Riwayat (kumpulan muzik)

Kumpulan Riwayat merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1995, Kangar, Perlis, Malaysia.

Riwayat
Riwayat Demo CD Booklet Premier
Album Riwayat - Malaybolical (2021)
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreMalaybolical Black Metal
Tahun aktif1990-an - sekarang
Laman sesawang
https://www.metal-archives.com/bands/Riwayat/92869
AhliAre Mer : Vocals
Popo : Guitars
Bro Dee : Bass
Black Doom Sri Mayang Kala : Drums
Bekas ahliRaja Kumbang : Bass
Allahyarham Yas Alias (1984-2017) R.I.P : Guitars
Fayzen : Guitars
Akeyron : Vocals, Guitars
Amir Md Isa : Guitars
Allahyarham Fuad (1981-2010) R.I.P : Guitars
Chylone : Bass, Vocals
Wan Hantu Gigi : Keyboards
Aswadi (penyanyi)
Gaban (Dark Abyss 's Vocalist)
Yow (Dark Abyss 's Guitarist)
Pijan : 2nd Guitar
Wan Pakdead : Bassist

Mereka juga telah dijemput menyumbang lagu dalam kompilasi Born In Darkness Compilation Vol II oleh Man Tarantulah yang memuatkan 2 lagu dari "Sumpah Warisanusantara" Promo 2007.

Sejarah sunting

Kumpulan Riwayat ditubuhkan pada 1990-an. Kumpulan Riwayat merupakan kumpulan pemuzik yang membawa genre Malaybolical Black Metal.

Ini di bawah tanda "Daulat Jelmaan Riwayat Purbakala" yang bermaksud ' patuh pada Yang Satu '. Malah ada yang berpendapat tanda mereka sesuai dengan "Riwayat Jelmaan Hikayat Purbakala" . Tempat kelahirannya terletak jauh di wilayah barat laut Semenanjung Malaysia, sebuah negeri yang disebut Perlis-sebuah distrik bernama Beseri, Padang Besar Malaysia.

RIWAYAT ditubuhkan sejak 1995. Bermula dengan genre Black Metal..ketika Black Doom Sri Mayang Kala mendapat idea untuk nama ' RIWAYAT ' untuk band Black Metal miliknya pada tahun 2005. Tempat kelahirannya jauh di wilayah barat laut Semenanjung Malaysia, sebuah negeri yang disebut Perlis - sebuah daerah yang disebut Beseri, Padang Besar Malaysia yang diterjemahkan akan bermaksud "Shining Arise". Kawasan yang penuh dengan kepercayaan dan jenis majoriti moral-tetapi tidak ada yang mengerti untuk menjaga orang-orang yang dahagakan muzik ini dari suara mereka yang terinspirasi. Riwayat mengatur pemandangan dalam menyampaikan Black Metal dalam hidup mereka mengenai kebencian, kematian, kehidupan, kebahagiaan, kesedihan, kegilaan dan kejahatan. Mesejnya adalah mengenai kehidupan manusia dan perjalanan melalui jiwa jahat dan kebaikan mereka,moga mereka memilih yang lebih baik,sehingga waktunya melihat datangnya dua malaikat yang dihantar oleh Tuhan untuk membawa mereka pergi dari dunia ini.Ya..itulah apa yang Riwayat ingin sampaikan. Tanpa menghiraukan, perang dunia tidak akan berakhir .. kita tidak mendorongnya untuk dimulakan lagi, keamanan. Walau bagaimanapun, Perang antara Manusia dan Syaitan tidak pernah berakhir..Ini adalah Riwayat.

Black Doom Sri Mayang Kala memulakan perjalanan di alam fana muzik rock keras dan metal di sekitar tahun 1990 di mana beliau adalah peminat setia band-band rock tempatan seperti Rajawali, SAXO, SYJ, Crossfire, Rusty Blade, BPR, Scandals, Wings, May dan antarabangsa seperti Iron Maiden, W.A.S.P, Scorpions, Cinderella, Poison, Loudness. Minat beliau untuk menjadi sebagai seorang pemain dram ekstrim metal bermula apabila beliau menyertai pancaragam Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping sebagai pemain gong pada tahun 1995. Dari situ beliau mula berjinak-jinak dgn instrument drum dan mula memikirkan untuk menubuhkan band pertama beliau bergelar "TRAVUM" yg berkonsepkan Norwegian Black Metal, ditubuhkan bersama rakan-rakan sekolahnya dan pada masa tersebut adalah demam black metal yg semakin rancak, namun perjuangan band pertamanya tidak lama, selepas SPM, masing-masing membawa haluan masing-masing, dan TRAVUM berkubur begitu sahaja.

