Rindu Yang Terlarang

Rindu Yang Terlarang merupakan drama bersiri adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah. Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Zahirah MacWilson, Jalil Hamid, Sahronizam Noor, Amyza Aznan, Sulaiman Yassin dan Kartina Aziz. Drama terbitan Zeel Production dibawah arahan pengarah Rashid Sibir yang mulai ditayangkan pada 26 November 2019 di Astro Ria slot DramaVaganza pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Drama ini merupakan drama bersiri kedua yang mengisi Slot DramaVaganza selepas drama telah tamat siarannya Cemburu Seorang Perempuan pada 25 November yang lalu.[1]

Rindu Yang Terlarang
GenreDendam
Keluarga
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Rindu Yang Terlarang (novel) karya Umie Nadzimah
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Fikry Ibrahim
Zahirah MacWilson
Jalil Hamid
Sahronizam Noor
Amyza Aznan
Sulaiman Yassin
Lagu pembukaan"Kau Kekasihku" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza
Lagu penutup“Kau Kekasihku" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot DramaVaganza
Astro Ria HD
Siaran asal26 November 2019 – 23 Disember 2019
Kronologi
MengikutiCemburu Seorang Perempuan
Diikuti olehPengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Sinopsis sunting

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga, Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing.

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Tok Wan berjaya menyatukan semula Ainnura dan Faith. Namun sayangnya disaat hari pernikahan Ainnura dan Faith semakin hampir, Tok Wan meninggal dunia. Ainnura yang bersedih diatas pemergian Tok Wan berhasrat untuk membatalkan majlis tersebut namun Faith berjaya memujuk Ainnura agar meneruskan majlis pernikahan mereka. Sementara itu, Puan Rohana yang masih berdendam dengan Ainnura kemudian berpura-pura merestui perkahwinan tersebut. Selepas berkahwin, Ainnura kemudian berpindah semula ke rumah Puan Rohana. Disitu bermulalah episod duka Ainnura apabila dia dan Fawwaz sering didera dan diseksa oleh ibu mertuanya tanpa pengetahuan Faith. Hal tersebut hanya diketahui oleh adik Faith, iaitu Fazira.

Fazira akhirnya membongkarkan rahsianya bahawa Fawwaz adalah anak kandungnya bersama Raja Azali (Asyraf Aley) hasil daripada hubungan terlarang mereka suatu ketika dahulu. Ini kerana Fazira tidak sanggup melihat Ainnura dihina serta tidak mahu status Fawwaz terus dipersoalkan oleh keluarganya. Rahsia tersebut membuatkan Puan Rohana semakin membenci Ainnura kerana beranggapan tindakan mereka tersebut adalah kerana Ainnura ingin membalas dendam kepadanya. Namun Ainnura menyangkal tuduhan ibu mertuanya itu. Puan Rohana kemudian bertindak memukul Ainnura dan kejadian tersebut disaksikan oleh Faith. Faith kemudian memarahi ibunya dan mengugut akan meninggalkannya. Namun Ainnura memujuk Faith agar memaafkan perbuatan ibunya itu. Puan Rohana akhirnya sedar kesilapannya selama ini lalu meminta maaf kepada Ainnura dan keluarganya. Ainnura dan Faith akhirnya kembali bersatu.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Watak pembantu sunting

Lagu-lagu sunting

Tajuk Penyanyi Masa
"Kau Kekasihku" Dato' Sri Siti Nurhaliza 5:26
"Diari Hatimu" 6:03
"Setia Faizal Tahir dan Elizabeth Tan 3:43
"Magika" Wani Kayrie 3:01

Trivia sunting

Drama ini rata-rata menggunakan lagu-lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai latar seperti Kau Kekasihku, Diari Hatimu, Menatap Dalam Mimpi, Biarlah Rahsia dan banyak lagi.

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Rindu Yang Terlarang mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.