Rolex

pereka dan pengeluar jam tangan mewah Switzerland

Koordinat: 46°11′34″N 6°08′01″E / 46.19284°N 6.13349°E / 46.19284; 6.13349

Rolex SA (/ˈrlɛks/) ialah pengilang jam mewah Switzerland berpangkalan di Geneva, Switzerland.[3] Pada asalnya diasaskan sebagai Wilsdorf and Davis oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis di London, England pada 1905, syarikat ini mendaftarkan Rolex sebagai nama jenama jamnya pada 1908 dan menjadi Rolex Watch Co. Ltd. pada 1915.[4][5][6] Selepas Perang Dunia I, syarikat ini memindahkan pangkalan operasinya ke Geneva berikutan situasi ekonomi yang tidak dijangka di pasca perang Britain, dan pada 1920 Hans Wilsdorf mendaftarkan Montres Rolex SA di Geneva sebagai nama baru syarikat yang akhirnya menjadi Rolex SA pada tahun-tahun berikutnya.[3][5][7][8] Sejak 1960, syarikat itu telah dimiliki oleh Yayasan Hans Wilsdorf.[6][9][10]

Rolex SA
Nama asliRolex Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPembuatan jam mewah
DitubuhkanLondon, United Kingdom
(1905; 119 tahun yang lalu (1905))
(Wilsdorf and Davis)
1915 (Rolex Watch Co. Ltd)
1920 (Montres Rolex S.A.)
Pengasas
  • Hans Wilsdorf
  • Alfred Davis
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingBertrand Gros (Pengerusi)
Jean-Frédéric Dufour (CEO)
KeluaranJam
Hasil pengeluaran800,000 (2019)[1]
Hasil$5.2 bilion (2019)[1]
PemilikFondation Hans Wilsdorf Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan4,000[2]
Syarikat indukHans Wilsdorf foundation
Anak syarikatMontres Tudor SA
Tapak webrolex.com
Facebook: rolex Twitter: rolex Instagram: rolex LinkedIn: rolex Youtube: UClJXNsEKylFoB4ae6tZ9z5Q Pinterest: rolex Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rolex SA dan anak syarikatnya Montres Tudor SA mereka bentuk, mengilang, mengedar dan menawarkan perkhidmatan menjual jam tangan di bawah jenama Rolex dan Tudor. Pada tahun 2018, Forbes menamakan Rolex sebagai jenama ke-71 paling berharga di dunia.[1] Sehingga Jun 2019, antara jam tangan paling mahal pernah dijual semasa lelongan 10 teratas di dunia, tiga daripadanya ialah Rolex. Misalnya, Rolex Daytona Paul Newman kini memegang gelaran jam tangan kedua paling mahal dan jam tangan paling mahal ketiga pernah dijual di lelongan, meningkat kepda 17.75 juta Dolar AS di New York pada 26 Oktober 2017.[11][12][13] Rolex ialah pengilang terbesar kronometer diperakui buatan Switzerland. Pada tahun 2005, lebih daripada separuh pengeluaran tahunan Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres (COSC) ialah jam keluaran Rolex.[14] Setakat ini, Rolex masih memegang rekod untuk pergerakan kronometer diperakui dalam kategori jam tangan.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Rolex on the Forbes World's Most Valuable Brands List". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-19.
  2. ^ "THE FOUR ROLEX SITES". Rolex (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-24.
  3. ^ a b "History - Fondation de la Haute Horlogerie". www.hautehorlogerie.org. Dicapai pada 2019-02-01.
  4. ^ "1905 - 1919". Rolex (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-21.
  5. ^ a b "Hans Wilsdorf - Fondation de la Haute Horlogerie". www.hautehorlogerie.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-23.
  6. ^ a b "The Rolex Story - Hans Wilsdorf". www.watchmasters.net. Dicapai pada 2018-11-23.
  7. ^ "1905 - 1919". Rolex (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-23.
  8. ^ "Company Overview of Rolex SA". www.bloomberg.com. Dicapai pada 2019-02-01.
  9. ^ "Subscribe to read". Financial Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-23. Cite uses generic title (bantuan)
  10. ^ a b Stone, Gene (2006). The Watch. Harry A. Abrams. ISBN 0-8109-3093-5. OCLC 224765439.
  11. ^ Naas, Roberta. "Paul Newman's Rolex Daytona Fetches $17.7+ Million at Phillips Auction: Find Out Why". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-23.
  12. ^ Mullen, Rob McLean and Jethro. "Most expensive wristwatch ever auctioned just fetched $17.8 million". CNNMoney. Dicapai pada 2018-11-23.
  13. ^ "Paul Newman's 'Paul Newman' Rolex Daytona Sets World Record, Fetches $17.8 Million". Phillips (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-23.
  14. ^ "Rolex production news from 'Swiss Watch News 2005'". Fhs.ch. 15 July 2005. Dicapai pada 14 January 2010.

Pautan luar sunting