Robert Hutchings Goddard (5 Oktober 1882 – 10 Ogos 1945) merupakan seorang jurutera, profesor, ahli fizik dan pereka cipta dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana mereka cipta roket bahan api cecair pertama di dunia.[1] Kerja-kerja Goddard sebagai ahli teori dan jurutera banyak meneraju pembangunan yang memungkinkan teknologi penerbangan angkasa lepas.[2]

Robert Hutchings Goddard
Kelahiran(1882-10-05)5 Oktober 1882
Worcester, Massachusetts, Amerika Syarikat
Meninggal duniaOgos 10, 1945(1945-08-10) (umur 62)
Sebab kematianKanser tekak
PendidikanInstitut Politeknik Worcester
Universiti Clark
Terkenal keranaRoket bahan api cecair pertama
PasanganEsther Christine Kisk (k. 1924–1945) (1901–1982)
AnugerahPingat Emas Kongres (1959)
Pingat Emas Langley (1960)
Pingat Daniel Guggenheim (1964)

Meskipun sumbangannya dalam bidang aeroangkasa sangat berpengaruh, namun beliau kurang mendapat perhatian orang ramai; bahkan usaha-usaha beliau kadangkalanya diperlekehkan dalam akhbar harian. Oleh itu, beliau cenderung merahsiakan kehidupan peribadi dan kerja-kerjanya.

Sumbangannya kepada bidang peroketan telah banyak mempengaruhi beberapa tokoh terkenal dalam menceburi penerokaan angkasa lepas termasuk Robert Truax, Milton Rosen, Buzz Aldrin dan Jim Lovell, Gene Kranz serta Samuel Herrick antara lainnya.[3]

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Robert Hutchings dilahirkan di Worcester, Massachusetts, kepada pasangan suami isteri petani Nahum Danford Goddard (1859–1928) dan Fannie Louise Hoyt (1864–1920). Satu-satu adiknya, Richard Henry, dilahirkan dengan kecacatan pada tulang belakangnya dan meninggal dunia sebelum hari lahirnya yang pertama.[4]:16

Pendidikan sunting

Robert mula menjadi tertarik dengan bidang sains ketika bandarnya mula mendapatkan bekalan elektrik antara bandar-bandar lain secara meluasnya di Amerika Syarikat pada tahun 1880-an. Beliau lebih menumpukan minatnya terhadap bidang angkasa lepas setelah membaca novel The War of the Worlds karya H. G. Wells pada usia 16 tahun.[5]

Beliau dikekang dengan masalah kesihatan yang pelbagai semasa kecil seperti sakit perut, selesema dan bronkitis sehingga ketinggalan dua gred jauh dari rakan sebaya yang lain. Namun, beliau sangat giat membaca dan sering meminjam buku-buku perpustakaan sekolahnya.[4]:16,19 Apabila kesihatannya semkin pulih, beliau mengambil pengajian di Sekolah Komuniti Tinggi South di Worcester pada tahun 1901.[6] Goddard begitu cekal dalam pelajarannya, dan rakan sekelasnya dua kali melantik beliau sebagai ketua kelas.

Robert masuk ke Institut Polyteknik Worcester pada tahun 1904.[4]:41 Kerajinannya begitu mengagumkan ketua jabatanfizik tersebut yang kemudiannya mengambil beliau sebagai pembantu makmal dan pengajar.[4]:42 Goddard memperoleh ijazah Bacelor Sains fiziknya dari Politeknik tersebut pada 1908,[4]:50 dan beliau menyambung pengajian graduannya di Universiti Clark di Worcester pada musim luruh tahun 1909.[7]

Beliau mengahwini Esther Christine Kisk (31 Mac 1901 – 4 Jun 1982),[8] seorang setiausaha di pejabat presiden Universiti Clark, pada 21 Jun 1924. Esther berkongsi minat mengenai sains roket bersama Goddard serta turut membantunya dalam menjalankan ujikajinya. Pasangan tersebut tidak mempunyai anak.

Senja hidup sunting

Robert menghidap tuberkulosis yang kemudiannya melemahkan paru-parunya. Pekerjaannya bersama Tentera Laut A.S di negeri Maryland yang beriklim lembap lebih merumitkan penyakit beliau. Beliau didiagnos menghidap kanser tekak pada tahun 1945. Beliau meninggal dunia pada bulan Ogos tahun yang sama,[4]:377,395[9] sambil itu isterinya menguruskan kertas kerjanya serta menyediakan paten tambahan ke atas kerja-kerjanya.[10] Robert disemadikan di Hope Cemetery di kampungnya di Worcester, Massachusetts.[11]

Penyelidikan sunting

Kajian ulung sunting

Robert melancarkan roket janaan bahan api cecair petrol dan oksigen cecair pada 16 Mac 1926 di Auburn, Massachusetts bersama beberapa rakan sekerjanya. Roket ini - yang diberi nama "Nell" - berlepas selam 2.5 saat mencapai ketinggian sebanyak 41 kaki sebelum mendarat jauh 184 kaki dalam sebuah ladang kobis yang berdekatan;[12] ujikaji ini mmembuktikan kebolehan bahan api cecair dan pengoksida sebagai pemacu roket lebih besar agar ia mudah berangkat dengan tingginya.

