Rodolfo Graziani, Marquis Pertama Neghelli (11 Ogos 1882 – 11 Januari 1955), adalah seorang pegawai kanan tentera Itali dalam Regio Esercito (Tentera Darat Diraja) Kerajaan Itali, terkenal dengan kempen ketenteraannya di Afrika sebelum dan semasa Perang Dunia II. Seorang fasis yang berdedikasi, beliau merupakan tokoh utama dalam tentera Itali semasa pemerintahan Benito Mussolini.

Rodolfo Graziani
Marsyal Graziani pada tahun 1940
Menteri Pertahanan Itali (RSI)
Dalam jawatan
23 September 1943 – 25 April 1945
PresidenBenito Mussolini
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Wizurai Afrika Timur Itali
Dalam jawatan
11 Jun 1936 – 21 Disember 1937
RajaVictor Emmanuel III
Perdana MenteriBenito Mussolini
Didahului olehPietro Badoglio
Digantikan olehAmedeo, Duke Aosta
Gabenor Jeneral Libya Itali
Dalam jawatan
1 Julai 1940 – 25 Mac 1941
Didahului olehItalo Balbo
Digantikan olehItalo Gariboldi
Gabenor Somalia Itali
Dalam jawatan
6 Mac 1935 – 9 Mei 1936
Didahului olehMaurizio Rava
Digantikan olehAngelo De Ruben
Timbalan Gabenor Cyrenaica Itali
Dalam jawatan
17 Mac 1930 – 31 Mei 1934
Didahului olehDomenico Siciliani
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir(1882-08-11)11 Ogos 1882
Filettino, Itali
Meninggal dunia11 Januari 1955(1955-01-11) (umur 72)
Rom, Itali
Tempat persemadianAffile, Lazio, Itali
Parti politikParti Fasis Nasional
(1924-1943)
Parti Fasis Republikan
(1943-1945)
Gerakan Sosial Itali
(1946-1955)
PasanganInes Chionetti (k. 1913–1955); kematiannya
Anak-anakSeorang anak perempuan
Alma materAkademi Tentera Modena
ProfesionPegawai tentera
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Itali (1903–1943)
 Republik Sosial Itali (1943–1945)
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Itali Tentera Darat Itali (1903–1943)
Tentera Republik Nasional (1943–1945)
Tahun perkhidmatan1903–1945
PangkatMarsyal Itali
UnitTentera Darat Ke-10 Itali
PertempuranPerang Itali-Turki
Perang Dunia I
Pendamaian Libya
Perang Itali-Habsyah Kedua
Perang Dunia II

Graziani memainkan peranan yang penting dalam penyatuan dan pengembangan empayar penjajahan Itali semasa tahun 1920-an dan 30-an, mula-mula di Libya dan kemudian di Etiopia. Beliau menjadi terkenal dengan langkah-langkah penindasan yang membawa kepada kehilangan nyawa yang banyak di kalangan orang awam. Pada bulan Februari 1937, selepas cubaan membunuh dalam satu majlis di Addis Ababa, Graziani meluluskan tempoh pembalasan kejam yang kini dikenali sebagai Yekatit 12. Tidak lama selepas Itali menyertai Perang Dunia II beliau kembali ke Libya sebagai komander tentera di Afrika Utara Itali tetapi meletakkan jawatan selepas serangan British mengalahkan tenteranya. Susulan dari peristiwa rampasan kuasa 25 Luglio, beliau adalah satu-satunya Marsyal Itali yang kekal setia kepada Mussolini dan dinamakan Menteri Pertahanan Republik Sosial Itali, memerintah tenteranya dan kembali ke perkhidmatan aktif menentang Pihak Berikat.

Walaupun mempunyai dokumen lengkap perilaku jenayah perang, Graziani tidak pernah didakwa oleh Suruhanjaya Jenayah Perang PBB; beliau telah dimasukkan ke dalam senarai orang Itali yang layak untuk dibicarakan kerana jenayah perang, tetapi percubaan Etiopia untuk membawanya ke mahkamah telah dihalang oleh Itali dan Britain. Pada tahun 1948, mahkamah Itali menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun kerana berkerjasama dengan pihak Nazi, tetapi beliau dibebaskan selepas dipenjarakan hanya empat bulan.

Buku sunting

Graziani mengarang beberapa buah buku,[1] yang paling penting ialah:

  • Ho difeso la Patria (una vita per l'Italia)
  • Africa settentrionale 1940–41
  • Libia redenta

juga:

  • Verso il Fezzan.
  • La reconquista del Fezzan.
  • Cirenaica Pacificata.

Kerjaya tentera sunting

Dalam budaya popular sunting

Bibliografi sunting

  • Canosa, Romano. Graziani. Il maresciallo d'Italia, dalla guerra d'Etiopia alla Repubblica di Salò. Editore Mondadori; Collana: Oscar storia. EAN 9788804537625
  • Del Boca, AngeloNaissance de la nation libyenne, Editions Milelli, 2008, ISBN 978-2-916590-04-2.
  • Pankhurst, Richard. History of the Ethiopian Patriots (1936-1940), The Graziani Massacre and Consequences. Addis Abeba Tribune editions.
  • Rocco, Giuseppe. L'organizzazione militare della RSI, sul finire della seconda guerra mondiale. Greco & Greco Editori. Milano, 1998

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ "Graziani, Rodolfo". openlibrary.org.

Pautan luar sunting

Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Pietro Badoglio
Wizurai dan Gabenor Jeneral Afrika Timur Itali
11 Jun 1936-21 Disember 1937
Diikuti oleh:
Amedeo, Duke Ke-3 Aosta
Pegawai tentera
Didahului oleh
Italo Balbo
Panglima Tertinggi Afrika Utara Itali dan Gabenor Jeneral Libya Itali
28 Jun 1940-25 Mac 1941
Diikuti oleh:
Italo Gariboldi