Rita Rudaini

Pelakon dan model Malaysia

Rita Rudaini Mokhtar (lahir 11 April 1976) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2004.

Rita Rudaini
Kelahiran
Rita Rudaini binti Mokhtar

(1976-04-11) 11 April 1976 (umur 47)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1997–kini
Pasangan
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Peragawati sunting

Rita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos. Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah Wardina Safiyyah dan Julia Hana. Rita pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi Rem pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, Rita melakonkan watak sebagai obsesi Rem.

Pada 1999, setelah dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja, Rita disunting pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Turut berlakon dalam iklan tersebut ialah model Alan Yun. Nama Rita menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package dan banyak lagi.

Sejak 2005, Rita dilantik menjadi wajah komersil produk Secret Garden. Rita berganding bersama pelakon Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz sebagai wajah kempen prabayar Celcom sejak 2008. Pada 2009, Rita menjadi salah seorang penggerak kepada promosi produk jualan langsung One Drop Perfume. Selain membantu promosi, Rita juga bergelar usahawan produk tersebut. Pada tahun 2010, Rita dan anak lelakinya Airit Rayyan telah dilantik menjadi duta produk ibu dan bayi serta wajah Rita digunakan untuk kempen Safi Rania Gold.

Televisyen dan filem sunting

Rita membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.

Di layar perak, Rita diperkenalkan menerusi filem Mendam Berahi, namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan. Pada 2003, Rita muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem Mami Jarum Junior yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 17 bersaing bersama-sama Amy Mastura (Bintang Hati), Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam), Janet Khoo (Paloh) dan tewas kepada Nasha Aziz (Trauma).

Namun pada 2003, Rita berselisih faham dengan David Teo serta syarikat pengurusan serta penerbitan filemnya Metroweath Movies Production setelah Rita menarik diri daripada memegang watak pembantu dalam filem Cinta Kolestrol (watak itu diganti oleh aktres Aleeza Kasim). Akibatnya, kerjaya lakonan Rita di layar perak mula suram akibat campurtangan beberapa pihak yang mempersoalkan isu kontrak Rita bersama produksi tersebut. Isu itu selesai secara baik, dan kerjaya lakonan Rita mula menyinar pada 2005 setelah membintangi drama Rafflesia. David Teo mula berhasrat untuk menyunting semula Rita untuk filem-filemnya pada 2007 setelah aktres itu kembali ke puncak populariti.

Pada 2008, Rita mencetuskan kontroversi apabila tidak menghadiri penggambaran filem Kantoi arahan Ahmad London. Perselisihan faham tersebut berakhir apabila Rita menarik diri dan digantikan oleh aktres Rozita Che Wan. Filem tersebut kini masih belum ditayangkan ekoran beberapa masalah.

Sepanjang menceburi bidang lakonan, Rita berpeluang bekerja dengan pengarah-pengarah seperti Rashid Sibir, Kabir Bhatia, Aziz Chunk Adnan, Amie Maziah, A Razak Mohaideen, Silver Chung, dan Feroz Khan. Banyak drama-drama dan filem lakonan Rita meraih anugerah seperti drama Rafflesia, Bicara Aur dan Tebing yang dinobatkan sebagai Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin. Sementara filem Cinta pula memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia.

Hero yang paling kerap digandingkan bersama Rita ialah aktor Rosyam Nor sejak drama kedua lakonan Rita iaitu Kabus & Sinar (2000) kemudian drama TV Daun Ketupat Kering (2006) serta drama bersiri kegemaran ramai seperti Biarku Sentuh Cintamu, Rozana dan Iris. Rita merupakan salah seorang heroin paling cocok buat Rosyam selain Umie Aida, Nasha Aziz & Eja.

Sejak 2009, Rita sering digandingan dengan aktor Singapura, Aaron Aziz.

Muzik sunting

Pada 2001, Rita turut serta dalam rakaman runut bunyi filem Mendam Berahi. Dua buah lagu beliau yang sempat diputarkan di corong-corong radio pada 2002 adalah Kekal & Terbanglah. Bakat nyanyian Rita mendapat kritikan positif daripada wartawan hiburan. Rita pernah merakamkan album solo pada 2002 diterbitkan oleh LY dan Sham Kamikaze, namun hanya sempat menyiapkan rakaman 6 buah lagu sebelum menghadapi masalah dengan syarikat rakaman, MIG Production. Ketika masih dalam proses rakaman, Rita pernah menyuarakan hasrat untuk merakamkan lagu-lagu yang berentak 'Amy Mastura'.

Kehidupan peribadi sunting

Rita yang aktif dalam bidang sukan ketika sekolah rendah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama dan pernah berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia.

