Richworks International

RichWorks International Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat khusus kepada pembelajaran keusahawanan melalui program-program yang dicipta untuk melatih, membimbing dan membina tahap bisnes para usahawan.

Dengan kehadiran mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang berpengalaman untuk memimpin usahawan-usahawan ini, RichWorks International juga menghadirkan pendekatan latihan intensif yang sesuai mengikut cabaran yang dilalui untuk memberi impak yang tinggi dan meningkatkan pertumbuhan bisnes mereka.

RichWorks kini telah membimbing lebih daripada 300 jenama dengan lebih 20 jenis industri di bawah bimbingan RichWorks Titanium. Antara jenama yang telah dibimbing oleh RichWorks adalah seperti, Mamasab, Rizman Ruzaini, The Raw., Sabella, Hasnuri, Weddings By Emma, GTR Burger, Ella Furniture, Efferty, DND World.

Sejarah sunting

Syarikat ini ditubuhkan pada 13 Jun 2008 oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk memimpin dalam bidang pemasaran dan pengiklanan untuk mengurus kempen pemasaran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada syarikat korporat gergasi.

Sebanyak lebih dari 10,000 syarikat dilatih oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan syarikat ini berjaya menarik lebih 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar Live secara dalam talian.

Sepanjang pandemik Covid 19 pada tahun 2021, RichWorks International telah menjalankan 13 program secara percuma di mana jumlah peserta yang menyertai program - program tersebut merupakan sebahagian daripada 605,000 usahawan yang bangkit dalam bisnes pada tahun tersebut.

Pengasas bersama, Datuk Zafrol Rizal Mat (Datuk Jerry Rizal), kemudian sertai RichWorks pada tahun 2011 sebagai seorang kerani akaun. Kepimpinan dan pengalaman beliau dari kerjaya konsultasi bersama firma perakaunan terkemuka di London menyebabkan beliau dinaikkan pangkat ke General Manager dalam masa 3 bulan.

Beliau telah menggunakan pengalaman korporat yang ada dengan memberi sokongan kepada staf dan usahawan untuk mentransformasikan RichWorks menjadi syarikat yang mempunyai asas untuk bekembang dengan lebih baik.

Pada tahun pertama RichWorks International ditubuhkan, syarikat ini telah menganjurkan program pertama “Rahsia Tarikh Lahir” yang menjadi sensasi ketika itu. Sebanyak 3,000 peserta telah hadir menunjukkan keberkesanan program tersebut.

RichWorks International meneruskan penganjuran (Road Tours) Klinik Usahawan di Malaysia dengan menarik kehadiran sebanyak 1000-3000 peserta di setiap negeri utama di Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Kelantan dan Melaka.  

Pada tahun pertama RichWorks International ditubuhkan, syarikat ini telah menganjurkan program pertama “Rahsia Tarikh Lahir” yang menjadi sensasi hangat ketika itu dengan taktik pemasaran gerila. Program ini berjaya menarik kehadiran seramai 3000 orang peserta.

RichWorks International meneruskan perjuangan pada tahun yang berikut dengan menganjurkan (Road Tours) Klinik Usahawan di Malaysia dengan menarik kehadiran sebanyak 1000-3000 peserta di setiap negeri utama di Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Kelantan dan Melaka dengan perjuangan untuk mengenal pasti potensi diri manusia dan mencapai kebebasan kewangan serta membina bisnes legasi berjaya langkah demi langkah.

Pada tahun yang sama pada tahun 2009, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) diperkenalkan buat pertama kalinya. Kejayaan program fenomenal ini adalah dalam mentransformasikan kehidupan orang ramai selama lebih 1 dekad.

RichWorks International telah berjaya membimbing 52 usahawan jutawan (The Gladiators) sehingga mencecah jualan lebih RM 10 Juta.

