Riduan Judin

penulis Malaysia

Riduan Judin dilahirkan pada 10 September 1992. Beliau merupakan penulis novel seram ngeri Malaysia. Genre yang menjadi identiti dan garapan beliau ialah genre seram ngeri yang diadun dengan elemen mistik dan misteri. Sekarang, beliau sedang bernaung di bawah syarikat besar dan ternama iaitu Syarikat Karangkraf ( Alaf 21 ) dalam penerbitan novel.

Riduan Judin
Lahir (1992-09-10) 10 September 1992 (umur 31)
Pitas, Sabah
Nama penaRiduan Judin
PekerjaanPenulis, Cikgu, Kolumnis
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (Ijazah Sarjana Muda Penddikan)
GenreNovel
Laman web
http://riduanjudin.blogspot.com/


Riduan Judin dilahirkan di Pitas, Sabah. Merupakan seorang guru muda dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur ). Dalam dunia penulisan, Riduan Judin merupakan novelis muda yang berjaya melakar nama di pentas penulisan Malaysia. Sekali gus berjaya mengikuti jejak novelis seram ngeri lain di Malaysia seperti Ramlee Awang Murshid, dan penulis-penulis lain. Beliau juga aktif dalam bidang sukan terutamanya bola sepak. Pernah menggiatkan diri dalam bidang seni mempertahankan diri iaitu Seni Silat Gayong Malaysia.


Bercakap tentang idola, Riduan Judin pernah mengatakan bahawa 'idola saya ialah diri saya sendiri'. Itu kata-kata sakti yang beliau pernah katakan. Dan apabila didesak, beliau sekadar mengatakan 'cukuplah saya menjadi diri saya sendiri. Saya tidak dapat menjadi orang lain, dan orang lain tidak akan sesekali dapat menjadi seperti saya'. 'Saya mengagumi para penulis tanah air terutamanya yang sealiran genre dengan saya. Para sasterawan negara, dan sesiapa sahaja yang ingin menjadi penulis'. Kata beliau yang juga dikenali dengan singkatan nama "RJ" yang merujuk kepada namanya.

Latar belakang pendidikan sunting

  • Sekolah Kebangsaan Mandurian, Pitas Sabah (1997-2003)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas Sabah (Sekolah Harapan Pitas) (2004-2009)
  • Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas Sabah (Sekolah Harapan Pitas)Sempat bersekolah selama dua minggu sahaja sebelum mendapat tawaran di maktab ataupun Institut Pendidikan Guru pada masa kini, setelah dinaiktaraf enam tahun lalu.
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Sastera, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur (28 Jun 2010 - November 2015)

Penulisan sunting

  • 1. Petaka Nyawa - Ogos 2014, Alaf 21 [1]
  • 2. Antolgi Mistik Jembalang(Bidadari Pencabut Nyawa)- Januari 2015, Alaf 21 [2]
  • 3. Penjara Mati - Ogos 2015, Alaf 21. [3]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting