Ridhima Pandey (lahir 2009) merupakan aktivis dari India yang telah membuat kempen berkaitan dengan perubahan iklim . Beliau telah disamakan dengan aktivis Greta Thunberg . [1]

Ridhima Pandey

Ridhima Pandey tinggal di Uttarakhand iaitu sebuah negeri di India Utara. Dinesh Pandey yang merupakan ayah Ridhima Pandey telah bekerja di Uttarkhand selama 16 tahun sebagai aktivis.

Selama 10 tahun yang lalu, rumah Ridhima Pandey telah dilanda cuaca buruk. Pada tahun 2013, lebih 1000 orang telah mati dalam kejadian banjir dan tanah runtuh. [2] Hampir 100,000 orang terpaksa dipindahkan dari Uttarakhand. [3]

Menurut Bank Dunia, perubahan iklim cenderung meningkatkan tekanan pada bekalan air di India. [4]

Tindakan undang-undang terhadap Kerajaan India sunting

Ketika berusia sembilan tahun, Pandey telah mengajukan tuntutan terhadap Kerajaan India kerana mereka tidak mengambil langkah untuk menangani krisis iklim yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Paris . Mahkamah ini dibentangkan di National Green Tribunal (NGT), iaitu sebuah mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 2010 yang hanya menangani kes yang berkaitan dengan alam sekitar. Pandey juga meminta Kerajaan India untuk membuat pelan pengurangan pelepasan karbon dan menangani krisis iklim yang termasuk mengurangkan pengunaan bahan api fosil.

Aduan kepada PBB sunting

Pada 23 September 2019, Pandey dengan 15 kanak-kanak lain, termasuk Greta Thunberg, Ayakha Melithafa dan Alexandria Villaseñor, telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak yang menuduh Argentina, Brazil, Jerman, Perancis dan Turki telah melanggar Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dengan gagal menangani krisis iklim dengan secukupnya. [5] [6]

Pandey meminta larangan plastik sepenuhnya kerana pengeluarannya yang berterusan adalah hasil permintaan pengguna. Dia juga meminta Kerjaan India dan pihak berkuasa tempatan untuk membuat inisiatif membersihkan Sungai Ganga . [1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Who Is Ridhima Pandey". Business Standard India. Dicapai pada 23 April 2020.
  2. ^ Associated Press (24 June 2013). "India's death toll in aftermath of floods reaches 1,000". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-04-23.
  3. ^ "Many still stranded in India floods". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 28 June 2013. Dicapai pada 23 April 2020.
  4. ^ "India: Climate Change Impacts". World Bank (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 April 2020.
  5. ^ "#ChildrenVsClimateCrisis". childrenvsclimatecrisis.org. Dicapai pada 23 April 2020.
  6. ^ "earthjustice.org". Dicapai pada 26 April 2020.