Robert A. Heinlein

Robert Anson Heinlein [ro-bĕrt aen-son hain-lain] / [ˈhaɪnlaɪn][2][3][4] 7 Julai 1907 – 8 Mei 1988) ialah seorang penulis cereka sains, jurutera aeronautik dan pegawai tentera laut dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengutamaan fakta tepat berkaitan bidang sains disentuh dalam penkgaryaan cereka sains; penulisannya juga antara antara pelopor cereka sains sebagai suatu genre yang tersendiri terutamanya dalam subgenre cereka sains keras. (hard science fiction).[5]

Robert A. Heinlein
Heinlein signing autographs at Worldcon 1976
Heinlein signing autographs at Worldcon 1976
LahirRobert Anson Heinlein
(1907-07-07)7 Julai 1907
Butler, Missouri, Amerika Syarikat
Meninggal duniaMei 8, 1988(1988-05-08) (umur 80)
Carmel-by-the-Sea, California, U.S.
Nama penaAnson MacDonald
Lyle Monroe
John Riverside
Caleb Saunders
Simon York
PekerjaanPenulis, jurutera aeronautik, leftenan junior, short story author, essayist, screenwriter, aeronautical engineer, lieutenant junior grade USN[1]
WarganegaraAmerika Syarikat
Alma mater
Tempoh1939–1988
GenreCereka sains, fantasi
Karya terkenal
Pasangan
Tandatangan

Biografi sunting

Awal hidup dan pendidikan sunting

Robert lahir pada 7 Julai 1907 di Butler, Missouri; beliau anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada Bam Lyle Heinle dan Rex Ivar Heinlein, seorang akauntan. Keluarganya keturunan Jerman dan pernah terlibat dalam peperangan besar di Amerika Syarikat sejak zaman Revolusi menentang pihak British.[6] Beliau dibesarkan di Kansas City, Missouri.[7]

Setelah Robert menamatkan persekolahannya di Central High School, Kansas City tahun 1924, beliau memilih menjadi seorang pegawai dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Beliau asalnya dihalang memasuki Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland kerana abangnya Rex turut memasuki maktab tersebut - akademi ini tidak membenarkan beberapa ahli dalam sesebuah keluarga mendaftar sekaligus. Robert meneruskan pengajiannuya secara matrikulasi dalam Kansas City Community College serta membuat permohonan kepada senator negerinya, James A. Reed agar beliau dibenarkan memasuki maktab tersebut. Beliau akhirnya dapat masuk akademi ini pada Jun 1925 dengan bantuan dan ihsan Thomas Pendergast, seorang ahli politik yang terkenal dengan sistem naungan politik sulitnya.[8]

Kerjaya dalam tentera sunting

Beliau dianugerahkan ijazah setaraf Sarjana Seni dalam bidang kejuruteraan dari akademi tersebut pada tahun 1929; beliau menduduki tempat kelima secara akademik tetapi tempat ke-20 daripada keseluruhan 243 akibat tindakan displin.[9] Beliau dipilih bekerja sebagai seorang ensain dalam Tentera Laut dan ditugaskan dalam bahagian komunikasi radio kapal induk pesawat udara USS Lexington (CV-2). Beliau dinaikkan pangkat sebagai seorang leftenan gred junior pada tahun 1931.

Pengalamannya dalam sebagai seorang askar tentera laut banyak mempengaruhi perwatakan dan penulisannya.

Kerjaya penulisan sunting

Senja hidup sunting

Penulisan sunting

Beliau merintis konsep cereka spekulatif (speculative fiction) sebagai pembeza kepada jenis cereka sains yang menampilkan fakta saintifik yang tepat dan konsisten berbanding cereka sains lain yang cenderung lari daripada pengetahuan pada zamannya lalu lebih kepada fantasi berlatar sains; beliau turut menghasilkan istilah yang menggambarkan konsep di atas.

