Ricardo Rodríguez

Ricardo Iván Rodríguez Araya (Sebutan Sepanyol: [riˈkaɾðo roˈðɾiɣeθ]; lahir 25 Ogos 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Switzerland yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Itali, Torino. Beliau dikenali sebagai seorang pertahanan yang rajin dengan kemahiran menanduk bolanya[3] serta kemampuan untuk melakukan hantaran lintang atau "cross".[4] Rodríguez juga merupakan seorang pemain yang bijak dan mahir mencari ruang dan mempunyai kemahiran menyudahkan tendangan penalti.

Ricardo Rodríguez
Maklumat peribadi
Nama penuh Ricardo Iván Rodríguez Araya[1]
Tarikh lahir (1992-08-25) 25 Ogos 1992 (umur 31)
Tempat lahir Zürich, Switzerland
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Torino
Nombor 13
Kerjaya remaja
2001–2002 FC Schwamendingen
2002–2010 Zürich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Zürich 35 (2)
2012–2017 VfL Wolfsburg 149 (15)
2017–2020 Milan 74 (1)
2020PSV (pinjam) 6 (0)
2020– Torino 16 (0)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Switzerland B17 5 (3)
2009–2010 Switzerland B18 10 (4)
2010–2011 Switzerland B19 15 (5)
2011–2012 Switzerland B23 3 (0)
2011– Switzerland 80 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 30 Mei 2021

Bapanya merupakan orang Sepanyol manakala ibunya merupakan orang Chile yang mempunyai darah Basque, Rodríguez memulakan kariernya bersama kelab tempatan, FC Zürich pada tahun 2010 setelah lapan tahun bersama akademi kelab tersebut. Pada tahun 2012, Rodríguez telah dijual ke Wolfsburg pada Januari 2012 dengan nilai £7.5 juta. Beliau beraksi dalam 184 perlawanan dalam semua kejohanan untuk Wolfsburg dan menjaringkan 22 gol. Beliau turut berjaya memenangi trofi DFB-Pokal dan DFL-Supercup bersama Wolfsburg pada tahun 2015. Pada tahun 2017, beliau melakukan perpindahan ke AC Milan.

Setelah melakukan penampilan sulungnya untuk Switzerland pada tahun 2011, Rodríguez telah mewakili Switzerland di dalam 60 perlawanan antarabangsa. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Switzerland yang mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Olimpik 2012, Piala Dunia 2014, UEFA Euro 2016 dan Piala Dunia 2018. Pada tahun 2014, beliau telah diundi sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Switzerland.[5]

Kerjaya kelab sunting

Zürich sunting

Rodríguez memulakan kariernya sebagai pemain akademi FC Schwamendingen pada tahun 2001 sebelum menyertai kelab akademi FC Zürich semasa berusia 11 tahun pada tahun 2002. Beliau dimasukkan ke dalam skuad senior pada tahun 2009 iaitu ketika berumur 16 tahun. Beliau diletakkan ke bangku simpanan semasa pasukannya tunduk kepada Maribor dalam perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara pada 29 Julai 2009.[6]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Zürich ketika beliau berusia 17 tahun dalam perlawanan Liga Super Switzerland pada 21 Mac 2010 dengan menggantikan Hannu Tihinen pada separuh masa pertama menentang Bellinzona.[7] Beliau tampil dalam aksi Pertembungan Zürich iaitu menentang kelab Grasshoppers pada 5 April dengan beraksi sehingga wisel penamat dan perlawanan tersebut berkesudahan kemenangan 3-2 berpihak kepada Zürich.[8]

Beliau beraksi dalam perlawanan seterusnya dengan diletakkan ke kesebelasan utama pasukan ketika perlawanan pembukaan Liga Super Switzerland pada 20 Julai 2010 semasa menentang musuh tradisi, Basel.[9] Pada 28 April 2011, beliau telah menjaringkan gol sulungnya untuk Zürich dengan menjaringkan gol pendahuluan ketika menentang Neuchâtel Xamax.[10]

Rodríguez melakukan penampilan sulungnya di pentas Eropah ketika beraksi dalam perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara menentang Standard Liège pada 27 Julai 2011.[11][12] Beliau beraksi dari awal permainan sehingga wisel penamat ditiupka. Dalam perlawanan tersebut, beliau berhasil melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya dari akademi, Admir Mehmedi untuk menjaringkan gol dan perlawanan berkesudahan seri 1-1.[13] Dalam perlawanan timbang balik, Rodríguez terlepas untuk menjaringkan gol dari jarak yang dekat dengan gawang pasukan lawan namun Zürich akhirnya menang 1–0 dan menempah tiket ke pusingan play-off untuk menentang Bayern Munich.[14] Beliau beraksi dalam kedua-dua perlawanan play-off ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Bayern[15][16] tetapi kelab Switzerland tersebut tumbang 0-3 menerusi agregat dan akan beraksi di Liga Europa.[17]

Pada 26 Oktober 2011, Rodríguez menjaringkan gol keduanya untuk kelab ketika menentang FC Thun.[18] Beliau beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk Zürich ketika perlawanan terakhir liga sebelum cuti musim sejuk iaitu pada 10 Disember ketika menentang FC Sion.[19] Pada 11 Januari 2012, pihak rasmi Zürich mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima bidaan ke atas Rodríguez oleh kelab Jerman, Wolfsburg.[20] Walaupun dijual pada pertengahan musim, Rodríguez tetap merebut hati dalam kalangan peminat dengan diundi sebagai Pemain Terbaik Musim oleh para peminat dengan menewaskan Oliver Buff dan Pedro Henrique.

Wolfsburg sunting

VfL Wolfsburg telah membawa masuk Rodríguez yang berumur 19 tahun pada 31 Januari 2012 dengan nilai £7.5 juta. Beliau kemudiannya menandatangani kontrak selama empat tahun setengah.[21] Dengan pantasnya, beliau segera diletakkan ke dalam barisan kesebelasan utama Wolfsburg bagi menghadapi perlawanan Bundesliga pertama untuk Rodríguez semasa menentang 1. FC Köln pada 1 Februari. Rodríguez seterusnya beraksi di dalam setiap perlawanan Wolfsburg pada musim tersebut tanpa digantikan oleh pemain lain kerana persembahannya telah menambat hati pengurus Felix Magath.

Sepanjang sepuluh perlawanan pertama liga dalam kempen seterusnya, Rodríguez sekali tampil beraksi untuk beraksi dengan diletakkan ke dalam kesebelasan utama dalam lapan daripada sepuluh perlawanan tersebut.[22] Setelah Magath dipecat berikutan beberapa keputusan yang menghambarkan, posisi bek kiri telah diisi oleh Marcel Schäfer yang lebih berpengalaman ketika di bawah kendalian jurulatih sementara, Lorenz-Günther Köstner. Apabila Dieter Hecking dilantik sebagai pengurus baru, Rodríguez meraih semula posisinya di dalam perancangan pasukan.

Musim 2013–14 sunting

Pada 9 November 2013, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Wolfsburg menerusi tendangan sepakan percuma dalam perlawanan Bundesliga menentang Borussia Dortmund.[23] Perlawanan berkesudahan kemenangan 2–1 berpihak kepada Wolfsburg.[24] Beliau menjaringkan gol keduanya untuk Wolfsburg melalui tendangan penalti ketika menentang Hamburg pada 29 November yang berkesudahan seri 1-1.[25] Beliau menjaringkan gol pembukaan perlawanan Bundesliga pada 14 Disember dengan merembat bola lencong ke arah gawang pasukan lawan sekali gus menewaskan penjaga gol Sven Ulreich. Wolfsburg akhirnya menang 3–1.[26]

Beliau mengakhiri musim 2013–14 dengan menjaringkan lima gol serta mencipta sembilan bantuan gol.[27] Beliau gagal untuk tampil dalam Pasukan Terbaik Bundesliga bagi musim tersebut telah dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik bagi kempen 2013–14.[28] Sembilan bantuan jaringan gol oleh Rodríguez menandakan beliau telah mencipta banyak gol berbanding mana-mana pemain pertahanan di Eropah.[29] Persembahannya yang menakjubkan pada musim tersebut di mana beliau telah mencapai 2.3 hantaran pada setiap perlawanan dan berjaya menyamai Andrea Pirlo serta 2.6 gelecek yang berjaya melepasi pemain lawan. Statistik tersebut menunjukkan bahawa Rodríguez menggelecek lebih berjaya berbanding Cristiano Ronaldo, yang merupakan penyandang Ballon d'Or.[30]

Musim 2014–15 sunting

Beliau menjaringkan gol pertamanya di dalam perlawanan Eropah untuk Wolfsburg pada 14 September 2014 menerusi sepakan percuma. Beliau menebus kesilapannya pada sebelum itu dengan melakukan gol sendiri ketika perlawanan menentang wakil Liga Perdana Inggeris, Everton.[31] Tiga hari seterusnya, Rodriguez menjaringkan dua gol untuk Wolfsburg, di mana salah satunya menerusi tendangan voli daripada sepakan penjuru oleh Kevin De Bruyne ketika menumbangkan Bayer Leverkusen 4–1.[32] Beliau menjaringkan gol ketiganya dalam saingan Bundesliga ketika menentang Werder Bremen pada 27 September.[33]

Pada Oktober 2014, Rodríguez terpaksa berehat selama beberapa minggu setelah mengalami masalah pada tempurung lutut, tendon dan pahanya.[34] Pada 31 Oktober, ejennya iaitu Roger Wittman, mengesahkan Rodríguez dan Wolfsburg sedang mengadakan perbincangan untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2016.[35] Rodríguez telah menjaringkan dua gol untuk Wolfsburg ketika menewaskan Lille 3-0 di tempat lawan pada 11 Disember sekali gus mengesahkan kemaraan pasukannya ke peringkat kalah mati Liga Europa.[36] Pada Januari 2015, beliau menandantangani kontrak baru bersama Wolfsburg yang meletakkannya di sana sehingga Jun 2019.[37] Beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan dari kotak penalti pada 7 April semasa Wolfsburg menundukkan SC Freiburg untuk melangkah ke peringkat separuh akhir DFB-Pokal.[38] Dalam aksi final piala berprestij itu pada 30 Mei, beliau beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan Wolfsburg muncul sebagai juara dengan mengalahkan Borussia Dortmund 3–1.[39]

Musim 2015–16 sunting

Rodríguez beraksi sehingga 90 minit permainan ketika Wolfsburg menumpaskan Bayern Munich dalam perlawanan DFL-Supercup 2015 pada 1 Ogos dengan menyudahkan tendangan penalti ketika penentuan penalti antara kedua-dua pasukan bagi menentukan kemenangan setelah terikat seri 1–1.[40]

Pada 28 Ogos 2015, beliau berjaya menghasilkan gol pertamanya pada musim ini ketika menentang Schalke yang berkesudahan Wolfsburg menang 3–0.[41] Beliau seterusnya menyudahkan tendangan penalti ketika pasukannya tewas 2–1 kepada Borussia Dortmund pada 5 Disember.[42]

Pada 6 April 2016, Wolfsburg menyambut Real Madrid sebagai undangan bagi menghadapi aksi pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. Rodríguez menjaringkan gol menerusi tendangan penalti bagi memastikan kemenangan mengejutkan untuk Wolfsburg dengan skor 2–0. Beliau merupakan pemain pertama untuk menewaskan Keylor Navas setelah 738 minit penjaga gol Real itu tidak dibolosi.[43]

Musim 2016–17 sunting

Pada 20 Ogos 2016, Rodríguez beraksi dalam perlawanan sulungnya ketika menentang FSV Frankfurt dalam aksi DFB-Pokal. Beliau juga beraksi dalam perlawanan pembukaan Bundesliga bahkan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Augsburg.[44]

Pada Januari 2017, Rodríguez menjadi sasaran Inter Milan dan bersetuju untuk berpindah tetapi kelab Itali tersebut menolak untuk membayaran kos perpindahan yang tinggi yang memerlukan klausa pelepasan sebanyak £18.5 juta.[45]

Milan sunting

Pada 8 Jun 2017, Rodríguez diumumkan akan menyertai kelab Serie A, A.C. Milan dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.[46] Perpindahan tersebut dilaporkan menelan kos sebanyak €15 juta bersama €2 juta bonus.[47] Beliau memilih untuk menyarung jersi bernombor 68 sebagai peringatan kepada tahun lahir ibunya.

Beliau beraksi dalam perlawanan rasmi pertamanya untuk Milan dalam aksi kelayakan Liga Europa menentang CS U Craiova pada 27 Julai. Malahan dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.[48] Rodríguez melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika pasukannya menewaskan Crotone 3-0 pada 21 Ogos.[49] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam aksi Serie A menerusi sepakan penalti ketika menewaskan SPAL 2-0 pada 20 September.[50] Pada 15 Oktober semasa aksi Derby della Madonnina, beliau menyebabkan pasukan Inter diberi penalti pada lewat permainan dan memberi peluang kepada Mauro Icardi untuk melengkapkan hatriknya bagi memastikan kemenangan Inter dengan skor 3–2. Walaupun beliau menjadi pemain utama Milan, beliau gagal untuk menunjukkan kelebihan seperti apa yang diharapkan ke atasnya apabila Milan terlepas slot ke Liga Juara-Juara. Paling terkini apabila Milan terlepas tiket ke kejohanan itu pada tahun 2019 apabila Atalanta berjaya untuk layak buat pertama kali dalam sejarahnya.[51]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Rodríguez ketika aksi persahabatan menentang Argentina.

Rodríguez telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Switzerland dalam perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Wales pada 7 Oktober 2011 dengan menggantikan Xherdan Shaqiri pada separuh masa kedua perlawanan.[52][53][54] Empat hari kemudian, Rodríguez beraksi dari sepak mula sehingga wisel akhir permainan ditiupkan ketika menentang Montenegro sekali gus berakhirnya kempen kelayakan Switzerland, di mana mereka terlepas slot ke pusingan play-off apabila tempat tersebut diisi oleh wakil dari rantau Balkan itu..[55][56] Dalam perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 11 November, beliau telah beraksi penuh yang menyaksikan beliau berjaya memastikan gawangnya tidak bolos dan keputusannya berkesudahan seri 0-0.[57]

Beliau beraksi sepanjang tiga perlawanan Switzerland dalam kejohanan Sukan Olimpik 2012 yang menyaksikan Switzerland terkandas di peringkat kumpulan.[58]

Rodríguez beraksi dalam sembilan daripada sepuluh perlawanan Switzerland semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dengan jumlah 810 minit telah beliau beraksi di atas padang.[59] Switzerland mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia setelah kemenangan 2–1 ke atas Albania pada 11 Oktober 2013.[60][61] Pada 13 Mei 2014, Rodríguez disenaraikan ke dalam skuad Switzerland ke kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.[62] Dalam perlawanan pembukaan menentang Ecuador pada 15 Jun, beliau mengambil sepakan penjuru sebelum disudahkan oleh Admir Mehmedi bagi menjaringkan gol penyamaan. Seterusnya, beliau melakukan hantaran lintang kepada Haris Seferović untuk menjaringkan gol kemenangan Switzerland sekali gus memberi kelebihan tiga mata untuk Switzerland.[63]

Semasa kejohanan UEFA Euro 2016 di Perancis, Rodríguez beraksi dalam setiap minit permainan Switzerland sepanjang kejohanan itu. Switzerland disingkirkan di pusingan 16 kepada Poland menerusi penentuan penalti walaupun Rodríguez telah berjaya menyudahkannya.[64]

Pada 8 Oktober 2016, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Switzerland semasa beraksi dalam perlawanan ke-43nya untuk pasukan kebangsaan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Hungary.[65] Beliau seterusnya menjaringkan gol melalui tendangan penalti pada 3 September 2017 ketika menewaskan Latvia 3-0. Pasukan Switzerland menamatkan kempen di tangga kedua di belakang Portugal dan memaksa pasukan Switzerland untuk beraksi di pusingan play-off menentang Republik Ireland. Rodríguez menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tendangan penalti kontroversi setelah dianugerahkan pengadil hasil kekasaran Corry Evans.[66] Dalam perlawanan timbang balik di Basel, beliau berjaya menyelamatkan gawang pasukan dari dibolosi hasil tandukan Jonny Evans sekali gus mengesahkan kejayaan Switzerland.[67]

Beliau telah diumumkan untuk menyertai skuad Piala Dunia 2018 di Rusia.[68]

