Rock ialah siri filem komedi muzikal Malaysia yang terdiri daripada kesemua empat filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Dalam tiga filem daripada empat siri filem ini, ia mengisahkan tentang jatuh dan bangun kumpulan rock cereka Rimba Bara dalam menempa nama di persada seni suara tanah air. Dalam filem keempat dan terkini, ia mengisahkan Rimba Bara, yang kini kembali hangat dengan nama Rimba Bara 2 serta ahli baru.

Rock
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Dihasilkan oleh
  • Lazizah Ahmad (1)
  • Ahmad Puad Onah (1)
  • Tengku Iesta Tengku Alaudin (2-3)
  • Jalena Rejab (2)
  • Mamat Khalid (3-4)
  • Irene Mariena Mohamed (3-4)
  • Hasmah Hassan (3-4)
Sinematografi
  • Marzuki Hashim (1)
  • Roszali Samad (1)
  • Raja Mukhriz Raja Kamaruddin (2)
  • Tan Teck Zee (3)
  • Jack Rahmad (4)
Disunting oleh
  • Zappa Khalid (1-4)
  • Amen Khalid (2-4)
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1: 8 Disember 2005
  • 2: 28 Februari 2013
  • 3: 27 Oktober 2016
  • 4: 20 Februari 2020
Masa tayangan
358 minit (14)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Francais filem ini bermula dengan tayangan filem pertama, Rock pada 8 Disember 2005,[1][2] kemudian diikuti oleh dua filem susulannya Rock Oo! pada 28 Februari 2013[3][4][5] dan Rock Bro! pada 27 Oktober 2016.[6][7][8][9] Ansuran keempat dan terakhir dalam francais filem ini, Rock 4: Rockers Never Dai ditayangkan pada 20 Februari 2020.[10]

Gambaran keseluruhan sunting

Rock (2005) sunting

Plot filem ini dibuka pada era millenium dengan watak Zack (Hasnul Rahmat) sedang bertugas mematikan setem pada surat di pejabat pos. Ketika diarahkan menyisih surat-surat mati oleh penyelia, beliau terjumpa sepucuk surat yang dialamatkan ke kugiran lama yang pernah dianggotainya dulu, iaitu "Rimba Bara". Tersentak dengan situasi tersebut, fikiran Zack pun terus melayang mengimbau kembali kenangan kehidupannya pada 15 tahun yang lepas.

Plot ini kemudiannya bergerak membuka cerita mengenai Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 1980-an. Rimba Bara dianggotai oleh Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sendiri - gitaris, Jijo (Khir Rahman) – bass, Black – pemain dram, dan juga Amy (Que Haidar) - vokalis yang kadangkala main tamburin; mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka dan mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Di samping itu, plot juga diserikan dengan kisah cinta di antara Zack dan Katy (Siti Elizad), rakannya sedari kecil. Namun, Jijo seringkali mengingatkan pada Zack bahawa mereka tidak boleh terlalu hanyut dengan cinta kerana mereka mempunyai 'wawasan'. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands peringkat negeri akan diadakan di tempat mereka. Untuk menyertai acara Battle of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang juga mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan (Mohamad Shoffi Jikan) dan The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Daripada segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain tempat duduk bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.

Rock Oo! (2013) sunting

Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah Zack (Hasnul Rahmat) mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan tersebut. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah (Que Haidar) melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Pada masa yang sama Rimba Bara dikejutkan dengan perkhabaran tentang penyanyi utama mereka, Zul Kapan (Soffi Jikan) yang menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh Syarikat rakaman milik M. Nasir, Luncai Emas. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Amy dan kesempatan tersebut cuba diambil untuk merapati semula kumpulan lama yang pernah dianggotainya. Zul Kapan  dan Lan Lentik meninggalkan Rimba Bara selepas Luncai Emas bersetuju untuk mengambil Kumpulan Malaikat Maut sebagai artis rakaman. Kebuntuan mencari ahli baru selesai apabila mereka mengambil Slash untuk menggantikan Lan lentik sebagai gitaris utama manakala Amy telah diberi peluang kedua sebagai penyanyi utama.

Rock Bro! (2016) sunting

Rock Bro! diceritakan melalui naratif Jijoe, kemuncak pencapaian mereka apabila menjadi finalis Anugerah Juara Lagu, namun era rock mula meniti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip-hop pada awal 90-an. Amy Mat Piah meninggalkan jawatan sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara kerana keinginanya yang terlalu kuat untuk menjadi penyanyi Rock. Namun begitu,o kumpulan Rimba Bara tetap meneruskan perjuangan musik mereka..Rimba Bara menerima seorang pembantu bernama Dio. Pada ketika ini jemputan untuk membuat persembahan mula berkurang sehingga memaksa mereka melakukan kerja sambilan bagi menyara hidup, selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani. Disaat ini hati Zul Kapan mula berbolak balik dek kerana kecewa dengan perjalanan musik kumpulan mereka. Pada ketika ini juga prestasi Black mula terjejas kerana penyakit misteri. Zul yang sudah mula bosan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia muzik dan melibatkan diri dengan aktiviti agama.

