Riena Diana
Nur Qamarina Diana Zulreal (lahir 3 September 1997) merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan telah berlakon dalam beberapa drama yang kebanyakannya terbitan TV3.[1]
Riena Diana | |
---|---|
Kelahiran | Nur Qamarina Diana binti Zulreal 3 September 1997 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyampai radio |
Tahun aktif | 2017–kini |
Kerjaya sunting
Kerjaya Riena Diana dalam bidang lakonan bermula selepas beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017.[2] Selepas DFKL 2017 tamat, Riena ditawarkan berlakon dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dibintangi oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan, yang merupakan drama pertama lakonannya. Riena berlakon dengan dua saluran, TV3 dan TV Okey.
Beliau mula menjadi bualan peminat setelah menjayakan watak Dr. Qhadeeja dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli.[3][4] Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama Cinta Lemon Madu sebagai Aisyah.
Kejayaan Riena hadir apabila beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Kampung People di mana beliau memegang watak gadis kaya bimbo, Laila. Beliau berkongsi bahawa "Ramai tidak sangka saya boleh membawakan watak komedi, malah saya menerima pelbagai maklum balas positif sejak drama itu disiarkan".[5][6][7]
Riena kemudian memulakan kerjaya sebagai pengacara dengan mengacarakan rancangan Gempak TV di Astro Ria, kemudian diikuti oleh By The Sea di TV3.[perlu rujukan]
Filemografi sunting
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | TV3 | Drama pertama | |
Dekatkan Jarak Kita | Sofiya | |||
2018 | Cinta Lemon Madu | Aisyah | ||
Nur | Dr. Qhadeeja | |||
Nonis | Anis | ntv7 | ||
Kamar Kamariah | Ratna | TV3 | ||
Vila Ghazara | Anggerik | |||
2019 | Nur 2 | Dr. Qhadeeja | ||
Arjuna Cinta Keisha | Keisha | TV1 | ||
Dia Yang Ku Cinta | Reanna | TV3 | ||
Rumah Siti Khadijah | Nelly | |||
Kampung People | Laila / Ruziah | |||
2020 | Leon Zalika | Zalika | TV Okey | |
Kebaya Kasut Kanvas | Alin | TV3 | ||
Kampung People 2 | Laila / Ruziah / Ros / Lempang | |||
Hadiah Dari Tuhan | Ika | |||
2021 | Kisah Cinta Rumi | Runi | ||
Dear Cinta | Mona | |||
2022 | Cinta Amnesia | Laura Madeena | ||
Cinta Buat Dara | Dara | |||
Kampung People 3 | Laila / Lempeng / Lili Angel Lorita | |||
Chinta Arjuna | Chinta | |||
2023 | Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker | Syifa | Tonton | |
My Name is Lola | Ecah | TV3 | Pelakon undangan | |
Geng Daddy Daddy | Melissa | |||
Kau Yang Bernama Seri | Tiara | Awesome TV | Sitkom |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Tasbih Usang | Unifi TV | |
2022 | Tunggu Aku Balik | Mirna | Astro Citra |
Videografi sunting
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | "Dia" | Qody |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | Episod: "Peluang Kedua" | |
2020–2021 | Gempak TV | Pengacara bersama | Astro Ria | Gandingan bersama dengan Daniel Cheang, Hun Haqeem & Isha Norsham |
By the Sea | Dirinya sendiri | TV3 | ||
2021 | Shuk Nak Tanya 2 | Awesome TV | ||
2022 | Muzik Muzik | Pengacara undangan | TV3 | |
2023 | MBuzz | Pengacara |
Radiografi sunting
Radio sunting
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
24 Februari 2021 – 15 Julai 2022 | Geng Pagi Hot & Sembang Squad | Hot FM |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) | N/A | Finalis |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ Zaidi Mohamad (17 Jun 2018). Riena takut pengarah Nur garang Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
- ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader.
- ^ Ifqdar Rahman (15 Ogos 2018). Riena Diana dicemuh warganet kerana membuka tudung Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018. "Watak Deja tinggalkan impak besar terhadap kerjaya Riena Diana.".
- ^ Zaidi Mohamad (15 November 2019). Saya tak cari publisiti murahan - Riena Diana Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (5 Januari 2020). Watak 'bimbo' bawa tuah Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Januari 2020). Nama melonjak selepas 3 tahun Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (1 Februari 2020). Tuah watak gedik Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.