Richard III dari England

Richard III (2 Oktober 1452 – 22 Ogos 1485) adalah Raja England selama dua tahun, dari 1483 sehingga kematiannya pada 1485 dalam Pertempuran Padang Bosworth. Baginda merupakan raja terakhir Kerabat York dan juga dinasti Plantagenet. Kekalahannya di Bosworth, pertempuran muktamad Perang Bunga Ros, kadangkala dianggap sebagai pengakhiran Zaman Pertengahan di England. Baginda menjadi subjek pementasan Richard III oleh William Shakespeare.

Richard III
Potret terawal Richard yang masih wujud (c. 1520)
(Society of Antiquaries, London)
Raja England
Pemerintahan26 Jun 1483 – 22 Ogos 1485
Kemahkotaan6 Julai 1483
Didahului olehEdward V
Diikuti olehHenry VII
Keputeraan(1452-10-02)2 Oktober 1452
Istana kota Fotheringhay, Northamptonshire
Kemangkatan22 Ogos 1485(1485-08-22) (umur 32)
Padang Bosworth, Leicestershire
PemakamanGreyfriars, Leicester (sehingga 2013)
Raja permaisuriAnne Neville
Anakanda
KerabatKerabat York
AyahandaRichard Plantagenet, Duke York
BondaCecily Neville, Duchess York
TandatanganTandatangan Richard III

Apabila kekandanya Edward IV mangkat pada April 1483, Richard dinamakan Lord Protector bagi putera dan pengganti Edward, Edward V yang berumur 12 tahun. Sesampai di London, Edward V dan adiknya Richard menetap di Menara London sementara menunggu pertabalan baginda pada 22 Jun 1483. Bagaimanapun belum sempat dimahkotakan, perkahwinan ayahandanya dengan ibundanya Elizabeth Woodville diisytiharkan tidak sah, membuatkan putera mereka tidak layak menjadi raja. Dakwaan itu disahkan suatu perhimpunan bangsawan dan rakyat kebanyakan British pada 25 Jun. Keesokan harinya, Richard III mula memerintah dan baginda dimahkotakan pada 6 Julai 1483. Putera-putera muda itu tidak lagi dilihat selepas Ogos tahun tersebut.

Tedapat dua pemberontakan utama menentang Richard. Yang pertama, pada Oktober 1483, dipimpin sukutu kuat Edward IV[1] dan juga bekas sekutu Richard, Henry Stafford, Duke Buckingham Kedua,[2] anak saudara sepupunya.[3] Pemberontakan ini runtuh dan Stafford dihukum bunuh di Salisbury. Pada Ogos 1485, Henry Tudor dan bapa saudaranya Jasper Tudor pula bangkit. Henry Tudor mendarat di Pembrokeshire, dengan satu kontinjen kecil askar Perancis, dan bergerak merentasi Wales merekrut askar dan pemanah. Richard terbunuh dalam Pertempuran Padang Bosworth, raja Inggeris terakhir meninggal dalam pertempuran.

Disebabkan keadaan naik takhta dan kemenangan Henry VII, jasad Richard III ditanam tanpa kebesaran dan hilang lebih daripada lima abad. Pada 2012, satu penggalian arkeologi dijalankan pada tempat letak kereta Majlis Perbandaran di tempat yang dahulu ialah Greyfriars, Leicester. Universiti Leicester mengesahkan pada 4 Februari 2013 bahawa satu rangka yang ditemui dalam penggalian tersebut iala milik Richard III, berdasarkan bukti daripada pentarikhan radiokarbon, perbandingan dengan laporan sezaman rupanya, dan perbandingan DNA mitokondrion dengan dua keturunan nasab ibu kakak sulung Richard III, Anne dari York.[4][5][6]

Leluhur sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ross, C., Richard III, London 1981, m/s. 105
  2. ^ Horrox, R., Richard III: A Study in Service, Cambridge 1989, m/s. 132; Buckingham was an exception amongst the rebels as, far from being a previous favourite, he 'had been refused any political role by Edward IV'
  3. ^ geni.com, ancestry Richard III. "ancestry Richard III". Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ Richard III: DNA confirms twisted bones belong to king Maev Kennedy, The Guardian, 4 Februari 2013
  5. ^ "Richard III dig: DNA confirms bones are king". BBC News. 4 Februari 2013. Dicapai pada 2013-02-04.
  6. ^ Fricker, Martin (5 Februari 2013). "Edinburgh-based writer reveals how her intuition led archaeologists to remains of King Richard III". Daily Record and Sunday Mail. Dicapai pada 5 Februari 2013.

Pautan luar sunting

Richard III dari England
Cabang kadet bagi Kerabat Plantagenet
Tarikh keputeraan: 2 Oktober 1452 Tarikh kemangkatan: 22 Ogos 1485
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Edward V
Raja England
Lord Ireland

1483–1485
Diikuti oleh:
Henry VII
Pegawai tentera
Didahului oleh
Earl Kent
Lord High Admiral
1462–1470
Diikuti oleh:
Earl Warwick
Didahului oleh
Earl Warwick
Lord High Admiral
1471–1483
Diikuti oleh:
Duke Norfolk
Jawatan politik
Didahului oleh
Earl Rivers
Lord High Constable
1469–1470
Diikuti oleh:
Earl Oxford
Didahului oleh
Earl Oxford
Lord High Constable
1471–1483
Diikuti oleh:
Duke Buckingham

Templat:Dukes of Gloucester