Rock and roll

(Dilencongkan dari Rock n roll)

Rangkai kata Rock-n-Roll (räk'n roll') telah pertama kalinya disebut-sebut oleh penghebah radio (DeeJay) bernama Alan Freed dari Cleveland, USA pada tahun 1951. Beliau mengambil istilah tersebut dari lirik lagu "My Baby Rocks Me with a Steady Roll". Sudah menjadi kebiasaan di era itu, penggunaan perkataan-perkataan rock, roll, rock and roll, dll., dikaitkan dengan adegan-adegan ketika bersetubuh/bersenggama. Di waktu itu iaitu sebelum rock-n-roll, muzik irama blues telah berkembang di tahun-tahun 50-an. Irama blues pula berpunca dari rhythm and blues. Irama-irama tersebut mempunyai karektor yang sama iaitu, penggunaan gitar elektrik, rentak yang kuat, dan lirik-liriknya disuaikan untuk kaum muda-mudi. Blues telah muncul sebelum tahun 1950 lagi iaitu muzik pendatang dari benua Afrika. Dari dictionary.com, makna rock'n'roll adalah satu genre muzik popular bermula dalam tahun 1950an; adunan muzik bangsa kulit hitam rhythm-and-blues dengan muzik bangsa kulit putih country-and-western; perkataan rock pula adalah istilah yang dikeluarkan dari pelbagai gaya yang bercambah dari rock'n'roll.

Antara artis rock'n'roll yang menonjol di era 50-an ialah Bill Haley (Rock Around The Clock) , Buddy Holly (That Will Be The Day), Carl Perkins, Chuck Berry (Maybelline), Bo Diddley (Bo Diddley), Elvis Presley (Jailhouse Rock), Fats Domino, Jerry Lee Lewis, Little Richard (Lucille), Muddy Waters, James Brown (I Feel Good) dan ramai lagi.

Sejarah sunting

 
Elvis Presley - idola Rock-n-Roll 50an
 
Kumpulan The Beatles - idola Rock-n-Roll 60an

Pada era awal lagu-lagu "rock'n'roll" menggunakan solo saksofon tetapi sekitar 1956, gitar letrik telah mula dijadikan alat solo utama. Walaupun artis seperti James Brown masih menggunakan saksofon, tetapi gitar lebih digemari ramai. Lagu-lagu hits seperti Jailhouse Rock (Elvis Presley) dan Rock Around The Clock (Bill Haley & The Comets) telah mengunakan gitar sebagai alatan utama.

Pada peringkat permulaan, rythm and blues cuma dinyanyikan dan didengari oleh orang negro. Lirik-lirik lagunya kebanyakan berunsur lucah , dan di gam untuk siaran radio. Sikap perkauman orang putih adalah musuh utama rythm and blues ketika itu. Lagu yang dikatakan yang telah membuat orang kulit putih mulai meminati lagu rythm and blues adalah lagu Sixty Minutes Man oleh The Dominos. Beratus ribu rekod telah dijual walaupun tanpa promosi siaran radio. Lagu Sh-Boom oleh kumpulan orang kulit hitam dari New York, iaitu The Chords telah menembusi carta lagu orang kulit putih pada tahun 1954.

Pada tahun 1955, lagu Maybelline dendangan Chuck Berry telah direkodkan dan boleh dikatakan asas kepada lagu rock, kerana beliau lah orang pertama yang menggunakan gitar letrik sebagai alat utama, dan mengenengahkan bunyi "descending pentatonic double-stops" (asas gitar rock)

Penghujung 50an dan awal 60an merupakan tahun kegelapan rock-n-roll di USA. Peminat muzik telah beralih selera kepada muzik yang lebih melodik dan suka berdansa. Lagu-lagu dari Paul Anka - Diana (1957), Pat Boone - Love Letters In The Sand (1957), Bobby Darin - Dream Lover (1959), Frankie Avalon - Why (1959), Fabian (Forte) - I'm a Man (1959), Bobby Rydell - Wild One (1960), Rick Nelson - Hello Mary Lou (1961), Bobby Vee (Velline) - Take Good Care Of My Baby (1961), dan Neil Sedaka - Breaking Up Is Hard To Do (1962), dan yang seangkatan telah mengambil alih.

Walau bagaimanapun masih ada kugiran-kugiran yang berkonsepkan rock-and-roll. Antaranya adalah lagu-lagu berikut:- Save The Last Dance For Me oleh The Drifters, Its In His Kiss oleh Betty Everett, Crazy Man Crazy oleh Bill Haley, Can't Stay Mad At You oleh Skeeter Davis.

Penghujung 60an pula, di USA beberapa kumpulan awal irama rock muncul kebanyakan dari daerah Michigan. Antara lagu-lagu yang menarik adalah:- Who Do You Love oleh The Woolies dan Heavy Music oleh The Last Heard.

