Ribut Sumatera ialah satu konsep Geografi yang merujuk kepada keadaan ribut kencang yang melanda pantai barat Semenanjung Malaysia dari Pelabuhan Klang hingga ke Kukup di selatan Johor. Biasanya Ribut Sumatera berlaku di antara peralihan Angin Monsun Barat Daya dengan Angin Monsun Timur Laut. Angin Monsun Timur Laut bertiup dari bulan November - Mac setiap tahun, sementara Angin Monsun Barat Daya bertiup dari bulan Jun hingga [Oktober].

Ia dinamakan Ribut Sumatera kerana pulau Sumatera menjadi penampan/penghalang tiupan Angin Monsun Tenggara dari Lautan Hindi - benua Australia di selatan. Angin ini memberi impak yang besar kepada pulau Sumatera kerana garisan Khatulistiwa terletak pada 0` bertukar arah menjadi Angin Monsun Barat Daya. Pertukaran arah angin dari benua Australia ini kerana bumi ini berbentuk bulat/sfera. Titik pertukaran angin betul-betul berlaku di atas garisan Khatulistiwa. Pada zaman dahulu, ahli pelayaran dan perkapalan menunggu angin peralihan ini kerana anginnya kuat dan mudah sampai ke destinasi yang dituju.