Rhea Chakraborty

Pelakon dan model India

Rhea Chakraborty (lahir 1 Julai 1992) ialah seorang pelakon filem India.[1][2] Beliau bermula sebagai VJ di MTV India.[3] Pada tahun 2013, beliau membuat penampilan Bollywood pertamanya dengan filem Mere Dad Ki Maruti arahan Ashima Chibber.

Rhea Chakraborty
Chakraborty pada tahun 2020
Kelahiran (1992-07-01) 1 Julai 1992 (umur 31)
WarganegaraIndia
PekerjaanPelakon
VJ
Tahun aktif2009—kini
Kampung asalBangalore

Kehidupan awal sunting

 
Chakraborty di Star Guild Awards pada tahun 2013

Rhea Chakraborty dilahirkan dalam keluarga Bengali[4] di Bangalore, Karnataka, India. Beliau bersekolah di Army Public School Ambala Cantt.

Kerjaya sunting

Rhea memulai kerjaya televisyennya pada tahun 2009 dengan rancangan MTV India TVS Scooty Teen Diva di mana beliau ialah pemenang tempat pertama. Kemudian, beliau mengikuti ujibakat untuk menjadi VJ di MTV Delhi dan terpilih. Beliau telah mengacarakan beberapa rancangan MTV, termasuk Pepsi MTV Wassup, TicTac College Beat dan MTV Gone in 60 Seconds.

Pada tahun 2012, beliau membuat penampilan sulung filemnya dengan filem Telugu Tuneega Tuneega di mana beliau memegang watak Nidhi. Pada tahun 2013 beliau membuat penampilan sulung Bollywood bersama Mere Dad Ki Maruti sebagai Jasleen.[4] Pada tahun 2014 beliau memegang watak Sonali di Sonali Cable.[5]

Pada tahun 2017 beliau muncul dalam filem YRF Bank Chor.[6] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Half Girlfriend dan Dobaara: See Your Evil.[7] Pada tahun 2018 beliau muncul dalam Jalebi bersama Varun Mitra.[8]

Filemografi sunting

Filem sunting

  Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Peranan Bahasa Ruj.
2012 Tuneega Tuneega Nidhi Telugu Filem Telugu pertama
2013 Mere Dad Ki Maruti Jasleen Hindi [4]
2014 Sonali Cable Sonali Dattaram Tandel [5]
2017 Dobaara: See Your Evil Tanya
Half Girlfriend Anshika
Bank Chor Gayatri Ganguli [6]
2018 Jalebi Aisha [8]
2020 Chehre Neha Hindi Difilemkan[9]

Televisyen sunting

Tajuk Peranan Saluran TV
TVS Scooty Teen Diva Peserta MTV India
Pepsi MTV Wassup Hos
Gone in 60 Seconds
TicTac College Beat

Rujukan sunting

  1. ^ "Rhea Chakraborty wants to do meaningful roles". The Times of India. Dicapai pada 2018-09-03.
  2. ^ "Rhea Chakraborty sizzles in bikini on the beaches of Maldives. See pics" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-03.
  3. ^ "Female VJs giving tough competition to their male counterparts". dna (dalam bahasa Inggeris). 2010-05-17. Dicapai pada 2018-09-03.
  4. ^ a b c "Everyone thinks I am Punjabi: Rhea Chakraborty". The Times of India. Dicapai pada 2018-09-03.
  5. ^ a b "Sonali Cable: The story behind Ali and Rhea's crackling chemistry". The Times of India. Dicapai pada 2018-09-03.
  6. ^ a b "Rhea Chakraborty heats up the action in Bank Chor!". The Times of India. Dicapai pada 2018-09-03.
  7. ^ "Rhea Chakraborty bags a role in 'Half Girlfriend'". The Times of India. Dicapai pada 2018-09-03.
  8. ^ a b "'Jalebi' First Look Poster: Love in an Age of Bewilderment". The Quint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-03.
  9. ^ "#Chehre launch photo... Teams Amitabh Bachchan and Emraan Hashmi for the first time... Costars Kriti Kharbanda, Rhea Chakraborty, Siddhanth Kapoor, Dhritiman Chatterjee, Raghubir Yadav and Annu Kapoor". Dicapai pada 10 May 2019.

Pautan luar sunting