Rock 4: Rockers Never Dai (2020) sunting

Penyanyi Ronnie James Dio (Sharwani NS) baru sahaja bangun dari koma berbelas tahun akibat kemalangan. Apabila dia terjaga, dia sedari dirinya berada pada zaman moden dan kumpulan rocknya Rimba Bara sudah lama tiada. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman kini yang banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Jadi, dia bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan tubuhkan kumpulan rock Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi Rimba Bara. Dapatkah Dio dan ahlinya harumkan Rimba Bara 2, serta meneruskan legasi muzik rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?

Tenaga kerja sunting

Pelakon sunting

Watak Filem
Rock
(2005)
Rock Oo!
(2013)
Rock Bro!
(2016)
Rock 4: Rockers Never Dai
(2020)
Zack Hasnul Rahmat
Amy Mat Piah Que Haidar
Jijoe Alfonso Pereira Abdullah Khir Rahman
Slash Haji Tapah Pekin Ibrahim
Zul Kapan Soffi Jikan
Black Azmi Baharon
Foxy Lady Nabila Huda
Kathy Siti Elizad
Wan Megat Saiful Apek
Tasha Tasha Shilla
Cik Man MC Kamarool Haji Yusoff
Yeh Sekupang Rab Khalid
Ella Amy Juliet
Ramlah Ram Jihan Muse
Cik Not Shuib Sepahtu
Ronnie James Dio Sharwani NS
Omar Hazama Azmi
Rayyan Adam John
Seri Bulan Terry
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru sunting

Kru Filem
Rock
(2005)
Rock Oo!
(2013)
Rock Bro!
(2016)
Rock 4: Rockers Never Dai
(2020)
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Lazizah Ahmad
Ahmad Puad Onah
Tengku Iesta Tengku Alaudin
Jalena Rejab
Tengku Iesta Tengku Alaudin
Mamat Khalid
Irene Mariena Mohamed
Hasmah Hassan
Mamat Khalid
Irene Mariena Mohamed
Hasmah Hassan
Penulis skrip Mamat Khalid
Komposer Mamat Khalid Sham Kamikaze
Rosli Mohalim
Trabye
Penyunting Zappa Khalid
Amen Khalid
Syarikat penerbitan Grand Brilliance Grand Brilliance
Enjit Semut Productions
Primeworks Studios
Enjit Semut Productions
Tarikh keluaran 8 Disember 2005 28 Februari 2013 27 Oktober 2016 20 Februari 2020
Tempoh masa 107 minit 103 minit 112 minit 119 minit

Sambutan sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet Rujukan
Rock 8 Disember 2005
Rock Oo! 28 Februari 2013
Rock Bro! 27 Oktober 2016 RM 4.64 juta RM 1.05 juta
Rock 4: Rockers Never Dai 20 Februari 2020
Jumlah

Rujukan sunting

  1. ^ Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-04-24.
  2. ^ Shakilawati Abd Rahman (27 November 2008). "Rock Papar Dilema Anak Seni". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Disember 2009.[pautan mati kekal]
  3. ^ Rock Oo Rimba Bara kembali Astro Awani (27 Februari 2013). Dicapai pada 28 Februari 2013.
  4. ^ Hassan Muthalib (1 Mac 2013). 'Rock Oo', sejarah, rock dan kejujuran Astro Awani. Dicapai pada 3 Mac 2013.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (7 Mac 2013). 'Rock Oo' Berjaya Hidupkan Kenangan 'rock kapak' mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2013.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (3 November 2016). ‘Rock Bro!’ Pengakhiran Indah Sebuah Trilogi Rock mStar Online. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  7. ^ Dennis Chua (14 Oktober 2016). Rock solid: The cast and crew of new movie Rock Bro! discuss the last chapter of the Rock! trilogy New Straits Times. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  8. ^ Dennis Chua (27 Oktober 2016). Movie review: Malay film Rock Bro! lets the good times roll New Straits Times. Dicapai pada 31 Oktober 2016.
  9. ^ Angelin Yeoh (28 Oktober 2016). Relive 1980s 'jiwang' rock in new film Rock Bro The Star Online. Dicapai pada 1 November 2016.
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Januari 2020). "'Jangan risau, filem keempat masih ada rock kapak'". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2020.