Richard Stribeck (7 Julai 1861 di Stuttgart - 1950) adalah seorang jurutera mekanik Jerman. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Rajah Stribeck.

Beliau mengajar di TU Dresden dan memulakan penyelidikan tentang gear transmisi. Sebelum itu, beliau bertugas sebagai pengarah teknikal Deutz-Werke di Cologne.

Stribeck dan Robert Bosch merupakan rakan sepengajian bidang industri dan semenjak itu mereka kekal. Pada 1902, Stribeck menerangkan pekali geseran dalam bearing berpelincir dan kemudian memperkenalkan Rajah Stribeck. Pada 1930, beliau telah menerima anugerah Wilhelm-Exner-Medaille atas sumbangan beliau dalam kajian tersebut.