Demi melanjutkan pelajaran, Black Doom Sri Mayang Kala berhijrah ke Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di Kolej Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR), Langkawi,Kedah dan pada tahun tersebut, tahun 1999 beliau menubuhkan pula sebuah band bernama "Metaphors" bersama rakan-rakan dari kepulauan Langkawi yg berkonsepkan Speed Thrash Metal. Antaranya ahli band tersebut adalah Fuad,Wan Azhan dan Chylon(Bass) yg kemudian bermain muzik dengan menukarkan nama kumpulan kepada M.A.K.A.M .Metaphors pernah dijemput bermain Gigs Awana Porto Malai pada tahun 2000. Perjalanan Metaphors juga tidak lama, sejurus selepas gig pertama di awana dan sempat merekodkan demo 'Metaphors' pada tahun 2000 yg pertama dan juga yang terakhir , Metaphors berpecah kerana perbezaan hala tuju muzik di kalangan ahli-ahli band. Setelah gagal dengan Metaphors, beliau tidak hanya berhenti di situ malah menubuhkan pula band "SACRIFICED" yg berkonsepkan "HEAVY DEATH METAL" dan pernah dijemput untuk bermain gig di City Bayview Hotel, Langkawi pada tahun 2002.

Selepas 2 tahun bertapak di Langkawi, Black Doom Sri Mayang Kala berhijrah pula ke Alor Setar untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Infotech Mara Alor Setar. Ketika di Alor Setar jugalah beliau terbabit sebagai drummer Samartary di sekitar tahun 2002-2003 dan ketika itu beliau adalah drummer ketiga dalam sejarah Samartary. Pada masa yg sama beliau menubuhkan bandnya sendiri "Dark Abyss" bersama seorang gitaris berbakat bernama "Yow" yg mempunyai riffing yg gore dan rare menurut beliau. Pada tahun 2004, Dark Abyss djemput untuk bermain gig yg dianjurkan oleh SoundMaster Entertainment di Alor Setar dan kemudian hala tujunya sekali lagi berubah apabila beliau berjaya mendapat pekerjaan di Putrajaya sebagai kakitangan kerajaan Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya.

Selama 2 tahun beliau di Putrajaya, aktiviti muzik beliau terpaksa dihentikan menyebabkan beliau sangat dahagakan untuk jamming,bermain muzik secara serius. Peluang untuk beliau bergiat aktif semula tercetus kembali apabila beliau ditukarkan ke Perlis. Tanpa melengahkan masa, Black Doom Sri Mayang Kala mengorak langkah dengan menubuhkan "RIWAYAT" pada Januari 2007 Berkonsepkan "Malaybolical Black Metal".

Akhirnya , rujukan yang akan dibuat merangkumi semua orang dari Windir klasik dan Tanduk Jerman hingga Satyricon dan Marduk yang lebih baru, dari kemudian Mayhem dan Immortal , tetapi RIWAYAT sedang dalam perjalanan untuk mengukir sejarah mereka sendiri yang terkenal dengan pembangunan yang mula dibangunkan Black Doom Sri Mayang Kala dengan konsep sendiri ciptaannya ' Malaybolical Black Metal '. Masanya SEKARANG untuk mula melihat keasyikan obsidinya!

Pada tahun 2008 , Riwayat dibisik oleh Khairul AskWhat dari Az-Zannakh Zine untuk ditemuga dalam keluarannya bersama AlZannakh Compilation Chapter I dan lagu bertajuk 'The Return To The Last Episode' telah dipilih untuk Compilation CD itu.