Paten sunting

Pada tahun 1912, sewaktu beliau menjalankan pengajiannya di Princeton University, Goddard menyelidik kesan gelombang radio pada bahan penebat;[13] beliau menciptakan suatu tiub hampagas yang berfungsi seakan tiub sinar katod untuk menjanakna suatu kuasa hasil kuasa frekuensi radio.Penemuan ini merupakan bukti pertam yang menjelaskan peranan suatu tiub hampagas sebagai suatu penguat isyarat.[14]:55[15][16]Paten no. 1159209 dikeluarkan Pejabat Paten Amerika Syarikat berkaitan penemuan ini pada 2 November 1915.

Goddard mempunyai paten berkaitan bidangnya sebanyak 214 buah; 131 daripadanya disahkan selepas kematiannya.[17]

Legasi sunting

 
Plak gangsa memperingati projek pelancaran roket bahan api pertama dijalankan beliau pada tahun 1959.

Anugerah dan kehormatan sunting

Peringatan sunting

Kompleks Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard ditubuhkan memperingati beliau oleh NASA di bandar Greenbelt, Maryland pada tahunn 1959. Sebuah kawan di Bulan uturt dinamakan sempena beliau.[19] Sebuah tugu peringatan turut didirikan di mana Goddard pertama kalinya melancarkan roket cecairnya, persekitaran tapak tersebut kini dijadikan sebuah padang golf di Auburn, Massachusetts.

Sebuah ilik yang mempamerkan laporan dan barang penyelidikan oleh Goddard dirumahkan di bahagian arkib dan koleksi Perpustakaan Robert H. Goddard Clark University.

Rujukan sunting

  1. ^ "Exhibition". Smithsonian Institution. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Hunley, JD (April 1995). "The Enigma of Robert H. Goddard". Technology and Culture. 36 (2): 327–50. doi:10.2307/3106375. JSTOR 3106375.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Glenn tidak disediakan
  4. ^ a b c d e f Lehman, Milton (1963). "This High Man: The Life of Robert H. Goddard". New York: Farrar, Strauss, and Co. Cite journal requires |journal= (bantuan).
  5. ^ "Goddard Biography" (PDF). Jet Propulsion Laboratory. Cite journal requires |journal= (bantuan).
  6. ^ "Frequently Asked Questions – Dr. Robert H. Goddard Collection – Archives and Special Collections – Clark University". clarku.edu.
  7. ^ "Robert Goddard". WPI George C. Gordon Library. Dicapai pada 10 Mac 2010.
  8. ^ "Frequently Asked Questions About Dr. Robert H. Goddard". Clark University. Diarkibkan daripada yang asal pada November 3, 2009. Dicapai pada January 15, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Dr. Goddard Dead. Expert on Rockets. Pioneer in Field, Chief of Navy Research on Jet-Propelled Planes, Taught Physics Experimented Three Decades Secret Work During War". New York Times. 11 Ogos 11, 1945. Baltimore, August 10, 1945 (Associated Press) Dr. Robert H. Goddard, internationally known pioneer in rocket propulsion and chief of Navy research on jet-propelled planes, died today at University Hospital. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ "Goddard Memorial Association/Esther". Dicapai pada 16 Mac 2010.
  11. ^ Robert Hutchings Goddard di Find a Grave.
  12. ^ Streissguth, Thomas (1995). Rocket man: the story of Robert Goddard. Twenty-First Century Books. m/s. 37. ISBN 0-87614-863-1.
  13. ^ Goddard, Robert H. "On ponderomotive force upon a dielectric which carries a displacement current in a magnetic field", Physical Review, Vol. 6(2), pp. 99–120 (August 1914).
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Lehman2 tidak disediakan
  15. ^ Aitken, Hugh GJ, The Continuous Wave: Technology and American Radio, 1900–1932 [Princeton, New Jersey: Princeton University Press, 1985], p. 239.
  16. ^ McElroy, Gil, "The Collins 45A – How Art Collins met Robert Goddard", QST, Vol. 81(2), pp. 44–46 (February 1997).
  17. ^ "How many patents were awarded to Robert Goddard?". Clark University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-03. Dicapai pada 2010-05-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan LynnJenner tidak disediakan
  19. ^ Gazetteer of Planetary Nomenclature Feature ID:2199.

Pautan luar sunting