Rock Lee ialah salah satu watak dalam siri anime dan manga Naruto.

Latar belakang sunting

Templat:Spoiler Rock Lee adalah seorang ninja yang gigih dan merupakan sebahagian daripada Pasukan Gai yang terdiri daripada dirinya, Hyuga Neji dan Tenten. Makanan kegemaran Lee ialah nasi kari dan mi kari, seperti yang ditunjukkan dalam episod 152 hingga 157.

Semasa Lee masih menuntut di Akademi, Lee sentiasa dipersendakan oleh teman sekelas kerana ketidakdapatan menggunakan ninjutsu dan genjutsu. Oleh sebab itu, Lee menumpukan sepenuh perhatian terhadap taijutsu dan beraspirasi untuk menjadi ninja yang hebat. Apabila dimasukkan ke dalam Pasukan Gai, Lee dibantu oleh Gai untuk menguasai taijutsu. Tetapi, Neji tidak percaya bahawa impian tersebut dapat direalisasikan dan berpendapat bahawa Lee adalah suatu kegagalan sebagai seorang ninja. Namun demikian, pendapat Neji telah mendorong Lee untuk bekerja dengan lebih keras agar dapat membuktikan bahawa dirinya yang dilihat sebagai suatu 'kegagalan' masih berpeluang untuk menjadi ninja yang kuat.

Hubungan erat antara Lee dengan Gai telah sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup Lee. Selain daripada bulu kening Lee yang memang tebal secara semula jadi, ciri-ciri lain sebenarnya ditiru bulat-bulat daripada Gai. Lee juga, seperti Gai, sangat rajin berusaha dan suka menjalani latihan fizikal yang benar-benar mencabar.

Gai telah mengajar Lee beberapa teknik taijutsu yang hebat. Lee kini mampu membuka lima daripada lapan pintu chakra. Pencapaian ini amat sukar diperoleh walaupun oleh ninja yang berbakat. Oleh sebab teknik ini berbahaya kepada penggunanya, Lee hanya dibenarkan untuk membuka pintu-pintu chakra tersebut dalam pertarungan hidup-atau-mati atau semasa melindungi seseorang yang penting. Walaupun tanpa menggunakan teknik tersebut, Lee masih dapat memenangi sesuatu pertarungan dengan bergantung pada kekuatan dan stamina yang diasah daripada latihan kerasnya. Sejak dilatih oleh Gai, Lee telah mengenakan pemberat pada buku lalinya bagi tujuan meningkatkan kuasa dan impak tendangannya dengan mengehadkan kelajuannya. Jika pemberat dialihkan, kelajuan Lee meningkat dengan mendadak sekali sehinggakan mustahil untuk pesaing melihat pergerakannya melalui mata kasar.

Lee juga telah menunjukkan bakat semula jadi dalam 'Suiken, 酔拳' (Tinju Mabuk). Apabila Lee minum walau setitik alkohol, segala tindakannya tidak dapat dijangka dan Lee menjadi kuasa pemusnah yang sukar untuk dihentikan. Lee akan menyerang sesiapa sahaja di sekelilingnya, rakan atau pun musuh. Dalam satu episod, Gai menerangkan kepada Tsunade bahawa Lee pernah minum sedikit sake daripada cawannya secara tidak sengaja di pub dan kemudiannya mula meranapkan tempat tersebut. Kerjasama antara Gai dan Neji diperlukan untuk menghentikan Lee daripada terus memusnahkan pub itu.

Sumber-sumber sunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.