Robert Brooke-Popham

Sir (Henry) Robert Moore Brooke-Popham, GCVO, KCB, CMG, DSO, AFC, (18 September 1878 – 20 Oktober 1953) adalah seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja British. Beliau menjadi Panglima Tertinggi Timur Jauh semasa Jepun menyerang Semenanjung Tanah Melayu.

Sir (Henry) Robert Moore Brooke-Popham

Latar Belakang sunting

Nama keluarga beliau adalah Brooke sahaja, tapi ditambahkan 'Popham' untuk mengingati salah seorang Leluhurnya melalui Waran Diraja dalam tahun 1904. Diamenerima pendidikan di Haileybury dan Sandhurst, dan menerima tauliah dalam tahun 1898. selepas itu beliau berperang dalam Perang Afrika Selatan dalam tahun 1899-1900, dan ditugaskan di Negara Bebas Oranye, Transvaal, Jajahan Sungai Oranye dan Jajahan Tanjung. Semasa berkhidmat dengan batalion udara dan tahun 1911, beliau mengambil keputusan untuk belajar terbang dan menerima sijil terbang No 108 dalam bulan Julai 1911.

Kerjaya Awal sunting

Brooke-Popham menjadi Komandan pertama Kolej RAF di Andover dan Kolej Pertahanan Imperial (Imperial Defence College). Dari tahun 1933-21935 beliau menjadi pegawai pemerintah bertanggungjawab kepada pertahanan udara United Kingdom. Beliau menubuhkan satu rangkaian stesen pendengaran akustik (sebelum radar digunakan). Bantahan Brooke-Popham kepada pembinaan kapal terbang dengan kokpit tertutup dan dilengkapkan dengan 8 laras mesingan tidak diambil endah dan membolehkan pembinaan pesawat Supermarine Spitfire dan Hawker Hurricane. Selepas ini, Brooke-Popham bersara atas permintaan sendiri dan dilantik menjadi Gabenor Kenya.

Perang Dunia II sunting

 
Brooke-Popham Tidak Dapat mengadakan Pertahanan Udara Yang Mencukupi Untuk Malaya Dan Menggunakan Kapalterbang Usang Yang Sudah Tidak Sesuai Digunakan

Selepas Perang Dunia II meletus, Brooke-Popham kembali berkhidmat. Dia menjadi Panglima Tertinggi Timur Jauh. Antara kawasan tanggungjawabnya dalah Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Operasi Matador sunting

Dalam bulan Ogos 1941, Brooke-Popham mengemukakan kepada Jabatan Perang di London satu pelan tindakan yang diberikan nama Operasi Matador. Pelan tindakan ini berkisar kepada senario bahawa Jepun membuat pendaratan di Songkhla, Pattani dan Kota Bharu.

Pada 5 Disember 1941, Jabatan Perang di London memberikan kebenaran kepada Brooke-Popham untuk menggunakan pertimbangan beliau dalam membuat keputusan untuk melancarkan Operasi Matador sekiranya diperlukan. Kebenaran ini membolehkan Brooke-Popham bebas membuat keputusan tanpa dikekang oleh keputusan dari London.

Jeneral Percival sendiri mahukan pelancaran Operasi Matador kerana percayakan bahawa pertahanan Tanah Melayu dan Singapura perlu dibuat di Thailand untuk membolehkan perolehan masa bagi pasukan-pasukan bantuan sampai ke Malaya. Jeneral Percival dalam perjumpaan pada 6 Disember 1941 dengan Gabenor Sir Shenton Thomas dan Brooke-Popham meminta Operasi Matador dilancarkan, tetapi Brooke-Popham berpendirian bahawa masih terlalu awal untuk melancarkan serangan sangkal ke atas Thailand. Pengkaji sejarah pasti merumuskan kesilapan besar Brooke-Popham untuk tidak melancarkan Operasi Matador , yang secara langsung mendorong kepada kejayaan Jepun menakluk Tanah Melayu dan Singapura.

Brooke-Popham enggan memberikan kebenaran itu kerana takutkan British dilihat sebagai pihak agresif oleh kerajaan Thailand. Brooke-Popham juga mempunyai reputasi sebagai seorang yang sudah tidak endah, dan selalu tertidur semasa mesyuarat. Beliau juga tidak berkeras memperjuangkan unit-unit udara sebagai bantuan untuk pertahanan Malaya. Keengganan Brooke-Popham melancarkan Operasi Matador dilihat sebagai satu sebab kekalahan tentera British di Singapura.

Robert Brooke-Popham dapat menyelamatkan diri daripada ditawan oleh Tentera Jepun. Dia kemudiannya menjadi Ketua Nazir Kor Latihan Udara. Dalam tahun 1944 hingga 1946, beliau menjadi Presiden Majlis Navy, Army and Air Force Institutes (NAAFI)

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting