Richard St. John Harris (1 Oktober 1930 - 25 Oktober 2002) ialah seorang pelakon, penyanyi, komposer, penerbit teater, pengarah filem dan penulis berbangsa Ireland yang pernah memenangi Anugerah Grammy serta dicalonkan dua kali untuk Anugerah Akademi. Beliau pernah muncul di atas pentas dan layar perak, terkenal sekali kerana memainkan watak Raja Arthur dalam filem Camelot (1967), sebagai Oliver Cromwell dalam filem Cromwell (1970) dan juga watak Albus Dumbledore dalam filem adaptasi novel Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001) dan Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002), iaitu filem terakhirnya. Beliau juga pernah memainkan watak bangsawan dan banduan British dalam filem A Man Called Horse (1970), dan seorang gunfighter dalam filem Unforgiven (1992) arahan Clint Eastwood.

Richard Harris
Promotional photograph of Richard Harris
Kelahiran
Richard St. John Harris

(1930-10-01)1 Oktober 1930
Meninggal dunia25 Oktober 2002(2002-10-25) (umur 72)
Tahun aktif1958 - 2002
PasanganElizabeth Rees-Williams (1957-1969)
Ann Turkel (1974-1982)
AnugerahBest Actor Award (Cannes Film Festival)
1963 This Sporting Life

Rujukan sunting

Pautan luar sunting