RIWAYAT pernah dijemput bermain gig pertama mereka pada 04 April 2009 di Penang dalam Teroka Minda Gig anjuran Nem Production bersama-sama kumpulan-kumpulan muzik underground yg terkemuka antaranya Braindead,Sil Khannaz,Vociferation Eternity,Hayagriva,Bilharzia,Dawn Phenomenon(Graveless),Samartary,Samaritan,Predicated Not Defined. Gig itu telah memuatkan rakaman semua band yg beraksi dalam DVD Teroka Minda 2009. RIWAYAT pernah mengeluarkan Promo mereka sendiri berjudul 'Sumpah Warisanusantara' pada 2007 mempunyai 4 lagu mereka 1. Riwayat(The Remains) 2. Perhitungan Terakhir 3. Wasiat Silam 4. Api Suara. Kemudian pada tahun berikutnya 2008 mereka mengeluarkan Demo mereka berjudul ' Malay Harbinger Of Death ' memuatkan 4 buah lagu mereka :- 1. Riwayat(The Remains) 2.A return to the last episode 3. Perhiasan terakhir 4. Riwayat(The Remains) Vokal by Bro Dee.

Promo ini lebih berkonsepkan Malaybolical Black Metal.

Pada tahun 2009 , Mereka pernah dilamar untuk ditemuduga dalam Ekstrim Media dalam keluaran Edisi Jun 2009 .

2010,Mereka sedang merekodkan lagu2 baru untuk mengeluarkan LP terbaru mereka pada masa kini ..nantikan

Selain dari menguruskan RIWAYAT ,Black Doom Sri Mayang Kala juga founder drummer kepada Dark Abyss(Kedah Thrash Metal) dan Sessionis drummer Crodox(Kedah Death Metal) dan juga SAMARTARY(Langkawi Thrash Elite) sehingga 2006.Dan Juga Drummer kepada Kumpulan Erosi(Perlis 80's Heavy Malay Rockers) sehingga kini.

Riwayat dan Erosi selalu jamming bersama di Perlis kerana bekas ahli kumpulan Riwayat adalah dari kumpulan Erosi dan mereka adalah sahabat rapat di Perlis. Erosi juga adalah band untuk undangan majlis keramaian seluruh untuk negeri Perlis. 4 buah lagu Riwayat telah dihasilkan pada 2007 hingga 2009 dari line up lama yakni Bro Dee,Popo,Fayzen,Go,Akeyron,Kulay..Terima kasih tak terhingga buat mereka.Semua nya adalah adik beradik dan saudara.

RIWAYAT sangat bermakna buat Black Doom Sri Mayang Kala disebabkan lahirnya idea atas nama itu setelah kelahiran puteri pertamanya Lely Vivia Maylisa..lahirlah inspirasi nama RIWAYAT pada tahun 2006.

2011,Sehingga kini berita terbaru apabila mereka telah dijemput untuk menyertai review Majalah Karisma Edisi 15..Julai 2011 oleh Jorn Seth Metalwarpage dan beliau telah melabelkan Riwayat sebagai ' Jelmaan Metal Hitam Purbakala '.

Mulai dari 2011...Black Doom Sri Mayang Kala akan sentiasa memberi tumpuan terhadap RIWAYAT dan akan mengenepikan sebarang jemputan menyertai mana-mana band lain. Beliau berasa sangat selesa hanya dengan RIWAYAT. Mereka juga telah dijemput menyertai Born In Darkness Compilation Vol II oleh Man Tarantulah dalam Trooper Art Regime Distro.Riwayat akan membuka era baru ke arah extreme metal di malaysia ini dengan berpaksikan Morbid Angel,Suffocation,Infernal War,Marduk(Black Metal),Napalm Death,Morbid Angel,Vital Remains dan banyak lagi band extreme metal. Riwayat juga telah melantik Official Photographer yakni Azam Necrone dan Zizo bermula tahun 2010. Riwayat juga telah mengeluarkan baju mereka sendiri dibawah Dead End Clothing Merchandise dibawah seliaan Mr Sid Baek(sahabat sekolej Black Doom Sri Mayang Kala). Riwayat mengatur dan sentiasa mengemaskini langkah-langkah untuk memperjuangkan muzik extreme metal mereka demi mencipta sejarah.Pada 2012 , Black Doom Sri Mayang Kala telah diperkenalkan popo (gitaris Riwayat) kepada Aswadi seorang vokalis black thrash metal dan membuat keputusan mengambilnya sebagai vokalis Riwayat. Yas Alias,seorang gitaris dari kumpulan Catagaxian(R.I.P)(Perlis Technical Death Metal Band), dijemput untuk menjadi gitaris Riwayat dan juga abangnya Raja Kumbang(Savage/Storming Steels/Black Priest),dijemput memegang posisi Bass untuk RIWAYAT. Riwayat akan menggunakan ahli kumpulan terbaru ini untuk mereleasekan EP mereka.