Kehidupan peribadi sunting

Rodríguez telah dilahirkan di Zürich. Bapanya merupakan orang Sepanyol manakala ibunya pula ialah orang Chile.[69] Ibunya, Marcela Araya telah meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2015. Rodriguez menyarung jersi nombor 68, iaitu tahun kelahiran ibunya dan terdapat tatu tersebut di belakang badannya.[70] Rodriguez telah dilahirkan dengan hernia diafragmatika, yang bermaksud perut, limpa dan ususnya telah berpindah ke dada. Rodriguez telah diberi 50% peluang untuk kelangsungan hidup dan telah diperiksa pada setiap enam bulan ketika tiga tahun kelahirannya. Beliau merupakan adik kepada pemain KFC Uerdingen 05, Roberto Rodríguez dan abang kepada Francisco Rodríguez yang kini beraksi untuk FC Luzern.[71]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 31 Ogos 2019.[72]
Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Eropah[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Zürich 2009–10 6 0 0 0 0 0 6 0
2010–11 13 1 1 0 14 1
2011–12 16 1 1 0 9 0 26 1
Jumlah 35 2 2 0 9 0 46 2
  Wolfsburg 2011–12 17 0 0 0 17 0
2012–13 24 0 3 0 27 0
2013–14 34 5 4 2 38 7
2014–15 26 6 4 1 9 3 39 10
2015–16 24 2 3 0 9 1 36 3
2016–17 24 2 3 0 27 2
Jumlah 149 15 17 3 18 3 184 22
  Milan 2017–18 34 1 4 0 9 3 47 4
2018–19 35 0 2 0 3 0 40 0
2019–20 2 0 0 0 2 0
Jumlah 71 1 6 0 12 3 89 4
Jumlah kerjaya 255 18 25 3 39 7 319 28

Antarabangsa sunting

Sehingga 5 Jun 2018.[73]
Pasukan kebangsaan Switzerland
Tahun Kmncln Gol
2011 4 0
2012 7 0
2013 7 0
2014 10 0
2015 5 0
2016 12 1
2017 5 2
2018 11 3
2019 3 1
Jumlah 64 7

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
7 Oktober 2016 Budapest, Hungary   Hungary
1–2
2–3
Kelayakan Piala Dunia 2018
2
3 September 2017 Riga, Latvia   Latvia
0–3
0–3
3
9 November 2017 Belfast, Ireland Utara   Ireland Utara
0–1
0–3
4
3 Jun 2018 Villarreal, Sepanyol   Sepanyol
1–1
1–1
Persahabatan
5
8 Jun 2018 Lugano, Switzerland   Jepun
1–0
2–0
6
18 November 2018 Lucerne, Switzerland   Belgium
1–2
5–2
Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19
7
5 Jun 2019 Porto, Portugal   Portugal
1–1
3–1
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2019

