Buka menu utama

Rohis berasal dari kata "Rohani" dan "Islam", yang bererti sebuah lembaga/jabatan. Rohis ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk memperkuatkan institusi keislaman. Rohis biasanya dikemas dan diolah dalam bentuk ekstrakurikuler (ekskul). Padahal fungsi Rohis yang sebenarnya adalah seperti berbentuk forum, mentoring, dakwah, dan diskusi, perbincangan dan lain-lain lagi. Susunan dalam rohis layaknya OSIS, di dalamnya terdapat ketua, wakil, bendahara, setiausaha, dan divisi-divisi lain yang dipertanggungjawabkan untuk bertugas pada bahagiannya masing-masing.

Rohis umumnya memiliki kegiatan yang terpisah antara anggota lelaki dan wanita, hal ini kerana berlakunya perbezaan dari sudut muamalat dan hubungan sesama muhrim diantara anggota. Kebersamaan dapat juga terjalin diantara anggota dengan lebih rapat lagi menerusi kegiatan dalaman (indoor activities) serta kegiatan-kegiatan diluar ruangan (outdoor activities) berpandukan syariat dan etika-etika pergaulan sesama Muslim. Tujuan utama rohis ditubuhkan adalah untuk mendidik remaja Islam agar lebih bersikap seperti orang Mukmin dan Muttaqin serta bertujuan untuk meningkatkan kefahaman umum dengan lebih dekat lagi terhadap dunia Islam serta nilai-nilai keIslaman yang dibawanya. Dalam pelaksanaannya, anggota Rohis selalunya memiliki kelebihan dalam menyampaikan dakwah dan mendendangkan lagu-lagu Islam atau bernasyid, hal itu kerana dalam kegiatannya, Rohis juga mengajarkan hal-hal tersebut. Templat:Organisasi-stub