2013 Tanggal 1 Disember, Black Doom Sri Mayang Kala dijemput untuk session drummer Kumpulan Catagaxian dalam KL HellBangers Fest 1 di Penny Lane Sunway Mentari ,Kuala Lumpur dengan 4 tracklist. (1) Painless(Catagaxian) (2) When Satan rules his world(Deicide cover) (3) Overture (Catagaxian) (4) Bestial Invasion(Destruction cover). Yas Alias telah meninggal dunia pada 26 Mac 2017 pada usia 30 an dan Riwayat telah berkabung bagi menghormati arwah Yas Alias. Pada 29 Disember 2017 Black Doom Sri Mayang Kala bersama Erosi untuk perform live di Karnival DSSK Denai Larian Kangar dengan pembawakan lagu dari kumpulan M.A.Y. Pada 12 Oktober 2018 Riwayat dijemput utk beraksi di NorthJamPerlis Gigs di Putra Regency Hotel Perlis dengan ahli berikut: Ahli Kumpulan Riwayat : Are Mer - Gitaris dan Vokalis , Popo - Gitaris dan Vokalis , Bro Dee - Pemain Bass , Black Doom Sri Mayang Kala - Drummer Ekstrim Metal

dengan pembawakan lagu mereka sendiri berjudul A Return To The Last Episode ,The Remains, Ilmu Hitam dan Jelangkung (Ritual Of Satan 's cover).Pada 25 Disember 2018 , Riwayat dijemput dalam Gigs Rock Brader di BMC Recording Studio Arau Perlis dan pada 5 Januari 2019 , Riwayat juga dijemput dalam Gig Still Hardcore Vol.3 di studio berkenaan memainkan 6 buah lagu (3 lagu sendiri dan 3 lagu cover).Pada 26 Julai 2019 Riwayat dijemput dalam Musang King Gigs di Bob Music Recording & Studio Arau Perlis. Beberapa bulan lepas itu mereka beraksi dalam Gigs 'STILL HARDCORE vol.4' pada 25 Oktober 2019/ BMC Studio, Arau Perlis. Mereka juga ditemuduga oleh Catrahsis zine pada tahun 2019. Pada fasa endemik 2021 ,Riwayat dijemput secara tidak langsung beraksi dalam My Event Karnival Jualan Utara di Dataran 350 (Dataran Dato Sheikh Ahmad) pada 14 Disember 2021 dengan pembawakan 3 buah lagu , Hakikat Perjuangan (MAY cover) , Ikrar Perwira (Rusty Blade 's cover) dan Jelangkung ( Ritual Of Satan 's cover). Pada 18 Januari 2022 hari bersejarah mereka telah mengeluarkan Demo 'Malaybolical' memuatkan 2 lagu : 1. A return to the last episode 2. The remains

 
Album kompilasi Born In Darkness Compilation Vol II oleh Man Tarantulah yang memuatkan 2 lagu dari "Sumpah Warisanusantara" Promo 2007.

Ahli-ahli sunting

  • Are Mer : Vokalis dan Gitaris
  • Popo : Guitars dan Vokalis
  • Bro Dee : Pemain Bass
  • Black Doom Sri Mayang Kala : Drummer Ekstrim Metal

Diskografi sunting

Kumpulan Riwayat menghasilkan 7 album sehingga kini.

Demo cassette tape ' Metaphors ' Demo 2000
CD Demo ' Crodox ' Demo 2001
Single Demo CD ' Dark Abyss ' Demo 2006
Sumpah WarisaNusantara Demo 2007
Malay Harbinger of Death Demo 2008
Alzannakh compilation CD Vol I Split 2008
Teroka Minda Live DVD Compilation Split 2010
Born in Darkness Compilation Vol. 2 Split 2011
Single Demo CD ' The Secret Of Dark Desire ' Demo 2019
CD Demo ' Malaybolical ' Demo 2021

Pautan luar sunting