Fauzi - Dram

Anugerah & PencalonanSunting

Anugerah Juara Lagu ke-6Sunting

Tahun Judul Komposer Penulis Lirik Keputusan
1991 Di Antara Gadis Afzainizam Ismail Azimah Tercalon