RichWorks International juga telah menembusi Singapura, Brunei dan Indonesia dalam membantu dan meningkatkan perniagaan usahawan bagi menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi mereka.

Visi dan Misi sunting

Visi RichWorks adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih baik dengan membantu setiap orang mencapai impian mereka.

Bagi mencapai visi tersebut, syarikat ini mempunyai misi untuk membantu usahawan-usahawan dalam mencapai penyelesaian kekal menuju kepada hasil eksponensial dan menjadi sebuah organisasi terbaik dengan individu-individu luar biasa yang memiliki nilai-nilai menakjubkan.

Dengan nilai-nilai melibatkan People, Pride, dan Prestige, RichWorks memastikan corak kepimpinan menjadi tulang belakang terhadap kecemerlangan dalam setiap aspek.

Program RichWorks sunting

Program Mentorship TITANIUM sunting

Program tertinggi dengan matlamat untuk membimbing dan meningkatkan tahap bisnes usahawan dengan strategi dan kaedah terkini untuk meningkatkan bisnes mereka berkali ganda dan untuk capai kejayaan yang LUAR BIASA.

Program ini diperkenalkan pada tahun 2015 dan telah membimbing lebih dari 1000 usahawan dan perniagaan secara intensif menerusi program mentoring dan coaching. Program ini telah memberi impak yang sangat tinggi dan kami berjaya mencecah jualan terkumpul sebanyak RM 3.5 billion pada tahun 2022.

Program Mentoring selama 12 bulan ini juga adalah salah satu program yang membantu usahawan mendapatkan ILMU dengan bimbingan daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Berbekalkan pengalaman serta ilmu yang sentiasa up-to-date, segala kegusaran dan kebimbangan dapat diselesaikan dengan baik. Usahawan juga akan dibimbing satu persatu apa LANGKAH dan TINDAKAN yang perlu dilakukan untuk mengembangkan bisnes sehingga berjaya.

Program Mentorship SPIRE sunting

Program persediaan ke Program Mentoring TITANIUM yang  membimbing dan membantu usahawan mencapai jualan perniagaan mencecah 1 Juta pertama dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Program ini merangkumi pembelajaran secara langsung dan khususnya bimbingan intensif secara VIRTUAL ONLINE selama 12 bulan, selaras dengan era digital masa kini. Secara tidak langsung, program ini memudahkan proses pembelajaran usahawan, dapat menjimatkan masa dan mereka dapat belajar di mana sahaja mereka berada, pada bila-bila masa.

Marketing Millionaire Mastery sunting

Millionaire Marketing Masterclass adalah program pembelajaran kendiri secara online selama 3 bulan yang fokus kepada marketing dengan ilmu yang terbukti berkesan.

Millionaire Marketing Masterclass (MMM) merupakan program yang dikemas kini mengikut keadaan semasa untuk usahawan atau pemilik perniagaan yang ingin menguasai aspek pemasaran agar dapat tingkatkan jualan seterusnya pendapatan mereka dalam apa jua keadaan mendatang.

Program ini fokus kepada Fundamental of Marketing yang mana dikategorikan mengikut Formula 3M; Market, Message & Medium.

Program-program anjuran RichWorks sunting

RichWorks telah membuat banyak penganjuran yang dihadiri oleh beribu peserta seperti program-program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), Nak Ubah Hidup, 10X Bina Bisnes Berjaya, Bangkit Bisnes Dari Krisis, Advance Marketing Power (AMP) dan lain-lain lagi.

Kolaborasi sunting

RichWorks International telah banyak menjalinkan kerjasama dan kolaborasi bersama badan kerajaan untuk menjayakan misi dalam membantu usahawan tingkatkan perniagaan mereka. Antara kolaborasi yang pernah dilakukan:

Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) sunting

RichWorks International Sdn. Bhd.  bersama-sama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memperkenalkan Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta pada September 2022. Program ini bertujuan untuk membimbing dan meningkatkan jumlah usahawan desa ke arah status usahawan jutawan.

