Robot penghantaran

Robot autonomi untuk penghantaran "batuan akhir"

Robot penghantaran atau robot kurier ialah robot autonomi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran "batuan akhir". Pengendali boleh memantau dan mengambil alih kawalan robot dari jauh dalam situasi tertentu yang tidak dapat diselesaikan oleh robot itu sendiri misalnya seperti ketika robot itu terperangkap atau tersekat di halangan. Robot penghantar boleh digunakan di dalam persekitaran yang berbeza seperti penghantaran makanan, penghantaran bungkusan, penghantaran di hospital dan perkhidmatan bilik.

Robot penghantar daripada Starship Technologies berada di kaki lima Universiti Oregon State

Penggunaan sunting

Penghantaran makanan sunting

Pengerahan robot penghantar makanan hanya berlaku dalam skala kecil sebelum wabak COVID-19.[1] Menjelang bulan Januari 2019, terdapat beberapa pelaksanaan penggunaan robot di kampus-kampus kolej Amerika Syarikat. Universiti George Mason menjadi kampus universiti pertama yang menggabungkan penghantaran makanan atas permintaan oleh robot sebagai sebahagian daripada pelan pemakanannya dengan menggunakan 25 armada robot daripada Starship Technologies.[2] Ketika pandemik berterusan, permintaan untuk penghantaran makanan telah meningkat dengan ketara. Ini menyebabkan permintaan untuk robot penghantar makanan di kampus kolej juga meningkat.[1] Starship dan syarikat lain seperti Kiwibot telah mengerahkan ratusan robot penghantaran makanan ke beberapa kampus kolej dan beberapa jalan bandar di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Syarikat perkhidmatan penghantar makanan juga telah memasukkan robot penghantaran ke platform mereka. Sebagai contoh, Grubhub bekerjasama dengan Yandex untuk menyediakan perkhidmatan di kolej. Keterbatasan tertentu penggunaan robot penghantar makanan termasuklah ketidakmampuan untuk menampung permintaan penghantaran khas seperti meninggalkan makanan di depan pintu dan ketidakupayaan untuk pandu arah di rupa bumi yang sukar. Ini mungkin memerlukan pengendali yang mengawal dari jauh untuk membantu robot memandu arah di sekitar halangan.[1]

Penghantaran barangan runcit sunting

 
Daxbot menghantar barangan runcit

Pada bulan April 2018, Starship Technologies melancarkan perkhidmatan penghantaran barangan runcitnya di Milton Keynes, England, dengan kerjasama rangkaian pasar raya The Co-op dan Tesco.[3] Pada bulan November 2020, Starship Technologies berkata, Milton Keynes mempunyai "armada robot autonomi terbesar di dunia".[4]

Awal tahun 2022 menyaksikan pembukaan Nourish + Bloom, kedai runcit autonomi milik orang Afrika Amerika yang pertama di dunia. Kedai baharu itu memproses transaksi menggunakan peralatan penglihatan komputer seiring dengan teknologi suara dan gerak isyarat berasaskan kecerdasan buatan. Nourish + Bloom menawarkan perkhidmatan penghantaran menggunakan kenderaan robotik yang dibekalkan oleh Daxbot.[5] Syarikat pemula itu, yang berpangkalan di Philomath, Oregon, dan menerima suntikan pelaburan melalui kempen crowdfunding, telah membangunkan unit yang boleh bergerak sehingga 10 batu pada kelajuan 4 bsj dan mempunyai ruang kargo dengan sistem kawalan suhu.[6]

Penghantaran bungkusan sunting

Robot penghantar dari Starship Technologies melintasi jalan Suur-Ameerika di Tallinn (Musim bunga 2022)

Pada bulan Januari 2019, Amazon melancarkan perkhidmatan percubaan untuk menghantar bungkusan kecil kepada pelanggan Amazon Prime mereka menggunakan robot penghantar yang dipanggil Amazon Scout. Ujian itu dilakukan di wilayah Seattle dan diperluaskan ke Irvine California, Atlanta, dan Franklin di Tennessee.[7] Pada tahun 2021, selepas melakukan ujian robot penghantaran bungkusan di 4 bandar Amerika Syarikat, Amazon telah mencipta pusat pembangunan baharu di Finland untuk meningkatkan lagi kemajuan teknologi tersebut selanjutnya agar robot mereka dapat mengendalikan navigasi kehidupan sebenar dengan lebih baik.[8]

Penghantaran di hospital sunting

Robot penghantar di Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh

Robot penghantaran boleh melakukan beberapa tugasan dalam persekitaran hospital untuk mengurangkan kos operasi. Set tugasan pertama adalah untuk makanan, spesimen perubatan, dan penghantaran ubat. Penggunaan berbilang penderia, membolehkan robot penghantaran memandu arah susun atur bahagian dalaman hospital. Robot juga mempunyai isyarat elektronik yang membolehkan robot itu menaiki lif dan dapat bekerja di bangunan bertingkat. Atas sebab keselamatan, beberapa robot penghantaran telah dilengkapi dengan kod dan imbasan cap jari biometrik untuk menghalang akses tanpa kebenaran kepada kandungan di dalam robot. Setakat tahun 2019 terdapat lebih daripada 150 hospital di Amerika Syarikat dan di tempat lain yang menggunakan robot penghantaran. Set tugasan kedua ialah menghantar troli linen kotor dan sisa perubatan. Ini memerlukan robot penghantaran yang tahan lasak kerana berat yang perlu dibawa mungkin dalam beberapa ratus kilogram.[9][10]

Di Israel, Pusat Perubatan Sheba menggunakan robot penghantaran untuk berulang-alik menghantar ubat kemoterapi yang disediakan oleh jabatan farmasi terus kepada jururawat untuk mengurangkan masa menunggu.[11]

Perkhidmatan bilik sunting

Yolanda, robot perkhidmatan bilik di hotel Yotel di Singapura, memandu arah dari lobi ke bilik tetamu

Pada akhir tahun 2014, robot perkhidmatan bilik bernama Relay telah diperkenalkan oleh syarikat permulaan robotik, Savioke. Apabila kakitangan hotel menerima pesanan daripada tetamu, kakitangan hotel tadi akan meletakkan barang di dalam Relay dan robot itu akan menghantar barang ke bilik tetamu. Sehingga tahun 2016, armada daripada robot Relay telah dikerahkan di lima rangkaian hotel utama.[12] Pada bulan Ogos 2017, hotel M Social di Singapura memperkenalkan robot perkhidmatan bilik bernama AURA untuk membantu kakitangan dalam tugas-tugas seperti menghantar air botol dan tuala ke bilik tetamu.

Syarikat sunting

Robot kaki lima sunting

Sebilangan syarikat secara aktif menggunakan robot kecil untuk melakukan penghantaran batuan akhir bagi bungkusan kecil seperti makanan dan barangan runcit dengan hanya menggunakan kawasan pejalan kaki di jalan raya dan bergerak pada kelajuan yang sama seperti berjalan pantas. Syarikat yang menghantar secara aktif termasuk

 
Robot jalanan yang dibuat oleh Starship menghantar makanan kepada pelajar di Oregon State University

Dron sunting

  • Zipline - fixed-wing UAVs yang menghantar ubat dan bekalan darah yang digugurkan dengan payung terjun. Sehingga Jun 2022 Zipline telah membuat 325,000 penghantaran.

Hyundai Motor Group sunting

Pada 13 Disember 2022, Hyundai Motor Group telah membangunkan robot perkhidmatan penghantaran berdasarkan teknologi elektrifikasi dan pemanduan autonomi. Robot perkhidmatan penghantaran ini menampilkan modul pasang dan pandu dengan teknologi pemanduan autonomi untuk mencari laluan yang paling optimum untuk menghantar barangan.

Interaksi Manusia sunting

Sebagai robot autonomi, interaksi utama robot penghantaran dalam pertemuan positif dan negatif dengan orang awam berlaku tanpa bantuan pengendali manusia.[14] Syarikat pengeluar robot penghantaran Starship Technologies telah melaporkan bahawa ada orang yang menendang robot mereka.[14] Walau bagaimanapun, sebahagian besar interaksi robot dengan manusia adalah positif, dan ramai orang merasakan robot mempunyai kaitan atau menyerupai manusia kerana penampilan mereka.[15] Ini telah membawa kepada pertemuan di mana orang mempunyai rasa prihatin terhadap robot, membantu robot apabila robot tersekat, bimbangkan robot yang didalam perjalanan, atau memuji dan berterima kasih kepada robot untuk perkhidmatan penghantaran mereka.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Durbin, Dee-Ann (2 November 2021). "Robots hit the streets as demand for food delivery grows". The Associated Press. Dicapai pada 15 November 2021.
  2. ^ Holley, Peter (22 January 2019). "George Mason students have a new dining option: Food delivered by robots". The Washington Post. Dicapai pada 15 November 2021.
  3. ^ Farrell, Steve (2019-04-01). "Co-op expands robot deliveries to second store". The Grocer. Dicapai pada 2020-06-14.
  4. ^ "Milton Keynes now has 'world's largest autonomous robot fleet' as Starship expand further" (Siaran akhbar). Starship Technologies. May 30, 2020. Dicapai pada 2020-11-06.
  5. ^ "Inside the first Black-owned autonomous grocery store". NBC News (dalam bahasa Inggeris). February 16, 2022. Dicapai pada 2022-02-23.
  6. ^ Silverstein, Sam (February 3, 2022). "Retail startup opens first frictionless grocery store, eyes 500 more". Grocery Dive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-23.
  7. ^ Brown, Dalvin (22 July 2020). "Meet Scout: Amazon is taking its Prime Delivery Robots to the South". USA Today. Dicapai pada 15 November 2021.
  8. ^ Shead, Sam (1 July 2021). "Amazon plans to build delivery robot tech in Finland 放屁". CNBC. Dicapai pada 15 November 2021.
  9. ^ Chang, Althea (30 April 2015). "Pricy robots 'Tug' hospital supplies". CNBC. Dicapai pada 15 November 2021.
  10. ^ Weiner, Stacy (12 July 2019). "Robots make the rounds". Association of American Medical Colleges. Dicapai pada 15 November 2021.
  11. ^ Jeffay, Nathan (9 July 2012). "Drug-delivery robots deployed at Israel's largest hospital to cut chemo wait". The Times of Israel. Dicapai pada 15 November 2021.
  12. ^ Nichols, Greg (14 January 2016). "This room service robot is gaining ground in the world's posh hotels". ZDNet. Dicapai pada 15 November 2021.
  13. ^ Heinla, Ahti (2021-01-27). "Starship Completes One Million Autonomous Deliveries". Starship Technologies (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-16.
  14. ^ a b Hamilton, Isobel Asher. "People kicking these food delivery robots is an early insight into how cruel humans could be to robots". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-22.
  15. ^ a b "Why You Want to Pet the Food Delivery Robot". Bon Appétit (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-14. Dicapai pada 2022-11-22.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Robot penghantaran di Wikimedia Commons