Richard Evelyn Byrd

Laksamana Muda Richard Evelyn Byrd, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) (25 Oktober 1888 – 11 Mac 1957) ialah seorang pegawai tentera laut Amerika yang juga seorang pengembara. Beliau seorang pelopor penerbangan, pengembara kutub dan pengurus logistik kutub. Beliau pemandu arah dan ketua ekspedisi pesawat terbang yang melintasi Lautan Atlantik, sebahagian Lautan Artik, dan juga sebahagian Penara Antartik. Byrd mendakwa bahawa ekspedisi-ekspedisinyalah yang pertama sampai di Kutub Utara dan Kutub Selatan melalui udara. Pendapat majoriti dalam kalangan pakar kutub sekarang ialah pengembara Norway, Roald Amundsen, sebenarnya orang yang pertama sampai di kedua-dua kutub.[1][2]

Richard E Byrd, tahun 1928

Byrd merupakan seorang penerima Medal of Honor, anugerah penghormatan keberanian tertinggi Amerika Syarikat.

Rujukan sunting

  1. ^ Peter Matthiessen, End of the Earth, National Geographic Society, 2003, page 197
  2. ^ Richard Sale and Madeleine Lewis, Explorers, Smithsonian, 2005, page 34

Templat:Tunas-pengembara