Buka menu utama

Robert Louis Stevenson (13 November 1850 – 3 Disember 1894) merupakan seorang penulis kelahiran Scotland - antara karya terkenalnya ialah Treasure Island dan Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde.

Robert Louis Stevenson
Gambar ditangkap Henry Walter Barnett bertarikh 1893
Info kelahiranRobert Lewis Balfour Stevenson
(1850-11-13)13 November 1850
Edinburgh, Scotland
Kematian3 Disember 1894(1894-12-03) (umur 44)
Vailima, Samoa
PekerjaanPenulis novel, penyajak, penulis kelana
WarganegaraScotland
RakyatUnited Kingdom
Pendidikan1857 Mr. Henderson's School, Edinburgh
1857 Private tutors
1859 Return to Mr. Henderson's School
1861 Edinburgh Academy
1863 Sekolah asrama Isleworth, Middlesex
1864 Robert Thomson's School, Edinburgh
1867 University of Edinburgh
TempohZaman Victoria
Pencapaian ketaraTreasure Island
A Child's Garden of Verses
Kidnapped
Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde
PasanganFanny Van de Grift Osbourne
SaudaraThomas Stevenson (bapa)
Margaret Isabella Balfour (ibu)

BiografiSunting

Awal hidupSunting

Stevenson lahir di 8 Howard Place, Edinburgh, Scotland pada 13 November 1850. Ayahnya Thomas Stevenson (1818–87) merupakan seorang jurutera yang bekerja di sebuah rumah api manakala Margaret Isabella (1829–97) anak sebuah paderi mazhab Gereja Scotland;[1] adik beradiknya turut bekerja sebagai doktor (George William Balfour) dan jurutera (James Balfour).

Robert sering menghidap masalah pernafasan semasa mudanya. Perkara tersebut lagi diburukkan dengan keadaan keluarganya yang berpindah randah ke kawasan yang lembap dan sejuk. Keadaan kesihatan ini juga menghalangnya daripada bersekolah ketika sebaya umur rakan-rakannya yang lain, maka beliau diajar oleh beberapa pendidik persendirian sehingga dapat membaca pada usia 7 atau 8 tahun. Beliau turut menggemari menulis cerita sepanjang usia mudanya, malah minat ini begitu disokong ayahnya.[2]

Kerjaya penulisanSunting

Pada Jun 1888, Stevenson menyewa sebuah kapal layar Casco di mana beliau membawa keluarga berlayar jauh dari San Francisco. Iklim persekitaran yang panas memulihkan kesihatannya. Beliau turut berlayar sekitar timur dan tengah kawasan Lautan Pasifik. Ketika beliau singgah untuk seberapa lama di Kepulauan Hawaii, beliau berkenalan dengan Raja Kalākaua dan puteri mamanda baginda Victoria Kaiulani, sehingga mereka bertiga menjadi sahabat baik. Beliau turut meluangkan masa menyinggah di Kepulauan Gilbert (kini dalam Kiribati), Tahiti, New Zealand serta juga Kepulauan Samoa; pengembaraan beliau di tempat-tempat inilah menginspirasikan banyak penulisannya yang bertumpu kepada kehidupan dalam pelayaran mahupun berlatarkan pulau dan laut.

Senja hidup di SamoaSunting

Pada 1890, Robert mula mendiami estet 400 ekar (1.6 km²) beliannya di Vailima, pulau Upolu. Beliau mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga mereka banyak berjumpa dengannya meminta nasihat, malah beliau diberikan jolokan Tusitala, yakni "Penglipur Lara". Beliau turut melibatkan diri dalam politik tempatan Samoa di mana beliau begitu mengkritik pegawai British yang dilihatnya sebagai sungguh kurang cekap. Beliau turut menulis sebuah karya yang menjelaskan mengenai Perang Saudara Samoa berjudul A Footnote to History: Eight Years of Trouble in Samoa.[3]

Pada 3 Disember 1894, Robert jatuh pengsan disyaki akibat perdarahan dalam otak di kediamannya. Beliau meninggal dunia beberapa jam selepas itu, pada usia 44 tahun. Mayatnya diiringi dan dikawal penduduk kampung ke sebidang tanah pemberian Konsul British di Gunung Vaea yang menjadi tempat persemadiannya.[4]

Senarai karyaSunting

NovelSunting

Koleksi cerita pendekSunting

  • New Arabian Nights (1882)
  • More New Arabian Nights: The Dynamiter (1885); ditulis bersama Fanny Van De Grift Stevenson
  • The Merry Men and Other Tales and Fables (1887); mengandungi 6 buah cerita.
  • Island Nights' Entertainments (1893, juga berjudul South Sea Tales); mengandungi tiga cerita tambahan.
  • Fables (1896), mengandungi 20 buah cerita.
  • Tales and Fantasies, 1905, contains The Story of a Lie, The Body Snatcher, The Misadventures of John Nicholson.

Karya lainSunting

  • Virginibus Puerisque, and Other Papers (1881), siri koleksi karangan.
  • siri antologi Familiar Studies of Men and Books (1882).
  • Memories and Portraits (1887), siri koleksi karangan.
  • On the Choice of a Profession (1887)
  • Memoir of Fleeming Jenkin (1888)
  • Father Damien: an Open Letter to the Rev. Dr. Hyde of Honolulu (1890)
  • Vailima Letters (1895)
  • The New Lighthouse on the Dhu Heartach Rock, Argyllshire (1995). Based on an 1872 manuscript edited by R. G. Swearingen. California. Silverado Museum.
  • Sophia Scarlet (2008). Based on 1892 manuscript edited by Robert Hoskins. AUT Media (AUT University).
  • Essays pada the Art of Writing, 1905

Puisi dan sajakSunting

  • A Child's Garden of Verses (1885)
  • Underwoods (1887), koleksi sajak dwibahasa dalam bahasa Inggeris dan bahasa Scots.
  • Ballads (1891)
  • Songs of Travel and Other Verses (1896)
  • Poems Hitherto Unpublished, 3 vol. 1916, 1916, 1921, Boston Bibliophile Society, republished pada New Poems

Penulisan jelajahSunting

  • An Inland Voyage (1878)
  • Edinburgh: Picturesque Notes (1878)
  • Travels with a Donkey pada the Cévennes (1879)
  • The Silverado Squatters (1883)
  • Across the Plains (ditulis pada 1879–80, diterbit pada 1892)
  • The Amateur Emigrant (ditulis 1879–80, diterbit 1895)
  • The Old and New Pacific Capitals (1882).
  • Essays of Travel (London: Chatto & Windus, 1905)

RujukanSunting

  1. ^ Balfour (1901), 10–12; Furnas (1952), 24; Mehew (2004).
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Paxton 2004 tidak disediakan
  3. ^ "R.L Stevenson on Samoa" (A contemporary book review.). The New York Times. 14 Ogos 1892. Dicapai 23 Januari 2015. 
  4. ^ "Stevenson's tomb". National Library of Scotland. Diarkibkan daripada asal pada 8 December 2008. Dicapai 20 October 2008. 
  5. ^ McCracken, Edd (20 March 2011). "Found: Louis Stevenson's missing masterpiece". Sunday Herald. Glasgow. Dicapai 20 March 2011. 

Pautan luarSunting