Rojak (album Faizal Tahir)

Rojak ialah album studio kelima oleh penyanyi Faizal Tahir, dikeluarkan pada 2 Ogos 2019 oleh syarikat rakaman miliknya, Faithful Music dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Empat lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Rojak merupakan album studio terakhir beliau.[1]

Rojak
Album studio oleh
Dilancarkan pada2 Ogos 2019
Dirakamkan pada2017-2019
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
Panjang42:38
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatFaithful Music, Universal Music Malaysia
Penerbit
Kronologi Faizal Tahir
Anatomi
(2016)
Rojak
(2019)
Single daripada Rojak
  1. "Ragaman"
    Dikeluarkan: 24 Ogos 2018
  2. "Bisa Aja"
    Dikeluarkan: 18 Januari 2019
  3. "Ratu"
    Dikeluarkan: 21 Jun 2019
  4. "Fire & Water"
    Dikeluarkan: 27 Jun 2019
  5. "Kamu"
    Dikeluarkan: 2 Ogos 2019
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Persoalan berkaitan penghasilan album baharu akhirnya terjawab apabila Faizal Tahir memuatnaik senarai runut untuk album studio kelimanya di laman sosial Instagram miliknya pada 16 dan 20 Julai 2019. Seterusnya pada 24 Julai, Faizal melalui akaun Instagram mendedahkan bahawa album terbarunya diberi judul Rojak bersempena dengan "keunikan orang (masyarakat), budaya dan bahasa yang melambangkan Malaysia". Menurut beliau, Rojak akan menjadi album studio terakhir beliau.[2][3][4]

Single sunting

Single pertama yang dikeluarkan untuk album Rojak ialah "Ragaman" pada 24 Ogos 2018 dengan muzik videonya menampilkan Nabila Huda.[5][6] "Bisa Aja", single kedua untuk album ini dikeluarkan pada 18 Januari 2019, dengan tajuk dan lirik lagu menggunakan slanga bahasa Indonesia.[7] Ratu dikeluarkan sebagai single ketiga dan mengambil masa sehingga lima tahun untuk disiapkan. "Fire & Water" dikeluarkan sebagai single keempat dan dipilih sebagai lagu tema filem BoBoiBoy Movie 2.[8]

Keluaran dan sambutan sunting

Rojak dikeluarkan pada 2 Ogos 2019.[9] Bagi mempromosikan album ini, satu lukisan mural album Rojak telah dipaparkan di Kasturi Walk di sebelah Pasar Seni di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Mural tersebut dilukis oleh Ab Hafiz Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Katun. Ini menjadikan Faizal sebagai artis Malaysia yang pertama dengan mural yang menggambarkan sampul album terbarunya.[10]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisMasa
1."Ragaman"
  • Faizal Tahir
  • Mike Chan
  • Romeo
  • Jaare
  • Karim Karam
4:11
2."Ratu"
  • Faizal Tahir
  • Mage
  • Mike Chan
3:52
3."Starfeather"
  • Faizal Tahir
  • Ezra Kong
3:39
4."Kamu"
  • Faizal Tahir
  • Ezra Kong
3:31
5."Bisa Aja"
  • Faizal Tahir
  • Mike Chan
  • Ezra Kong
3:38
6."Malaysia"
  • Faizal Tahir
  • Mike Chan
  • Ezra Kong
3:18
7."This Is Anfield"
  • Faizal Tahir
  • Mike Chan
  • Ezra Kong
1:59
8."Until We Meet Again"
  • Faizal Tahir
  • Mike Chan
1:20
9."Fire & Water"
  • Faizal Tahir
  • Mage
2:52
10."Starfeather (Live from Aceh)"
  • Faizal Tahir
  • Ezra Kong
3:31
11."Ratu (Piano Demo)"
  • Faizal Tahir
  • Mage
  • Mike Chan
4:40
12."Bisa Aja (Live from Tokyo)"
  • Faizal Tahir
  • Mike Chan
  • Ezra Kong
3:59
13."Anney, Rojak Satu!"
  • Faizal Tahir
1:32
Jumlah masa: 42:38


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 2 Ogos 2019 CD, Muat turun digital[11] Penstriman digital[12] Faithful Music, Warner Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ Asyraf Roslan (26 Julai 2019). 'Rojak' album terakhir Faizal Tahir? Astro Awani. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  2. ^ Azwa Rahman (26 Julai 2019). Keluarkan Album Terakhir Berjudul Rojak, Faizal Tahir Buat Peminat Terkejut Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  3. ^ Georgie Joseph (25 Julai 2019). Rojak album terakhir Faizal Tahir Harian Metro. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2019). Rojak album terakhir saya - Faizal Tahir Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  5. ^ Ifqdar Rahman (12 September 2018). Ragaman, sisi unik Faizal Tahir Diarkibkan 2018-09-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 September 2018.
  6. ^ Rudy Imran Shamsudin (6 September 2018). Irama vintaj daripada Faizal Harian Metro. Diperoleh pada 16 September 2018.
  7. ^ Asyraf Aided (18 Januari 2019). Faizal Tahir Berbicara Dalam Bahasa Indonesia Menerusi 'Bisa Aja' Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  8. ^ "Faizal Tahir dekati peminat muda" Berita Harian. 26 Jun 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  9. ^ Ramlah Zainal (8 Ogos 2019). Rojak bingkisan terakhir - Faizal Tahir Harian Metro. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  10. ^ Dennis Chua (9 Ogos 2019). #Showbiz: Faizal Tahir, 1st artiste with own KL mural New Straits Times. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  11. ^ "Rojak by Faizal Tahir". iTunes. 2 Ogos 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2019.
  12. ^ "Rojak by Faizal Tahir". Spotify. 2 Ogos 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2019.