Lagu Rindu Bayangan merupakan sebuah lagu malar segar Melayu yang dinyanyikan oleh kumpulan carefree pada tahun 1979 dalam album pertama mereka yang berjudul "Kebebasan". Ia menggunakan vokal Jay Jay sebagai penyanyi utama.

"Rindu Bayangan"
Single oleh Carefree
daripada album Kebebasan
Dilancarkan pada1979
FormatKaset
GenrePop
Panjang-
SyarikatEMI
PenulisOmar Taib, Jay Jay
PenerbitOmar Taib
Kronologi single Carefree
""Aku Terpesona" (1979)" "Rindu Bayangan" ""Joget Mak Enon"
(1979)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Remake oleh Dayang Nurfaizah sunting

"Rindu Bayangan"
Single oleh Dayang Nurfaizah & Dino
daripada album Juara Pop Jelita
Dilancarkan pada4 Julai 2002
FormatCD
GenreR&B, Pop
Panjang-
SyarikatBroadway Entertainment
PenulisOmar Taib, Jay Jay
PenerbitBoon Tan
Kronologi single Dayang Nurfaizah & Dino
""Hujan Lagi Hati Ini" (2002)" "Rindu Bayangan" ""Hanyalah Kasihmu"
(2002)"
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Pada April 2002 di Anugerah Industri Muzik 2002, Dayang Nurfaizah telah menyampaikan lagu ini secara duet bersama abang beliau, Dino. Oleh kerana persembahan tersebut mendapat pujian dari penonton dan wartawan yang menyaksikan persembahan mereka maka wujud permintaan supaya lagu ini dirakamkan semula. Oleh yang demikian, versi rakaman semula oleh Dayang dan Dino dimuatkan dalam album kompilasi "Juara Pop Jelita" edaran Broadway Entertainment pada tahun 2002.

Kolaborasi mereka berjaya dipertandingkan di Anugerah Era 2002 untuk kategori Duo/Kumpulan Pilihan. Ia merupakan salah sebuah lagu remake yang popular pada tahun 2002 selain lagu Dua Insan oleh Iva Virginia & Ezad Lazim.

Lagu RIndu Bayangan juga turut dirakam semula oleh Nurul dan Alleycats menerusi album solo Nurul, Kini Dan Selamanya (1998).