Biblografi terpilih sunting

Novel sunting

Cerita pendek sunting

  • Magic, Inc. (1940, juga di bawah judul "The Devil Makes the Law")
  • Solution Unsatisfactory (1940)
  • By His Bootstraps (1941, di bawah nama Anson MacDonald)
  • Lost Legacy (1941)
  • Our Fair City (1948)
  • Gulf (1949)
  • Nothing Ever Happens on the Moon (1949)

Esei sunting

Anugerah dan penghormatan sunting

Heinlein semasa hayatnya menerima memenangi Anugerah Hugo sebanyak empat kali (untuk Double Star, Starship Troopers, Stranger in a Strange Land dan The Moon Is a Harsh Mistress) serta dicalonkan untuk Anugerah Nebula sebanyak empat kali (untuk Stranger in a Strange Land, Friday, Time Enough for Love dan Job: A Comedy of Justice).[10]

Asteroid 6312 Robheinlein (1990 RH4) yang ditemui pada 14 September 1990 oleh H. E. Holt di Palomar dinamakan sempena beliau.[11]

The Heinlein Society ("Persatuan Heinlein") ditubuhkan isterinya. Virginia Heinlein. bagi pihak Robert untuk meneruskan legasi beliau melalui pembekalan bahan bacaan, "pengalakkan kajian cendekiaan serta diskusi umum karya dan idea Robert Anson Heinlein". Persatuan ini turut mewujudkan Anugerah Robert A. Heinlein pada tahun 2003 untuk dianugerahkan kepada "karya terbitan cereka sains dan penulisan teknikal luar biasa demi menginspirasikan penerokaan angkasa lepas" ("for outstanding published works in science fiction and technical writings to inspire the human exploration of space"/).[12][13]

Rujukan sunting

  1. ^ Woo, Elaine (26 Januari 2003). "Virginia Heinlein, 86; Wife, Muse and Literary Guardian of Celebrated Science Fiction Writer". LA times. Dicapai pada 26 November 2017.
  2. ^ Houdek, D. A. (2003). "FAQ: Frequently Asked Questions about Robert A. Heinlein, the person". The Heinlein Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-12. Dicapai pada 23 Januari 2007.
  3. ^ "Biography", For Us, the Living, 2004, m/s. 261
  4. ^ "Say How? A Pronunciation Guide to Names of Public Figures". Library of Congress, National Library Service for the Blind and Physically Handicapped (NLS). September 21, 2006. Dicapai pada January 23, 2007.
  5. ^ Booker, M. Keith; Thomas, Anne-Marie (2009). The Science Fiction Handbook. Blackwell Guides to Literature Series. John Wiley & Sons. m/s. 155. ISBN 978-1-4051-6205-0. Sometimes called the 'dean of science fiction writers,' Robert A. Heinlein was one of the leading figures of science fiction's Golden Age and one of the authors most responsible for establishing the science fiction novel as a publishing category.
  6. ^ Patterson, William (2010). "Appendix 2". Robert A. Heinlein: 1907–1948, learning curve. New York: Tom Doherty Associates. ISBN 978-0-7653-1960-9. Dicapai pada 29 Jun 2014.
  7. ^ William H. Patterson, Jr. (1999). "Robert A. Heinlein, a Biographical Sketch". The Heinlein Journal. m/s. 7–36. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 21, 2008. Dicapai pada Mac 21, 2008.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mises1 tidak disediakan
  9. ^ "Robert A. Heinlein". www.nndb.com.
  10. ^ "The Locus Index to SF Awards: Nebula Award Nominees". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2012.
  11. ^ Chamberlin, Alan. "SSD.jpl.nasa.gov". SSD.jpl.nasa.gov. Dicapai pada 16 Mei 2012.
  12. ^ "BSFS's Robert A. Heinlein Award Page [Version DA-3]". Baltimore Science Fiction Society. 19 September 2011. Dicapai pada 21 September 2011.
  13. ^ "The Locus Index to SF Awards: About the Robert A. Heinlein Award". Locus Online. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2012. Dicapai pada May 19, 2013.

Pautan luar sunting