Rock punk di Malaysia

Genre muzik rock punk di Malaysia dimulai dengan rakaman album dari The Pilgrims (nama asalnya Hijrah) pada 1992. Album berjudul "Perfume Garden" adalah ledakan awal muzik bercorak rock punk dalam peta muzik Malaysia.

Angkatan band lain yang membawa aliran yang sama tetapi dalam ruang legar muzik bawah tanah sebenarnya mula band-band awal seperti Karatz, Carburetor Dung, Subculture, The Bollock, Acid Rain, The expired, Splatters, A.C.A.B., dan lain-lain. Muzik punk juga merupakan pencetus awal kepada gerakan muzik yang digelar alternatif. Alternatif dengan nama yang berbeza-beza seperti collage rock/rock alternatif/post-punk dan indie rock merupakan revolusi muzik rock punk yang berakar umbi membentuk sub-genre yang pelbagai. pengiat alternatif di Malaysia juga tidak terlepas elak dari pengaruh punk dan rock n roll.Sub-genre alternatif seperti Grunge,post-grunge,post-rock,indie pop,power pop,nu metal, hardcore punk,industrial,pop punk,emo, punk revival, ska dan surf merupakan sinambungan muzik rock punk yang divariasi.

Rock punk di Malaysia tika ini mengalami beberapa peningkatan. Ada yang berjaya memasuki pasaran mainstream seperti ABoi, The Pilgrims, Bunkface, The Official, A.C.A.B dan juga Skin. Ada di antara band-band ini masih aktif dan ada juga telah berkubur. Dalam sirkut underground dan indipendant, muzik rock punk berkembang pesat dalam peta muzik Malaysia.

Senarai artis yang pernah dan sedang giatSunting

  1. Carburetor Dung
  2. The Pilgrims
  3. Subculture
  4. A.R.T
  5. Soulwound
  6. ACAB
  7. The Official
  8. Marionexxe
  9. Nuras
  10. Bunkface
  11. Faulty Dress
  12. Y2K
  13. Aboi
  14. Skin
  15. The Bollocks
  16. Second Combat
  17. The Grass
  18. Inikah hidup
  19. Spider
  20. 199X
  21. KU2
  22. Steeltoe Solutions
  23. Stubborn