RichWorks International Sdn. Bhd. telah membuka peluang berharga ini kepada usahawan-usahawan desa di seluruh Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui program bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta.

Melalui program ini, RichWorks berjaya melahirkan 15 jutawan dalam masa kurang dari 12 bulan. Program ini berbentuk kejurulatihan dan pementoran dan kesemua peserta yang terpilih setelah melalui beberapa proses saringan diberi bimbingan secara fizikal dan juga online selama 12 bulan.

25 Usahawan desa yang terpilih menyertai Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta berjaya mencipta rekod baru dengan mencatatkan nilai jualan terkumpul dari Oktober 2022 hingga Ogos 2023 sebanyak RM33,835,900 (RM33.8 Juta). Ini adalah peningkatan sebanyak 2 kali ganda iaitu 110% dari nilai sebelum mereka menyertai KU1J, iaitu sebanyak RM16,074,033 (RM16.07 Juta).

Mentorship Indonesia (Pak Sandiaga Uno - Kemenparekraf) sunting

Pertumbuhan efektif terhadap perniagaan yang dibimbing oleh RichWorks International Sdn. Bhd. yang semakin berkembang menarik perhatian Menteri Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia (Kemenparekraf), Dr. H Sandiaga Salahuddin Uno dan mencetuskan kolaborasi bersama RichWorks International Sdn Bhd (Malaysia) dan RichWorks Indonesia yang memberi tajaan bernilai sebanyak RM1.9 Juta kepada 25 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Mentorship Indonesia yang membimbing mereka selama enam bulan.

Bimbingan ini bertujuan untuk meningkatkan bisnes mereka dalam menempuhi persekitaran yang mencabar dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Indonesia. Selain menerima bimbingan dan pembelajaran secara online dan offline, para pengusaha ini juga menyertai program Titanium Inner Circle Meeting pada 6-10 Mac 2023 di Jakarta, Indonesia.

Seramai hampir 300 usahawan Malaysia dan Indonesia yang hadir dan 5 usahawan daripada Mentorship Indonesia ini telah diberi penganugerahan ‘Rising Star’ kerana pertumbuhan bisnes mereka yang sangat berkembang.

Wanita Bangkit Berniaga sunting

RichWorks International bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dalam Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Inisiatif ini adalah untuk membantu wanita yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 bagi menjana pendapatan dengan berniaga.

Program ini berjaya menarik hampir 40,000 penyertaan berbanding sasaran asal 2,000 peserta yang diajar teknik berniaga dan ilmu-ilmu yang dikongsi oleh usahawan-usahawan berjaya.

Kronologi RichWorks 2008-2023 sunting

2008 - Penubuhan RichWorks dan membentuk laluan berwawasan sunting
  • Pengasas & Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menubuhkan RichWorks pada 13 Jun 2008.

2009 - Lawatan Jalan Keusahawanan 2009: Membuka Potensi di Seluruh Malaysia sunting

  • Penganjuran Road Tours “Klinik Usahawan” yang mengutamakan lima lokasi: Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kelantan, Melaka.
  • Menganjurkan Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pertama

2010 - Perjalanan luar biasa Hasnita Ahmad di RichWorks sunting

Hasnita Ahmad dilantik sebagai Pengarah Eksekutif selepas sumbangan luar biasa beliau yang bermula sebagai kakitangan jualan dan kemasukan data

2011 - Datuk Jerry Rizal mentransformasikan RichWorks sunting

Pengasas Bersama & Pengerusi Eksekutif, Datuk Jerry Rizal  dilantik sebagai Pengurus Besar selepas membawa pengalaman dan kepakaran korporat mentransformasikan RichWorks

2012 - Pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sunting

P engiktirafan oleh Malaysia Book of Records bagi penganjuran Seminar Pemasaran terbesar di Malaysia

2013 - Perasmian Program di Stadium Malawati Shah Alam sunting

  • Pecah Rekod: Berjaya menganjurkan program secara besar-besaran di Stadium Malawati Shah Alam dengan kehadiran 5,000 peserta.
  • Pengukuhan kedudukan RichWorks sebagai peneraju industri.

2014 - Siri terbesar seminar dan program Road Tours sunting

Lebih daripada 140,000 peserta menghadiri seminar Road Tour di pelbagai lokasi di Malaysia.

2015 - Program Titanium Circle dilancarkan sunting

  • Pengenalan Program "Titanium Circle" bagi memupuk perniagaan yang semakin berkembang untuk mencapai hasil jualan sebanyak RM100,000 setiap bulan dan seterusnya.
  • Inner Circle Meeting (ICM) pertama diadakan di Singapura.

2016 - Waktu Mencabar sunting

  • IMKK pertama di Sabah dengan kehadiran 1,664 peserta.
  • Datuk Wira Dr. Azizan Osman mencapai status Amazon Best-Seller dengan buku "Beat The Curve," yang dikarang bersama Brian Tracy dan pakar-pakar lain.

2017 - Pengiktirafan kebangsaan dan industri sunting

Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks telah diberi penghormatan sebagai Best Business Mentorship Provider oleh Asia Halal Brand Award.

Datuk Wira dianugerahkan "100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2017" dan Master Entrepreneur Creators oleh SME & Entrepreneurship Business Award 2017.

2018 - Pelancaran SPIRE dan Ulang Tahun Ke-10 RichWorks

  • Ulang Tahun ke-10 RichWorks: Memberi penghormatan kepada kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan model BMW dan Mercedes.
  • Program SPIRE dilancarkan selepas kejayaan Titanium Circle.

2019 - Peralihan daripada IMKK kepada Intensive Business Coaching and Mentoring

Pengenalan program baharu:

Nak Ubah Hidup (NUH) yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SACC), Shah Alam.

2020 - Mengadaptasi dan Berjaya di Tengah Cabaran Pasca Pandemik

  • Menganjurkan program NUH kedua di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam dengan hampir 11,000 peserta hadir menjadikannya rekod terbesar bagi peserta paling ramai dalam satu program pada satu masa.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah turut hadir.

  • Peralihan ke Program Dalam Talian sejak Covid-19 melanda: Melibatkan program dalam talian semasa pandemik, mempamerkan kebolehsuaian dan daya tahan. RichWorks berjaya merangkul The BrandLaureate e-Branding Brand Leadership Awards 2020.

2021 - Mengatasi Cabaran sunting

  • Permulaan program secara Online yang menghadirkan 800,000 peserta dalam masa 1.5 tahun.
  • Muncul sebagai pioneer industri dalam acara online
  • Menyatukan 100 usahawan jutawan menerusi inisiatif "100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu Negara" semasa Covid-19.
  • Datuk Wira Dr. Azizan Osman memenangi The Nona Superhero Awards 2021 – Nona Men’s Business Mentor Award.

2022 - Kesan Transformatif melalui Masterful Mentoring sunting

  • Kerjasama bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada bulan Oktober:

Tumpuan diberikan kepada pemerkasaan usahawan di kawasan luar bandar melalui program Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J).

Memulakan misi untuk membimbing 25 usahawan luar bandar bagi mencapai kejayaan dalam jualan jutaan pertama mereka.

  • Datuk Wira Dr. Azizan Osman disenaraikan sebagai “Successful Malaysian of 2022” oleh Britishpedia.

2023 - Memperkasakan Ushahawan melalui kolaborasi sunting

  • Kejayaan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW):

Seramai 19 usahawan mencapai jualan 1st Million selepas dilatih dalam program SPIRE dengan hasil tahunan kolektif sebanyak RM 38.15 juta.