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Wolfsburg

Antarabangsa sunting

Switzerland B17

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 30. Dicapai pada 25 June 2014.
  2. ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Dicapai pada 19 June 2018.
  3. ^ "Sky Sports Scout – Ricardo Rodriguez". Sky Sports. 21 May 2014. Dicapai pada 22 September 2014.
  4. ^ "Scouting Report for Chelsea Transfer-Target Ricardo Rodriguez". Bleacher Report. 19 November 2013. Dicapai pada 22 September 2014.
  5. ^ "Rodriguez wins Player of the Year Award". Bundesliga. 2 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2014. Dicapai pada 22 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Pavlovič puts Maribor in command". UEFA. 29 July 2009. Dicapai pada 22 September 2014.
  7. ^ "Zürich vs. Bellinzona 2–0". Soccerway. 21 March 2010. Dicapai pada 22 September 2014.
  8. ^ "Zürich vs. Grasshopper 3–2". Soccerway. 5 April 2010. Dicapai pada 22 September 2014.
  9. ^ "Basel vs. Zürich 3–2". Soccerway. 20 July 2010. Dicapai pada 22 September 2014.
  10. ^ "Zürich vs. Neuchâtel Xamax 3–0". Soccerway. 28 April 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  11. ^ "Ricardo Rodriguez". UEFA. Dicapai pada 22 September 2014.
  12. ^ "Standard Liège vs. Zürich 1–1". Soccerway. 27 July 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  13. ^ "González goal saves the day for Standard". UEFA. 27 July 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  14. ^ "Mehmedi the hero as Zürich march on". UEFA. 3 August 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  15. ^ "Bayern Munich vs. Zürich 2–0". Soccerway. 17 August 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  16. ^ "Zürich vs. Bayern Munich 0–1". Soccerway. 23 August 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  17. ^ "Gomez helps Bayern complete job against Zürich". UEFA. 23 August 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  18. ^ "Thun vs. Zürich 0–2". Soccerway. 26 October 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  19. ^ "Zürich vs. Sion 1–1". Soccerway. 11 December 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  20. ^ "Zurich's Ricardo Rodriguez poised to sign for Wolfsburg". Goal.com. 12 January 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
  21. ^ "Official: Wolfsburg sign Ricardo Rodriguez from Zurich". Goal.com. 13 January 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
  22. ^ "Ricardo Rodriguez Bio". ESPNFC. Dicapai pada 7 May 2013.
  23. ^ "Wolfsburg trip up Dortmund". Sky Sports. 9 November 2013. Dicapai pada 18 September 2014.
  24. ^ "Wolfsburg vs. Borussia Dortmund". Soccerway. 9 November 2013.
  25. ^ "Wolfsburg hang on for point". Sky Sports. 29 November 2013. Dicapai pada 18 September 2014.
  26. ^ "Home comforts for Wolfsburg". Sky Sports. 14 December 2013. Dicapai pada 18 September 2014.
  27. ^ "Scorer". Bundesliga. Dicapai pada 14 May 2014.
  28. ^ "Team of the Season: Defenders". Bundesliga. Dicapai pada 22 September 2014.
  29. ^ "How full-backs are making this World Cup brilliant". Four Four Two. 19 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-04. Dicapai pada 22 September 2014.
  30. ^ "World Cup Players to Know: Switzerland's Ricardo Rodriguez". Grantland. 29 May 2014. Dicapai pada 22 September 2014.
  31. ^ "Everton marked their Europa League return with a dominant victory over Germans Wolfsburg at Goodison Park". BBC Sport. 18 September 2014. Dicapai pada 18 September 2014.
  32. ^ "Wolfsburg cruise against 10-man Bayer Leverkusen". ESPNFC. 21 September 2014. Dicapai pada 1 September 2014.
  33. ^ "Wolfsburg hit back". Sky Sports. 27 September 2014. Dicapai pada 27 September 2014.
  34. ^ "Injuries trouble Wolfsburg, Kramer returns for Gladbach". DW. 23 October 2014. Dicapai pada 26 October 2014.
  35. ^ "Wolfsburg open contract talks with Man Utd target Ricardo Rodriguez". ESPNFC. 31 October 2014. Dicapai pada 6 November 2014.
  36. ^ Holyman, Ian (11 December 2014). "LOSC left high and dry by Wolfsburg". UEFA. Dicapai pada 11 December 2014.
  37. ^ Coerts, Stefan (8 January 2015). "Rodriguez signs Wolfsburg renewal". Goal.com. Dicapai pada 8 January 2015.
  38. ^ "Wolfsburg edges Freiburg 1–0 to reach German Cup semifinals". Yahoo News. Associated Press. 7 April 2015. Dicapai pada 7 April 2015.
  39. ^ "Dortmund 1–3 Wolfsburg: DFB-Pokal won by De Bruyne and Dost". Goal.com. 30 May 2015. Dicapai pada 30 May 2015.
  40. ^ Dunbar, Ross (1 August 2015). "Bendtner leads Wolfsburg over Bayern Munich on penalties in German Super Cup clash". Fox Sports. Dicapai pada 3 August 2015.
  41. ^ "VfL Wolfsburg v FC Schalke 04 Live Commentary". goal.com. 28 August 2015.
  42. ^ "Borussia Dortmund cut Bayern Munich's Bundesliga lead to five points as Shinji Kagawa swept in a 93rd-minute winner at Wolfsburg". BBC. 5 December 2015.
  43. ^ "Wolfsburg 2-0 Real Madrid: Cristiano Ronaldo stunned by strikes from Ricardo Rodriguez and Maximilian Arnold". Belfast Telegraph. 6 April 2016. Dicapai pada 7 April 2016.
  44. ^ "FC Augsburg 0-2 VfL Wolfsburg". ESPN. 27 August 2016. Dicapai pada 18 September 2017.
  45. ^ "Arsenal and Chelsea receive boost in bid to land Wolfsburg defender Ricardo Rodriguez". Talksport. 16 February 2017. Dicapai pada 2 December 2017.
  46. ^ "Official: Rodriguez is now red and black". A.C. Milan. 8 June 2017. Dicapai pada 8 June 2017.
  47. ^ "Ricardo Rodriguez completes move to AC Milan from Wolfsburg". ESPN FC. 8 June 2017. Dicapai pada 8 June 2017.
  48. ^ "Newcomers Ricardo Rodriguez, Franck Kessie lift Milan past FC U Craiova". ESPN FC. 27 July 2017. Dicapai pada 28 July 2017.
  49. ^ "Crotone 0-3 AC Milan: Patrick Cutrone outshines new stars as Vincenzo Montella's side lay down a marker". Daily Mail. 21 August 2017. Dicapai pada 30 August 2017.
  50. ^ "Kessie, Rodriguez penalties see AC Milan breeze past Spal". ESPN. 21 September 2017. Dicapai pada 20 September 2017.
  51. ^ Paul, Sumeet (15 October 2017). "Leonardo Bonucci's troubles continue as Milan lose derby at the death". ESPN. Dicapai pada 2 December 2017.
  52. ^ "Ricardo Rodriguez – Profile". FIFA. Dicapai pada 22 September 2014.
  53. ^ "Euro 2012: Wales 2–0 Switzerland". BBC Sport. 7 October 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  54. ^ "Wales vs. Switzerland 2–0". Soccerway. 7 October 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  55. ^ "Switzerland end on a high against Montenegro". UEFA. 11 October 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  56. ^ "Much-changed Montenegro are beaten by Switzerland". The Guardian. 11 October 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  57. ^ "Netherlands draw blank against Switzerland". UEFA. 11 November 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  58. ^ "Mexico into men's Olympic football quarterfinals". ESPN. 2 August 2012. Dicapai pada 18 September 2014.
  59. ^ "R. Rodriguez – WC Qualification Europe – 2014 Brazil – Minutes played". Soccerway. Dicapai pada 22 September 2014.
  60. ^ "Switzerland's route to Brazil". FIFA. 11 October 2013. Dicapai pada 22 September 2014.
  61. ^ "World Cup qualifier: Switzerland book World Cup spot with 2–1 win over Albania". Sky Sports. 11 October 2013. Dicapai pada 22 September 2014.
  62. ^ "World Cup 2014: Pajtim Kasami on standby for Switzerland". BBC. 13 May 2014. Dicapai pada 14 May 2014.
  63. ^ "Switzerland 2–1 Ecuador". BBC Sport. 15 June 2014. Dicapai pada 15 June 2014.
  64. ^ Johnston, Neil (25 June 2016). "Switzerland 1-1 Poland". BBC Sport. Dicapai pada 25 June 2016.
  65. ^ "Switzerland edge Hungary thriller as Sweden edge Luxembourg". Daily Mail. 7 October 2016. Dicapai pada 8 October 2016.
  66. ^ "Disputed Penalty Kick Gives Switzerland a Win in World Cup Playoff". The New York Times. Associated Press. 9 November 2017. Dicapai pada 2 December 2017.
  67. ^ Homewood, Brian (12 November 2017). "Rodriguez proves the scourge of Northern Ireland". Reuters. Dicapai pada 2 December 2017.
  68. ^ https://www.washingtonpost.com/amphtml/sports/dcunited/switzerland-opts-for-experience-in-world-cup-squad/2018/06/04/86572ee2-680a-11e8-a335-c4503d041eaf_story.html[pautan mati kekal]
  69. ^ "Ricardo Rodriguez". Bundesliga. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2014. Dicapai pada 22 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  70. ^ https://www.theguardian.com/football/2018/jun/07/ricardo-rodriguez-switzerland-defender-milan-emergency-surgery
  71. ^ "Everything you need to know about... Ricardo Rodriguez". Four Four Two. 24 July 2014. Dicapai pada 22 September 2014.
  72. ^ "Ricardo Rodriguez". Soccerway. Dicapai pada 22 September 2014.
  73. ^ name="Soccerway Stats"
  74. ^ "Swiss take their place in history". FIFA. Dicapai pada 22 September 2014.

Pautan luar sunting