Rich Skrenta

(Dilencongkan dari Richard Skrenta)

Richard "Rich" Skrenta (lahir 1967) ialah pengaturcara komputer dan pencipta untuk apa yang telah dianggap sebagai virus komputer pertama yang ditemukan di 'hutan belantara'. Virus tersebut yang dikenali sebagai Elk Cloner mula menjangkiti mesin Apple II pada 1982.

Richard Skrenta
Kelahiran1967
Pittsburgh, Pennsylvania
PekerjaanKPE untuk Blekko Inc.
Laman web rasmiSkrentablog

Dilahirkan di Pittsburgh, Pennsylvania, Skrenta ialah lulusan Northwestern University. Antara 1989 hingga 1991, beliau mengerjakan perisian Amiga Unix di syarikat Mesin Perniagaan Commodore. Selepas itu, Skrenta bekerja di Unix System Laboratories sehingga 1995, apabila beliau menyertai Sun Microsystems untuk mengerjakan pengekodan aras-IP antara tahun-tahun 1996 hingga 1998.

Pada tahun 1998, Skrenta meletakkan jawatannya di Sun Microsystems untuk menjadi salah satu pengasas Projek Direktori Terbuka. Selain daripada mengerjakan direktori tersebut, beliau juga mengerjakan Netscape, laman muzik AOL, dan laman membeli-belah AOL.

Skrenta juga melibatkan diri dalam pembangunan VMS Monster, permainan MUD yang lama untuk VMS yang kemudian mengilhami permainan TinyMUD. Beliau juga dikenali kerana peranannya dalam pembangunan perisian TASS, pendahulu untuk Tin yang merupakan perisian pembaca berita Usenet yang popular bagi sistem Unix.

Pada 1989, Skrenta mula mengerjakan Olympia, permainan penyelakuan berbilang pemain yang dilancarkan oleh syarikat Permainan Shadow Island pada 1994 sebagai suatu permainan bayar-dan-main. Beliau meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Topix.net untuk mengetuai Blekko Inc.,[1] sebuah syarikat baharu yang baru-baru ini mendapatkan Marc Andreessen sebagai pelabur.[2] Skrenta juga penasihat kepada Milo.com,[3] satu lagi enjin carian.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Skrenta's website
  • Associated Press. "Prank starts 25 years of computer security woes". CTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-07. Dicapai pada 2009-11-01.
  • USA Today. "Interview with Topix founder Rich Skrenta".
  • about Blekko[pautan mati kekal]