Richard Malanjum
Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum (lahir 13 Oktober 1952)[1] merupakan Ketua Hakim Negara kesembilan. Sebelum menyertai perkhidmatan kehakiman, beliau ialah seorang peguam pelatih dan menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, persatuan peguam bagi negeri Sabah.[2]
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum SSM, PSM (Malaysia); SPDK (Sabah); SPSK (Kelantan); SSAP (Pahang); PGDK (Sabah); SIMP (Pahang) | |
---|---|
Ketua Hakim Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 11 Julai 2018 – 12 April 2019 | |
Dicalonkan oleh | Mahathir Mohamad |
Dilantik oleh | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Md Raus Sharif |
Digantikan oleh | Tengku Maimun Tuan Mat |
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak | |
Dalam jawatan 26 Julai 2006 – 11 Julai 2018 | |
Dicalonkan oleh | Abdullah Ahmad Badawi |
Dilantik oleh | Tuanku Syed Sirajuddin |
Didahului oleh | Steve Shim Lip Kiong |
Digantikan oleh | David Wong Dak Wah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tuaran, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara (kini Sabah) | 13 Oktober 1952
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA Universiti London |
Malanjum menyertai perkhidmatan kehakiman pada tahun 1992 sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Beliau akhirnya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya, Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak pada 26 Julai 2006.[1] Hakim Besar Sabah dan Sarawak ialah pegawai kehakiman tertinggi keempat di Malaysia.[3] Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Malaysia kesembilan, pegawai tertinggi kehakiman di Malaysia pada 11 Julai 2018,[4][5] menjadi orang pertama dari negeri-negeri Borneo Malaysia untuk naik ke pejabat.[6]
Pendidikan
suntingBeliau mendapat pendidikan awal di Tuaran sebelum menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu.
Pada tahun 1972, beliau lulus dari Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) di Shah Alam, Selangor sebagai pelajar luaran di Universiti London dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di London dan berjaya melengkapkan kajian Bar-at-Law pada tahun berikutnya.[7]
Kerjaya
suntingBeliau memulakan kerjayanya sebagai kerani di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Televisyen dan Radio sebelum beralih sebagai Pegawai Kebajikan di Jabatan Kebajikan Negara.
Setelah mendapat ijazah undang-undang, Malanjum berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan telah ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Sabah.
Beliau juga dimasukkan ke Bar Inggeris Persatuan Kehormat Gray's Inn di London.
Semasa kembali ke Malaysia, Malanjum meneruskan khidmatnya sebagai timbalan pendakwa raya dan peguam kanan di Jabatan Peguam Negara Sabah.
Pada tahun 1977, beliau menjadi peguam dagang dengan Majlis Peguam Malaysia, Sabah dan dimasukkan ke Australian Capital Territory Bar pada tahun 1991.
Pada 1981, Malanjum meletak jawatan dari jawatannya di Pejabat Peguam Negara Sabah dan menyertai firma guaman di Kota Kinabalu di mana beliau menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah.
Kemudian, beliau dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada awal tahun 1992.
Pada tahun 2006, untuk kali pertama sejak pembentukan Malaysia, beliau menjadi orang pertama yang dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, jawatan itu dipegang oleh seorang warga British, seorang dari Semenanjung Malaysia dan beberapa rakyat Sarawak.[7]
Penghargaan
suntingPenghargaan Malaysia
sunting- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
- Pahang :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) - Dato' Indera
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk
- Kelantan :
Rujukan
sunting- ^ a b "Chief Judge of The High Court of Sabah and Sarawak". Judiciary of Malaysia. Dicapai pada 3 November 2010.
- ^ "Malanjum the First Kadazandusun to be Chief Judge". Bernama. 26 July 2006. Dicapai pada 3 November 2010.
- ^ "Operation of the court". Judiciary of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2011. Dicapai pada 3 November 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Richard Malanjum is new Chief Justice". Bernama. New Straits Times. 11 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
- ^ "Richard Malanjum Ketua Hakim Negara baharu". Bernama (dalam bahasa Malay). Harian Metro. 11 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Richard Malanjum, the first Chief Justice from the Borneo states". Bernama. New Straits Times. 11 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
- ^ a b "Richard Malanjum new Chief Justice". Bernama. Borneo Post. 12 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
Didahului oleh Md Raus Sharif |
Ketua Hakim Negara Malaysia 2018–2019 |
Diikuti oleh: Tengku Maimun Tuan Mat |
Didahului oleh Steve Shim Lip Kiong |
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak 2006–2018 |
Diikuti oleh: David Wong Dak Wah |