Rindu Awak 200% (drama)

Rindu Awak 200%[1] ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2014 adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Liyana Zahim,[2] terbitan Creative Skill Solution dan ditayangkan menerusi Slot Akasia di TV3 dari 15 Julai sehingga 1 September 2014 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam.[3]

Rindu Awak 200%
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Liyana Zahim
PenciptaLiyana Zahim
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahAidilfitri Mohamed Yunos
Dibintangi oleh
Zul Ariffin
Ayda Jebat
Lagu pembukaan"Jaga Dia Untukku" oleh Dato' Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Maafkan Aku" oleh Asfan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
PenyuntingRaishah Sultan
SinematografiCarlos Levo
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambarDolby Digital
Format audio
Siaran asal15 Julai 2014 – 1 September 2014
Kronologi
MengikutiKerana Terpaksa Aku Relakan
Diikuti olehMaaf Jika Aku Tak Sempurna

Drama ini dibintangi oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Lagu Jaga Dia Untukku nyanyian Datuk Siti Nurhaliza menjadi lagu tema drama ini.

Sinopsis

sunting

Armel Aisya mempunyai hobi suka mengambil gambar. Hobi itu dijadikannya sebagai pendapatan sampingan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran. Walau bagaimanapun, hobi Armel Aisya disalah tafsir oleh ibunya sendiri. Situasi itu menimbulkan ketegangan di antara mereka. Hubungan Armel Aisya dan ibunya sentiasa dingin. Bagi ibunya, hobi anaknya itu umpama mengemis di jalanan.

Orang tua Armel Aisya ingin menjodohkannya dengan anak kepada rakan lama mereka. Permintaan ibunya sentiasa ditentang oleh Armel Aisya. Mereka tidak sebulu, tidak sependapat! Armel Aisya enggan menunaikan keinginan ibunya. Malah dengan lantang Armel Aisya mengatakan dia sudah mempunyai kekasih hati. Mengetahui perkara itu, ibunya bertambah berang. Baginya, Armel Aisya seorang anak yang keras kepala dan tidak mahu mendengar kata orang tua. Armel Aisya memberitahu ibunya, jika hubungan mereka berjaya dipisahkan, dia akan menuruti kehendak ibunya.

Siapa sangka lelaki yang pernah dia ambilkan gambar suatu ketika dahulu, kini berada di depan matanya. Zill Faezrul bakal dijodohkan dengan dirinya! Hasrat orang tua Armel Aisya akhirnya tercapai. Mereka bahagia melihat perkahwinan anak perempuan mereka dengan seorang pemuda yang indah budi bahasanya. Mereka amat berharap dengan perkahwinan itu akan mengubah Armel Aisya daripada sikapnya yang mudah melenting.

Bagaimana dengan kehidupan Armel Aisya selepas bergelar isteri? Bahagiakah Armel Aisya bersama suaminya, Zill Faezrul? Bagaimana pula hubungan Armel Aisya dengan ibunya? Yang sebelum ini sentiasa panas bercakaran

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Konsep

sunting

Drama Rindu Awak 200% memulakan tayangan perdana pada Selasa, 15 Julai 2014 jam 6:58 petang di Slot Akasia TV3, menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang berakhir sehari sebelumnya. Episod terakhir drama ini disiarkan pada 1 September 2014, dan Rindu Awak 200% digantikan oleh Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Drama terbitan Creative Skill Solution yang membariskan pelakon Zul Ariffin sebagai teraju utama turut bergandingan bersama dengan pendatang baharu yang juga bekas peserta Akademi Fantasia, Ayda Jebat selaku heroin dalam siri drama tersebut.[4][5]

Penerbitan

sunting

Pengarah drama ini, Aidil Fitri Mohd. Yunos ketika di Majlis Pelancaran drama Rindu Awak 200% di Sri Pentas berkata, pemilihan Zul dan Ayda sebagai pelakon utama bagi menghidupkan jalan cerita adalah langkah baik kerana kedua-dua mereka berjaya menjiwai watak yang diberikan.[3] Disebabkan itu beliau telah terlebih dahulu menawarkan watak Zill Faezrul kepada Zul Ariffin kerana dia merasakan Zul adalah orang yang tepat berdasarkan plot cerita dalam novel tersebut. Pemilihan Ayda sebagai sebagai Armel Aisya merupakan pilihan penerbitnya, Suryati Sidek yang sudah lama mengintai Ayda, selepas lakonannya dalam Romi Cinta Julia, dia terus melamar Ayda untuk menjadi salah seorang bintang utama dalam drama ini.[3]

Rindu Awak 200% memulakan penggambaran pada hujung April hingga awal Julai 2014 dan mengambil masa selama 103 hari turut membuat penggambaran di luar negara iaitu di sekitar Istanbul, Turki.[3]

Muzik dan runut bunyi

sunting
No.TajukPenyanyiMasa
1."Jaga Dia Untukku"Dato' Siti Nurhaliza3:24
2."Maafkan Aku"Asfan4:08
Jumlah masa: 7:33


Anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015
Anugerah MeleTOP Era ke-2
Pelakon TV MeleTOP Zul Ariffin Menang
Artis Baharu MeleTOP Ayda Jebat Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2[6][7][8]
Drama Pilihan Rindu Awak 200% Menang
Pengarah Drama Pilihan Aidilfitri Mohd Yunus Menang
Penulis Skrip Drama Pilihan Niezar Nahar Menang
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Zul Ariffin Menang
Pelakon Drama Wanita Pilihan Ayda Jebat Tercalon
Hero & Heroin Pilihan Zul Ariffin & Ayda Jebat Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Rindu Awak 200% Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
Gandingan Serasi di Layar Perak Zul Ariffin & Ayda Jebat Menang
Anugerah Skrin ke-19
Drama Rantaian Popular (Pilihan Media Sosial) Rindu Awak 200% Menang
2015
Anugerah Buku Negara
Anugerah Telenovela - Kategori Novel Rindu Awak 200% Menunggu
Anugerah Telenovela - Kategori Artis Lelaki Zul Ariffin Menunggu
Anugerah Telenovela - Kategori Artis Wanita Ayda Jebat Menunggu

Rujukan

sunting
  1. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2015.
  2. ^ Tuah Rindu Awak 200% Harian Metro. 20 Mac 2015.
  3. ^ a b c d Nur Farhana Mohamad (6 Ogos 2014). Rindu Awak 200% semakin menjadi Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Ogos 2014.
  4. ^ Rindu Awak 200 % di Akasia TV3 Sinar Harian. 7 Julai 2014.
  5. ^ Drama Rindu Awak 200% mCentralMY
  6. ^ Zaidi Mohamad (21 Mac 2015). Rindu Awak 200% menang besar di DFKL 2015 Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  7. ^ Kemalia Othman (21 Mac 2015). 'Rindu Awak 200%' Bolot 4 Anugerah DFKL 2015 mStar. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  8. ^ Nina Farzuin Md. Shahrom (22 Mac 2015). Kemenangan besar Rindu Awak 200% Sinar Harian. Dicapai pada 23 Mac 2015.

Pautan luar

sunting
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Rindu Awak 200% Berikutnya
Kerana Terpaksa Aku Relakan Maaf Jika Aku Tak Sempurna