Lagu-lagu dari UK juga berkembang sama. Lagu-lagu dari kumpulan The Beatles (awal 60an) telah membangkitkan kegemilangan rock-n-roll semula dan begitu diminati ramai dan telah menembusi pasaran USA. Rock n roll kembali menyinari kancah muzik pop. Antara lagu-lagu berasal dari UK adalah:- Please Please Me - The Beatles, Apache oleh The Shadows, Shakin All Over oleh Johnny Kidd and The Pirates, Gloria oleh Them dan He's In Town oleh Rockin' Berries.

Zaman kegelapan telah mengevolusikan rock-n-roll. Oleh kerana pemuzik rock n roll tidak boleh lagi mengharapkan radio sebagai saluran untuk memperdengarkan lagu-lagu mereka, maka pemuzik2 tersebut telah mencampur adukkan rentak-rentak lain kepada rock-n-roll. Contohnya pada tahun 1957 lagu instrumental Rumble oleh Link Wray telah mencipta bunyi gitar "fuzz-tone" (konsep "power chord"); dan dalam tahun 1958, Eddie Cochran telah mengadun bunyi-bunyian dari alat muzik dan vokal dalam lagu-lagu Summertime Blues dan C'mon Everybody. Inovasi-inovasi ini merupakan satu kejayaan kepada teknologi muzik tetapi di waktu itu, rock n roll tidak menjadi perhatian kepada penerbit album maupun pendengar muzik keseluruhannya.

Lagu-lagu Rock 50an tidak mementingkan kehalusan alunan dan bunyi. Tiada "rock n roll drive" yang menarik dan meninggi hingga membingitkan telinga. Gitar karan pun bunyinya biasa saja, tidaklah sehingga seperti bunyi mesin sedut habuk macam rock sekarang. Rekoding pun lebih kurang, dilakukan secara live, tiada efek stereo dan media rekod hanyalah piring hitam. Namun apabila zaman berubah dan teknologi berubah, kita lihat kumpulan-kumpulan Rock 60an seperti Rolling Stones telah meniru lagu Chuck Berry lebih baik daripada Chuck; Beatles meniru Carl Perkins; dan The Who membawa lagu Eddie Cochran - Summertime Blues dengan lebih lunak lagi.

Maka pada tahun 60an bermulalah cabang-cabang Rock. Antara lain cabang-cabang tersebut adalah Rhythm & Blues, Hard Rock, Heavy Metal, Arena Rock, Punk/Grunge, Roots Rock, Folk Rock, Celtic Rock, Jazz Rock, Mope Rock, Meta Rock dan Pop Rock.

Rock-n-Roll di Malaysia sunting

Di Malaysia, lagu Rock/Rhythm & Blues Melayu bermula pada tahun 60-an, kebanyakannya berpengkalan di Singapura pada zaman radio mula dipasarkan kepada rakyat. Era ini juga merupakan era cover, atau saduran, yang mana lagu-lagu popular di Barat ketika itu disadurkan bulat-bulat oleh artis-artis tempatan, dijadikan rakaman dan disiarkan di corong-corong radio. Apabila kumpulan The Beatles meletup di negara-negara Barat, serpihannya datang ke Malaysia dan Singapura. Era Pop Ye Ye (dari lagu She Loves You..Yeah yeah yeah) bermula dan yang dipercayai sebagai lagu pertama Melayu berirama pop yeh-yeh ialah lagu Suzana (1964) yang dinyanyikan oleh M. Osman.

Antara lagu-lagu Rock-n-Roll melayu ketika itu adalah :-

  • Aku Debuk - oleh Aziz Jaafar & Panca Sitara
  • Aku Senyum - oleh Ahmad Daud
  • Berduka - The Steps
  • Angin Laut - (1962) oleh Koes Plus (Indonesia)
  • Maity Maila, Salam Perpisahan, oleh The Swallows (Singapura). Juga lagu Hanya Sidia saduran dari lagu House of The Rising Sun (1964) oleh The Animals
  • Untukmu - oleh Koes Bersaudara (Indonesia)
  • Cari Kawan Lain - The Favourites Group (Indonesia)
  • Ole-ole Temasik - oleh A.Ramlee
  • Dara Pujaan - oleh L.Ramlee
  • Keindahan Pantai - oleh M. Sharif & The Zurah
  • Mari Menari, Mari Sayang, Jangan Marah Lili (1967-68) oleh Ismail Haron & The Vigilantes
  • Ku Takkan Jatuh Cinta Lagi, Tunggulah Puan, Sudi-sudikah Dikau, Bebaskan Aku, (1968-69) oleh Ismail Haron & The Guys

Pautan Audio sunting