Roman Shirokov

Russian footballer

Roman Nikolayevich Shirokov (Rusia: Рома́н Никола́евич Широ́ков, lahir 6 Julai 1981) merupakan pemain bola sepak Rusia yang kini bermain untuk FC Krasnodar secara pinjaman dari FC Spartak Moscow dan juga untuk pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Roman Shirokov
Maklumat peribadi
Nama penuh Roman Nikolayevich Shirokov
Tarikh lahir (1981-07-06) 6 Julai 1981 (umur 42)
Tempat lahir Dedovsk, Wilayah Moscow, Kesatuan Soviet
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
FC Krasnodar
Nombor 15
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–2000 CSKA-2 Moscow 54 (3)
2001 CSKA Moscow 0 (0)
2001 FC Torpedo-ZIL Moscow 1 (0)
2002–2003 Istra
2004 Vidnoye 17 (4)
2004 Istra
2005 Saturn Moscow Oblast 18 (3)
2006 Rubin Kazan 4 (0)
2007 Khimki 27 (7)
2008–2014 Zenit Saint Petersburg 130 (29)
2014Krasnodar (pinjaman) 6 (3)
2014– Spartak Moscow 5 (1)
2015–Krasnodar (pinjaman) 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2008– Rusia 43 (12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2014

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Sebelum menandatangani kelab Zenit, Shirokov telah bermain untuk FC Khimki, Rubin Kazan, Saturn Moscow Oblast, FC Vidnoye, FC Istra, Torpedo-ZIL Moscow dan juga CSKA Moscow.

Zenit sunting

Shirokov mula bermain untuk Zenit di posisi bek tengah dan kemudian jurulatih Dick Advocaat memaksa beliau untuk memenuhi jurang-jurang kosong pertahanan selepas pemergian Martin Škrtel ke Liverpool dan pemain tercedera, Nicolas Lombaerts. Pada tahun 2009, beliau berpindah ke posisi pemain tengah.

Pada 30 Jun 2014, Shirokov mengumumkan selepas bermain 200 perlawanan dan selama enam tahun untuk Zenit, beliau tidak akan menandatangani kontrak baru dan akan meneruskan kerjayanya di kelab yang lain.

Spartak Moscow sunting

Pada 18 Julai 2014, beliau diumumkan telah menandatangani kontrak baru dengan Spartak Moscow sebagai ejen percuma. Selepas mengalami jangka masa yang lama untuk pulih daripada kecederaan, beliau akhirnya membuat debut untuk Spartak pada 26 Oktober 2014 menentang FC Lokomotiv Moscow dan menjaringkan gol pada lewat perlawanan untuk menyamakan kedudukan, seri 1-1. Pada 13 Januari 2015, beliau dipinjam ke kelab FC Krasnodar.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Shirokov menjalani latihan bersama pasukan Rusia.

Shirokov membuat debut untuk pasukan kebangsaan Rusia pada 28 Mac 2008 pada perlawanan persahabatan di Romania.

Shirokov menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Bulgaria pada Ogos 2010 dengan berkesudahan Rusia menang tipis 1-0. Beliah disahkan memasuki skuad UEFA Euro 2012 pada 25 Mei 2012. Beliau menjaringkan gol keduanya untuk Rusia pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Republik Czech, Rusia menang 4-1.

Pada 2 Jun 2014, beliau termasuk dalam skuad Rusia ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau dikeluarkan daripada senarai skuad pada 6 Jun akibat mengalami kecederaan. Kehilangan beliau memberi kesan impak kekalahan Rusia pada kejohanan dunia itu.[1]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 11 Ogos 2010 Saint Petersburg, Rusia   Bulgaria 1–0 1–0 Persahabatan
2. 8 Oktober 2010 Dublin, Ireland   Ireland 0–3 2–3 Kelayakan UEFA Euro 2012
3. 11 November 2011 Piraeus, Greece   Yunani 0–1 1–1 Persahabatan
4. 29 Februari 2012 Copenhagen, Denmark   Denmark 0–1 0–2 Persahabatan
5. 1 Jun 2012 Zurich, Switzerland   Itali 0–2 0–3 Persahabatan
6. 0–3
7. 8 Jun 2012 Wrocław, Poland   Republik Czech 0–2 1–4 UEFA Euro 2012
8. 7 September 2012 Moscow, Rusia   Ireland Utara 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
9. 16 Oktober 2012 Moscow, Rusia   Azerbaijan 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
10. 14 November 2012 Krasnodar, Rusia   Amerika Syarikat 2–1 2–2 Persahabatan
11. 6 Februari 2013 Marbella, Sepanyol   Iceland 1–0 2–0 Persahabatan
12. 11 Oktober 2013 Baku, Azerbaijan   Azerbaijan 1–0 1–1 Persahabatan

Penghargaan sunting

Zenit

Catatan sunting

  1. ^ Yokhin, Michael (6 July 2014). "Shirokov injury a disaster for Russia". Dicapai pada 6 June 2014.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad FC Krasnodar