Roda Ferris (Jawi: رودا فيريس; kadang kala dipanggil sebagai roda besar, roda pemerhatian, atau sekiranya struktur yang tinggi roda gergasi) adalah sejenis struktur bukan bangunan yang terdiri daripada roda tegak yang berputar dengan komponen yang boleh membawa penumpang (biasanya dirujuk sebagai kabin penumpang, kabin, kapsul, gondola, atau pod) yang dipasang pada rim yang mana apabila roda berputar, ia akan kekal tegak di sebabkan oleh tarikan graviti.

Roda Ferris Chicago asal, dibina untuk Eksposisi Dunia Columbia pada tahun 1893
Great Wheel di Earls Court, London, setinggi 94 m adalah roda Ferris tertinggi 1895–1900
Grande Roue de Paris, setinggi 100 m adalah roda Ferris tertinggi 1900–1920
London Eye, adalah roda Ferris tertinggi 1999 - 2006

Sejarah sunting

Roda Ferris telah dicipta oleh George Washington Gale Ferris, Jr., seorang jurubina jambatan dari Pittsburgh, Pennsylvania Amerika Syarkat sebagai sebuah mercu tanda acara Eksposisi Dunia Columbus di Chicago pada tahun 1893. Pameran ini diadakan bersempena ulang tahun ke-400 pendaratan Christopher Columbus di Amerika.[1] Ia bermula apabila pihak penganjur pameran dikatakan menghadapi kesukaran untuk memilih rekaan atau ciptaan yang menepati citarasa orang ramai. Sehinggalah pada suatu hari, semasa George Ferris sedang menikmati makan malam dan mendapat idea, beliau kemudian melakar draf rekaan beliau di atas sehelai napkin. Struktur roda beliau terdiri daripada bahagian roda yang berdiameter 250 kaki dengan 825 kaki lilitan. Roda ini disokong oleh dua buah menara besi dan pasak yang setinggi 45 kaki. Ia merupakan besi tempa yang terbesar pernah dihasilkan pada masa itu. Dua buah enjin dengan 1,000 kuasa kuda diperlukan untuk roda ini berfungsi. Terdapat 36 buah kereta kayu yang boleh memuatkan 60 orang bagi setiap pusingan. Setiap orang akan dikenakan bayaran sebanyak lima puluh sen. Permainan ini berjaya mengutip keuntungan sebanyak AS$726,805.50 sepanjang tempoh pameran ini.

Sejak pengenalan Roda Ferris Chicago asal pada tahun 1893, terdapat sembilan buah roda ferris tertinggi yang pernah dibina. Pemegang rekod roda ferris tertinggi pada masa sekarang adalah High Roller di Las Vegas, Amerika Syarikat yang setinggi 167.6-meter (550 ka). Ia telah dibuka kepada orang awam pada bulan Mac 2014.

Rujukan sunting

  1. ^ "Bird's-Eye View of the World's Columbian Exposition, Chicago, 1893". World Digital Library. 1893. Dicapai pada 2013-07-17.