Rokiah Wan Dah

(Dilencongkan dari Rokiah Wandah)

Rokiah Wan Dah atau Rokiah Wanda merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon Melayu sekitar 1940-an dan 1950-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Rokiah Wan Dah
Rokiah Wan Dah penyanyi, pelakon filem Melayu.
Kelahiran
Fatimah binti Ali

1926 (1926)
Meninggal dunia5 Julai 1994(1994-07-05) (umur 67–68)
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1940-an

Pengenalan sunting

Beliau dilahirkan di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. Wanda adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Malaya. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura.

Diskografi sunting


Lagu-lagu sunting

  • "Hilang Jiwa Tak Mengapa"
  • "Sri Bulan"
  • "Rindu Asmara" (1951)
  • "Awan Beralih" (1951)
  • "Kota Melaka"
  • "Hasrat Terpendam"
  • "Tetap Sayang Tetap Cinta"
  • "Kain Songket" (& Hamzah Dolmat)
  • Budi Bahasa - Rokiah Wandah & Abdullah Chick
  • Menanti Idaman - Rokiah Wandah
  • Tetapkan Iman - Rokiah Wandah & Abdullah Chik
  • Sri Bulan - Rokiah Wandah
  • Terukir Di Bintang - Rokiah Wandah
  • Bulan Ditutup Awan - Rokiah Wandah (1961)

Filemografi sunting

Filem sunting

  • Seruan Merdeka (1947)
  • Pisau Beracun (1948)
  • Perkahwinan Rahsia (1950)

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.