Rifle Pengulang MAS 36

Rifle Pengulang MAS 36 7.5 mm (0.29 inci) adalah senjata keluaran Perancis yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

MAS-36
MAS-36
JenisBolt-action rifle
Tempat asalPerancis Perancis
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1936–1978
Digunakan olehSee Users
PerangPerang Dunia Kedua
Perang Kemerdekaan Algeria
Perang Indochina Pertama
Krisis Suez
Perang Vietnam
Perang Saudara Kemboja
Sejarah pengeluaran
PengeluarManufacture d'Armes de Saint-Etienne
Spesifikasi
Berat3.71 kg (8.2 lb) unloaded
Panjang1,021 mm (40.2 in)
Panjang laras575 mm (22.6 in)

Kartrij7.5×54mm French
AksiBolt action
Halaju muncung2700 ft/s (823 m/s)
Jarak tembakan efektifest. 350-400 yards w/open sights
Sistem suapan5 round internal box magazine,
clip fed
PenglihatanIron sights

Pada tahun 1886 Tentera Perancis mendahului dunia dengan memperkenalkan peluru rifle tanpa asap dalam bentuk katrij Lebel 8 mm (0.3 inci). Menjelang tahun 1920-an peluru ini mula ketinggalan. Selepas beberapa cubaan yang gagal katrij piwaian baru dengan kaliber 7.5 X 54 mm (0.29 X 2.1 inci) diperkenalkan pada tahun 1929.

Cubaan menyesuaikan rifle Lebelund Berthier yang berasal sejak Perang Dunia Pertama dan masih terdapat dalam bilangan yang banyak gagal, dengan itu pembangunan bagi senjata baru telah dimulakan. Senjata baru ini mula dikeluarkan pada tahun 1936 dan dikenali sebagai MAS 1936. Bagaimanapun pengeluarannya bermula dengan perlahan dan dipercayai hanya 250,000 MAS 1936 dihasilkan menjelang 10 May 1940.

Rifle Pengulang MAS 36 merupakan satu dari pengulang konventional pengerak manual terakhir yang digunakan tentera. Senjata yang ditawan turut digunakan oleh tentera penjajah Jerman. Selepas 1945, Rifle Pengulang MAS 36 kekal digunakan oleh Tentera Perancis selama beberapa tahun. Selepas itu, senjata itu mula dibekalkan kepada tentera di beberapa bekas koloni Perancis.