Roberto Eugenio Cerro ataupun "Cherro" (23 Februari 1907 - 11 Oktober 1965) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina. Dia dilahirkan di Barracas di Buenos Aires. Dia bermain untuk kelab Boca Juniors hampir sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Dia menjaringkan 221 gol dalam 305 perlawanan untuk kelabnya itu (di dalam semua kejohanan rasmi), menjadikan dia penjaring terbanyak untuk kelab Boca Juniors sehinggalah rekodnya dipecahkan oleh Martín Palermo pada tahun 2010. [1]

Roberto Cherro
Maklumat peribadi
Nama penuh Roberto Eugenio Cerro
Tarikh lahir (1907-02-23)23 Februari 1907
Tempat lahir Barracas, Argentina
Tarikh kematian 11 Oktober 1965(1965-10-11) (umur 58)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
Sportivo Barracas
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1924 Sportivo Barracas
1925 Ferro Carril Oeste
1925–1938 Boca Juniors 292 (213)
Pasukan kebangsaan
1926–1937 Argentina 16 (13)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dia memenangi 5 kejuaraan liga bersama Boca, dan dia juga merupakan penjaring terbanyak kelab itu sebanyak 5 kali, dan penjaring terbanyak di dalam Argentine Primera División sebanyak 3 kali semasa era amatur bola sepak Argentina (1926, 1928 dan 1930).

Kejuaraan sunting

Boca Juniors
Kejuaraan Lain
  • Copa Estimulo: 1926

Karier Antarabangsa sunting

Cherro memenangi Copa América pada tahun 1929 bersama Argentina.

Pada 5 Februari 1933, Cherro telah menjaringkan 4 gol ketika Argentina menang ke atas musuh tradisi mereka, iaitu Uruguay dengan keputusan 4-1.

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting