Rindu Yang Terindah

Rindu Yang Terindah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Amelia Henderson dan Redza Rosli.[1]. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 16 Mac 2020 menggantikan Maaf Tak Indah.

Rindu Yang Terindah
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Derita Terindah karya Eshal Nuranis
PenciptaEshal Nuranis
Ditulis oleh
  • Amin Shakib
  • Anina Sahal
  • Azril Hamzah
  • Eja Lorena
  • Shida Zali
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cukup" oleh Rizal Rasid
Lagu penutup"Cukup" oleh Rizal Rasid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal16 Mac 2020 – 20 April 2020
Kronologi
MengikutiMaaf Tak Indah
Diikuti olehNur (ulangan)

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang perkahwinan yang berlangsung antara Hazil Wafiy dan Airis tanpa rasa kasih dan sayang. Hazil telah melayan isterinya Airis dengan perasaan benci sedangkan Airis berusaha mengambil hati suaminya.

Semuanya bermula setelah pemergian tragis Hazieq, tunang Airis yang telah meninggal dunia sebelum tarikh perkahwinan mereka. Kehidupan Airis yang dahulu bahagia menjadi satu penyeksaan yang tak pernah diduga apabila tempat Hazieq sebagai teman hidup terpaksa digantikan oleh abangnya, Hazil.

Setelah berkahwin, Airis diseksa setiap hari walaupun ada kasih yang berputik antara mereka. Kemudian, barulah Airis mendapat tahu yang Hazill berdendam dengannya kerana Hazill tidak sempat menerima sumbangan buah pinggang dari Hazieq untuk dirinya yang menghidap penyakit buah pinggang tahap kelima.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Rindu Yang Terindah (TV3) My Infotaip (15 Mac 2020). Dicapai pada 18 Mac 2020.