Ridzuan Hashim
Mohd Ridzuan Hashim (lahir 13 Ogos 1961) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersil. Beliau menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya. [1]
Ridzuan Hashim | |
---|---|
Ridzuan dalam filem Antara Dua Hati | |
Kelahiran | Mohd Ridzuan bin Hashim 13 Ogos 1961 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1981–kini |
Pasangan | Didie Alias (k. 1992; c. 2002) |
Anak-anak | 5 |
KerjayaSunting
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Ridzuan terlebih dahulu memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada tahun 1981 kerana terdapat pihak yang tertarik dengan ketampanan dan personalitinya. Ridzuan ketika itu berusia 21 tahun, mencari pekerjaan yang sesuai dengannya setelah menarik diri daripada pasukan bola sepak sebelum menerima tawaran untuk menimba pengalaman.[1] Popularitinya sebagai model iklan komersial turut membawa Ridzuan mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila ditawarkan berlakon dalam drama, Adam & Hawa untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 pada tahun 1986.[1]
Dua tahun kemudian, beliau diberi kepercayaan oleh Rosnani Jamil untuk berlakon dalam filem Antara Dua Hati bersama pelakon utamanya, Raja Ema dan Sabree Fadzil.[1]
Beliau memegang watak Karim, bapa kepada Faliq lakonan Zachery Francis dan Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[2]
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada 1991 dan bercerai pada 2002, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 5 anak.[3] Anak sulung beliau, Nur Dhaniyah diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari pada 9 Ogos 2015.[4]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Antara Dua Hati | Shah | Filem pertama |
1990 | Hati Bukan Kristal | Razif | |
1995 | Beyond Rangoon | Pegawai Min | Filem pertama Hollywood sebagai pelakon tambahan |
Pesona Cinta | |||
1996 | Scoop | Inspektor Shamsul | |
Lurah Dendam | Kapten Hanafi | ||
1997 | Ghazal Untuk Rabiah | Eddy | |
2001 | Seri Dewi Malam | Doktor | |
2002 | Cinta 200 Ela | Encik Jamil | |
2004 | SH3 | ||
2005 | Qaisy & Laila | Dato' Laila Father | |
2007 | 1957: Hati Malaya | Datuk Yahaya | |
2008 | Dunia Baru The Movie | ASP Polis | Penampilan khas |
Cicakman 2 - Planet Hitam | Bakar | ||
2009 | Maut | Ayah JJ | |
Jalang | |||
My Spy | Datuk 'O' Osman | ||
2011 | KL Gangster | King | |
Don 2 | Jaruwan | Filem Hindi, pelakon tambahan | |
2013 | Lemak Kampung Santan | ||
KL Gangster 2 | King | ||
2015 | Pilot Cafe | Penampilan khas | |
2019 | Rise to Power: KLGU | King | |
2022 | Dato' Ai La Beau | Dr. Aidan | |
Daddyku Gangster | Zaki |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986 | Adam dan Hawa | RTM | Drama radio | |
1989 | Primadona | |||
1993 | Demam Malam | Peguam | TV1 | di samping Uji Rashid |
1994 | Arshad Hussein & Co | |||
1995 | Fatihah (Siri) | Zainal | TV3 | di samping Uji Rashid |
1997 | MoU | |||
2002 | Ramadhan | |||
2004 | Sephia | TV3 | ||
2006 | Nuraisha | TV1 | ||
Tak Tercapai Akalmu | Ahmad | |||
2007–2008 | Spa Q | Riezman | TV3 | |
2009 | Merah Putih | |||
2010 | Tipah Vavavoom | Ismail | ||
2010–2011 | Arjuna | Hambali | ||
2011 | Hilang | Dato' Osman | TV9 | |
2011–2012 | Bunga April | Sophian | TV3 | |
2012 | Cinta Itu Milikku | |||
Tanah Kubur (Musim 4) | Salim | Astro Oasis | Episod: "Dayus" | |
2012–2013 | Evolusi KL Drift: The Series | Karim | TV2 | |
2013–2014 | Istidraj Cinta | Tan Sri Othman | TV3 | |
2015 | Tanah Kubur (Musim 13) | Jamil | Astro Oasis | Episod: "Sedarlah Engkau Bukan Tuhan" |
2016 | Tundukkan Playboy Itu | Tan Sri Mukhriz | TV3 | Pelakon undangan |
Gerak Khas (Musim 16) | TV2 | Episod: "Mawi Oh Mawi" | ||
2017 | Raisha | Datuk Z | TV3 | |
2018 | Inai Yang Hilang | Zainal | ntv7 | |
Mawar Murni | Aziz | TV3 | ||
Raisha 2 | Datuk Z | |||
2019 | Hola Hermosa | TV1 | ||
Dia Menantu Rahsia | Tuan Suhaimi | TV3 | ||
Iktibar | Kamal | Episod: "Kerana Baran Tetak Bapa" | ||
Ajari Playboy Itu | Osman | |||
2021 | Melastik Ke Hatimu | Kadir (Bapa Ziyyad) | ||
Wifi Sebelah Rumah | Uncle Sam | Disney+ Hotstar | ||
2022 | Kuasa | Tan Sri Dhameer | Astro Citra | |
Epilog 3 Naga | Uncle Hussein | Awesome TV |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Sempadan Kasih | ||
2009 | Suara Dari Kubur | Astro Ria | |
2014 | Bibah Bling Bling | TV2 | |
2015 | 100 Hari | TV1 | |
Cintaku Bibikku | TVi | ||
Kayaku Kayap | Dato' Nik | TV3 | |
Kasih Malisa | TV1 | ||
2016 | Anak Mat Salleh Tapi Melayu | Datuk Bob | TV3 |
2017 | Wanita Terindah | Rozlan | Astro First Eksklusif |
2018 | Uniknya Cinta | Ayah Amalina | TV3 |
Studio Awie | Pak Ngah | ||
3 Hati Ibu | TV1 | ||
Maya Mila | Dato' Hasbullah | NTV7 | |
Haji Gugel | Haji Rozali | TV3 | |
2019 | Cikgu Pencen | Cikgu Razali | TV1 |
2022 | Blues Hari Isnin | Dato' Ghazi |
Anugerah dan pencalonanSunting
- Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)
- Festival Filem Malaysia ke-9 : Filem "Hati Bukan Kristal" (menang)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM)
- Festival Filem Malaysia ke-13 : Filem "Ghazal Untuk Rabiah" (pencalonan)
- Pelakon Lelaki Terbaik TV
- Anugerah Skrin 1997: Drama "MoU" (pencalonan)
- Anugerah Skrin 2012: Drama "100 Hari" (pencalonan)
- Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 (menang)
- Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) (Pencalonan)
- Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) (Pencalonan)
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994 dan 1996
RujukanSunting
- ^ a b c d Wawann Mohd (4 Ogos 2017). "Ridzuan Hashim bukti tidak sekadar jual rupa". Sinar Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
- ^ Siti Kamilah Mustapha (14 Disember 2012). "Duda 12 tahun, Ridzuan tak nakal". Kosmo!. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ "Anak Gadis Didie Alias, Ridzuan Hashim Selamat Bergelar Isteri". My News Hub. 9 Ogos 2015. Dicapai pada 21 April 2018.