Buka menu utama

Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan seorang penulis. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Dr
Riduan Mohamad Nor
Butiran peribadi
Lahir1 Jun 1971
Parti politikPAS logo.svg PAS
KediamanTerengganu Terengganu
PekerjaanAhli politik

Pendidikan dan kerjayaSunting

Riduan memiliki B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) dan berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda PAS Wilayah semenjak zaman belajar di UM (Dip. Ed), juga sebagai SU DDD Lembah Pantai.

Beliau pernah menjadi guru selama 13 tahun sebelum berhenti. Beliau pernah mengajar di SMK Khatolik PJ, SMK La Salle PJ, SMK Perempuan Taman Petaling, Yayasan Anda Akademik dan Victoria Institution KL.

Pemuda PASSunting

Dalam pemilihan AJK Dewan Pemuda PAS 2009-2011, Ustaz Riduan memperolehi 197 undi. Ustaz Hassan Sukri mengumumkan gandingan profesional dan ulama muda yang berjaya.Antaranya ialah Ustaz Riduan Mohamad Noor (197); Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (194) ; Ustaz Mohd Firdaus Jaafar (176) ; Ustaz Mohd Nazri Chik Zain (165) ; Suhaizan Kaiyat (165); Ustaz Nasir Zakaria (152) ; Ustaz Kamal Ashari (145) ; Kamaruzzaman Mohamad (139) ; Khairul Faizi Ahmad Kamil (139) ; Mohamad Adram Musa (135) ; Abdullah Abdul Karim (127) dan Dr Raja Ahmad Iskandar (126).[1]

BukuSunting

Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku secara perseorangan atau bersama penulis lain .Antaranya ialah :

  1. Pertembungan Iman dan Kufur
  2. Sejarah Pemalsuan Al-Quran
  3. Ahzab Moden dan Masa Depan Islam
  4. Tajuk-Tajuk Utama Ramadhan (bersama dengan Nazri Chik)
  5. Duka Acheh Luka Kita
  6. Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan
  7. Gaza Menangis
  8. Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden
  9. Catatan Kanvas Kehidupan
  10. Tsunami Politik Permatang Pauh
  11. Analisis Pilihan Raya Umum ke-12
  12. Potret Perjuangan Mahasiswa Dalamm Cerminan Dekad
  13. Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan
  14. Memperingati 100 Tahun Hassan Al Banna
  15. Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW - Implikasi Hulum , Menelusuri Sejarah dan Isu Kontemporari
  16. Peperangan Rasulullah SAW
  17. Siri Serangan Pemikiran - Islam Liberal dan Pluralisme Agama
  18. Murtad - Implikasi Hukum dan Fenomena
  19. Menggengam Bara - Menelusuri Perjuangan 50 Tahun Dewan Pemuda Pas Pusat dan Kezaliman ISA
  20. Aku, Cinta dan Bulan
  21. Menerjang badai: 60 tahun Mempersada Perjuangan
  22. Makkal Sakhti 2008: Analisis Pilihanraya Umum Ke-12

KembaraSunting

RujukanSunting