Pada 1999, ketika berusia 23 tahun Rita melangsungkan perkahwinan dengan pengulas sukan TV3, Akbar Shaari. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita kemudian berkahwin dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008. Aidil hanya berusia 21 tahun ketika itu, sementara Rita mencecah usia 32 tahun. Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4. Namun, mereka bercerai pada tahun 2013.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Bara Pelacur Carlos I Filem pertama, pelakon tambahan
2002 Mendam Berahi Agen Sara
Mami Jarum Kak Rita
2003 Mistik Athirah bersama Cico Harahap, Farid Kamil & Uji Rashid
Mami Jarum Junior Kak Rita (Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik - FFM17
2004 Makar Nadhirah
2006 Cinta Airin
2014 Balistik Salina
2015 Love, Supermoon Nina
2021 Kerana Korona[1] Nur Izati Ditayangkan melalui Astro First kerana Perintah Kawalan Pergerakan 2.0
Rumah Madu Ku Berhantu Sofea
2023 Sumpahan Malam Raya Cik Ayu Penampilan khas
2024 Mami Jarum Kembali Kak Rita

Muzik Video sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
1997 "Selingkar Kasih" Rem

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 GK3
Cik Tom Sdn Bhd
Wajah
Skuad Elit Elina Mansor
2003 Kutub Utara Kutub Selatan 2 Rohana TV2 menggantikan Nasha Aziz
2005 Mentari Jingga Astro Ria
Rafflesia Akma TV2 Juga ditayangkan di KBS (Saluran TV Korea Selatan)
Simbiosis TV3
Biar Ku Sentuh Cintamu
2006 Mengapa Harus Ada Cinta
Syair Untuk Najihah Najihah
Butakah Cinta Erra
Rafflesia 2 Akma TV2 Juga ditayangkan di KBS (Saluran TV Korea Selatan)
Nuraisha Nuraisha TV3
Janji Kekasih Julia TV1
2007 Datin Diaries Datin Molly TV3
Kau Yang Ku Sayang Alia
Bicara Aur Dengan Tebing Mia
  • Drama Siri Terbaik Anugerah Skrin
  • Drama Siri Terbaik Anugerah TV Asean
Rozana Rozana TV3
2008 Tangisan Bulan Madu (Musim 1) Amira TV2
Iris Iris TV3
2009 Cinta Gila Arianna Astro Prima
Rahsia Hati Kamelia
2010 Noktah Erna Erna TV3
Jangan Bunuh Matahariku (Musim 1) Suri TV2
Pengantin Untuk Dijual Indah Astro Box Office
2011 Dan Bila Esok Syafiera TV3
Tangisan Bulan Madu (Musim 2) Amira TV2
Jangan Bunuh Matahariku (Musim 2) Suri TV2
2012 Ameera Ameera TV3
2013 Sehangat Asmara Kamilia Najwa Astro Mustika HD
2013-2014 Istidraj Cinta Siti Fatimah TV3
2014 Azam Ramadan Su Su
2014-2015 Satu Hari Lia TV9
2016 Ahli Mesyuarat Tingkap [2] Zai TV3
Tak Beli Tak Cinta Bibi
2017 Ketupat Rendang Brownies Coklat Elynna drama Panasonic Malaysia kerjasama dengan Media Prima Berhad.
Misi Laksa Dan Laksam Fiza
2019 Voice Note Mariam
Geng Mak Mak Kak D Astro Ria
Satu Hati Dua Jiwa TV2
Seputih Cinta Rangbulan
2021 Shah Alam 40000 Datin Rose TV3
2022 Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 Cikgu Azlinda Astro Ria
2023 Kerasnya Takdir Sharifah Mastura TV3
TBA Takdir Yang Ku Dimiliki Aini Mastura

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Dulang Wan Chu
2000 Kabus & Sinar
Hikayat
2001 Teksi
Dalina
Rimba Berdarah
Tol Gate Girl
2002 Salam Sally
Keranamu Durian
2003 Wad 04
Neon Laila VCD
2004 Cik Tom Wanita Besi
Tak Sangka No!
2005 Buah Hati Mama
Topeng
Daun Ketupat Kering Kak Long TV2
2006 Kau Dihatiku
Mama Rock
2007 Wali Wani Astro Ria
Satu Hati Dua Jiwa
Selimut Putih TV3
2009 Jalan Pintas Ke Neraka
2010 Tiupan Sangkakala
Lillahitaala
Selamat Datang Anak-anak Suamiku
2011 Mesej Terakhir
Oh! Haram TV3
2012 Telapak Syurga
Teratak Shamsiah
Di Bawah Langit Lazuardi
Syurga Di Mana?
Tersalah Cinta
Taubat Seorang Samseng Farah Astro Oasis
Anak Lorong TV3
2013 Antara Safa Dan Marwah Astro Prima
2014 Pontianak Teng - Teng Indah/Pontianak TV3
2017 Akak Mekanik
Bukan Cinta Biasa TV9
2018 Datin Glam TV3
Penjaga Gol Itu Suami Aku
2019 Alamak Boss!! TV Okey
2020 Mak...Nak Peluk Boleh[3] Syafikah TV3
Pemuja Rahsia Mak Su
Tiada Lagi [4] Datin Nureen Azalea
Milik Kita [5] Raisya Farhana ntv7
2021 Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri Nisa TV3
Bukan Cinta Biasa Rania TV2
Keringat
2022 Kerana Dia Isteri Suhana

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 All Stars Buka Panggung Peserta Astro Warna
2024 Melodi Pengacara Jemputan TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2003 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2005 Pelakon TV/VCD Wanita Popular Tercalon
2006 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2007 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2008 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon


Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2003 (FFM 16) Mami Jarum Pelakon Harapan Wanita Tercalon
2004 (FFM 17) Mami Jarum Junior Pelakon Wanita Terbaik Tercalon

Pencapaian lain

  • Finalis - Pencarian Dewi Remaja 1998/99

Rujukan sunting

Pautan luar sunting