  • Kerjasama bersama Media Prima untuk menganjurkan 10 Road Tours ke seluruh Malaysia dan berinteraksi dengan usahawan melalui program Bina Bisnes Berjaya.
  • Meraikan ulang tahun ke-15 pada tahun 2023.

RichWorks Awards sunting

Oktober 2017

Yayasan Usahawan Malaysia        

SME & Entrepreneurship Business Award 2017-2018 Premier Edition

“Master Entrepreneur Creators”

-          International Coach Guild (ICG) Australia

Credentialed Master Coach (CMC) untuk Dr Azizan Osman

-          Certificate of Recognition, Richworks International Sdn Bhd bagi kategori

Approved Business Mentorship Provider

-          Certificate of Recognition, Richworks International Sdn Bhd – Level I Recognised Course

-          Certificate of Recognition, Richworks International Sdn Bhd – Level II Recognised Course

-          Certificate of Recognition, Richworks International Sdn Bhd – Level III Recognised Course

-          ICG School Recognised Plaque

Datuk Wira Dr. Azizan Osman menjadi individu pertama dari Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan Tahap 3,Credentialed Master Coach.

Richworks International Sdn Bhd (RISB) merupakan institusi pendidikan ICG yang ke-2 di DUNIA dan yang PERTAMA di Asia yang mendapat pengiktirafan dari ICG Australia.

NOVEMBER 2017

Entrepreneur Insight, Malaysia   

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs

(The 100 MIYE) 2017

-Dr Azizan Osman

DISEMBER 2017

ASIA HALAL BRAND AWARDS

ASIA HALAL BRAND AWARD – Best Business Mentorship Provider

OKTOBER 2018      

Entrepreneur Insight, Malaysia   

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs

(The 100 MIYE) 2018

-          Zafrol Rizal Mat

NOVEMBER 2019  

SME & Entrepreneurs Business Awards

Entrepreneur Influencer of The Year

DISEMBER 2019     

MADcon                         

Top 50 Marketing & Advertising Leaders Award

MADcon                         

Top 100 Marketing & Advertising Companies Award

2020                                                              

The Brand Laureate e-Branding Brand Leadership Awards 2020

2021                                                                 

The Nona Superhero Awards 2021 – Nona Men’s Business Mentor Award

Rujukan sunting

1.https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2022/03/931508/usahawan-bimbingan-richworks-raih-jualan-rm37-bilion

2.https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/03/1067661/65-usahawan-bimbingan-richworks-capai-jualan-rm10-juta-setahun

3. https://www.kosmo.com.my/2023/02/04/richworks-lahir-350-usahawan-capai-jualan-lebih-rm1juta/

4. https://www.thestar.com.my/starpicks/2022/04/17/congrats-due-to-richworks-founder-and-co-founder-for-passion-in-lifelong-learning

5. https://www.thestar.com.my/starpicks/2022/04/17/congrats-due-to-richworks-founder-and-co-founder-for-passion-in-lifelong-learning

6. https://says.com/my/seismik/richworks-kongsi-solusi-polikrisis-yang-boleh-usahawan-ambil-peluang-bangkit-semula (Polycrisis)

7. https://www.kosmo.com.my/2022/04/17/pengasas-dan-pengasas-bersama-richworks-lulus-cima/ (Lulus CMA)

8. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/05/703119/kursus-percuma-richworks (Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama)

9. https://www.hmetro.com.my/setempat/2023/11/1033768/19-usahawan-desa-capai-jualan-lebih-rm1-juta

10. https://theedgemalaysia.com/content/advertise/richworks-aims-to-guide-10000-entrepreneurs-to-achieve-RM1million-a-year-in-annual-sales

11. https://thesun.my/cerita/lebih-40000-peserta-sertai-wanita-bangkit-berniaga-KC8602048

12. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/10/peluang-bagi-wanita-bangkit-berniaga/#google_vignette

13. https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/06/richworks-bimbing-wirausahawan-indonesia/