Romantisisme

(Dilencongkan dari Romantisme)

Romantisisme (disebut [ro.man.ti.sis.me], Perancis: Romantisme, Jerman: Romantik) merupakan suatu pergerakan seni, kesusasteraan, muzik dan intelektual yang muncul di Eropah dengan tempoh puncaknya sekitar 1800 hingga 1850. Ia dicirikan penumpuan kepada emosi dan keindividualan serta penyanjungan segala benda yang bersejarah, kuno dan mendekati alam sekitar. Ia merupakan hasil tindak balas kepada perubahan meluas yang berlaku akibat Revolusi Perindustrian,[1] norma-norma masyarakat dan politik Zaman Pencerahan yang bersifat keatasan serta rasionalisasi alam sekitar—kesemua ciri ini merupakan asas kepada kemodenan.[2] Gerakan ini menekankan emosi yang kuat sebagai sumber pengalaman penuh estetika yang sahih selain juga kepada emosi seperti ketakutan, seram dan keganasan, dan kagum; terutamanya perasaan yang dialami dalam menghadapi kategori sublimit serta keindahan alam sekitar. Ia meninggikan dan menjadikan seni rakyat dan adat resam kuno serta bukan sahaja sebagai suatu unsur yang diagungkan, tetapi juga kespontanan sebagai ciri yang diinginkan.

Der Wanderer über dem Nebelmeer (1817-1818) lukisan Caspar David Friedrich, antara karya paling utama dikenali dari gerakan seni ini.

Semangat dan jiwa yang digalang pergerakan ini tidak sahaja menonjol dalam seni visual, muzik dan sastera, malah juga terhadap pendekatan dalam mencatat dan menulis mengenai sejarah,[3] pendidikan umum,[4] serta cabang- cabang sains masyarakat dan semula jadi.[5][tiada dalam ayat yang diberikan] Keadaan ini juga banyak mempengaruhi fahaman politik yang utama termasuk liberalisme, radikalisme, konservatisme dan nasionalisme.[6]

Pengembangan sunting

Pergerakan ini dipercayai muncul daripada peluasan aspek seni dibawa karya-karya penceritaan berprosa umum di Eropah yang meluas pada abad ke-18[7] di mana karya-karya ini sering mengemukakan tema pengembaraan, kesetiaan dan kehormatan.[8] Karya-karya ini sering ditulis dalam bahasa-bahasa Romawi (langues romanes, lingue romanze) berbanding bahasa Latin yang dianggap terhad dalam lingkungan formal,[7] maka bentuk medium ini diberi nama "roman" (Roman, romanzo) - ia turut diserapkan malah pernah dilazimkan dalam bahasa Melayu[9]:II[10] semasa zaman Poedjangga Baroe (seperti pada karya Hamka) sebelum terganti dengan nama "novel" pinjaman bahasa Inggeris.

Titik mula peluasan idea dibawa karya-karya ini mula dicetuskan tahun 1790-an oleh August Wilhelm Schlegel dan Karl Wilhelm Friedrich Schlegel yang membincangkan perbezaan romantische Poesie ("puisi romantik") yang wujud sezaman mereka dengan karya-karya terdahulu "klasik"; Friedrich Schlegel turut mengukuhkan pembezaan ini dalam karangan Gespräch über die Poesie ("Pembicaraan mengenai Puisi", 1800) yang menekankan nukilan William Shakespeare dan Miguel de Cervantes sebagai contoh karya "romantik" sedemikian.[11][12] Takrifan ini semakin dibiasakan dalam catatan De l'Allemagne (1813) karya Germaine de Staël yang menceritakan perjalanannya serata Jerman.[13]

Aspek utama sunting

Penulisan sunting

Sastera yang dinukilkan pada zaman ini sering datang daripada membangkitkan atau menilai semula kejadian atau peristiwa yang berlaku pada zaman-zaman terdahulu serta menghubung kuat dengan emosi atau persekitaran latar yang diwujudkan dalam karya.

Seni bina sunting

Reka bina yang wujud dalam lewat abad ke-18 tercetus secara tindak balas terhadap aliran neoklasik yang dianggap terlalu tegar dengan membangkitkan perasaan nostalgia terhadap zaman atau masyarakat yang lebih mudah dan damai atau sebagai menghormati tradisi setempat sedia ada, lagi-lagi yang asal Zaman Pertengahan ataupun sastera sezaman yang turut terdedah gerakan ini seperti karya-karya Victor Hugo and Walter Scott.[14]

Pelukisan sunting

Unsur Romantisis mula ditonjolkan dalam lukisan panorama dari seawal tahun 1760-an: para pelukis sering melukis landskap pemandangan dan fenomena alam sambil menekankan kesan dramatis pada cahaya, atmosfera da warna-warna sekitaran untuk menggambarkan alam yang difikirkan dinamis dan mampu menyebabkan rasa takjub pada pemerhati.[15] Lukisan-lukisan ini adakala juga boleh menerapkan perlambangan dan alegori sambil kelihatan agak kelangkaan sepertimana yang dibuat karyawan Jerman seperti P. O. Runge dan Caspar David Friedrich.[15]

Pemuzikan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Romanticism. Retrieved 30 January 2008, from Encyclopædia Britannica Online". Britannica.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2005. Dicapai pada 24 Ogos 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Casey, Christopher (30 Oktober 2008). ""Grecian Grandeurs and the Rude Wasting of Old Time": Britain, the Elgin Marbles, and Post-Revolutionary Hellenism". Foundations. Volume III, Number 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2009. Dicapai pada 14 Mei 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ David Levin, History as Romantic Art: Bancroft, Prescott, and Parkman (1967)
  4. ^ Gerald Lee Gutek, A history of the Western educational experience (1987) ch. 12 on Johann Heinrich Pestalozzi
  5. ^ Ashton Nichols, "Roaring Alligators and Burning Tygers: Poetry and Science from William Bartram to Charles Darwin," Proceedings of the American Philosophical Society 2005 149(3): 304–15
  6. ^ Morrow, John (2011). "Romanticism and political thought in the early 19th century" (PDF). Dalam Stedman Jones, Gareth (penyunting). The Cambridge History of Nineteenth-Century Political Thought. The Cambridge History of Political Thought. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. m/s. 39–76. doi:10.1017/CHOL9780521430562. ISBN 978-0-511-97358-1. Dicapai pada 10 September 2017.
  7. ^ a b Schellinger, Paul (8 April 2014). "Novel and Romance: Etymologies". Encyclopedia of the Novel. Routledge. m/s. 942. ISBN 978-1-135-91826-2.
  8. ^ Saul, Nicholas (9 July 2009). The Cambridge Companion to German Romanticism. Cambridge University Press. m/s. 1–. ISBN 978-0-521-84891-6.
  9. ^ "'roman' - Maklumat Kata". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 22 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  10. ^ Sarwadi (2004). Sejarah Sastra Indonesia Modern. Yogyakarta: Gama Media.
  11. ^ Ferber, 6–7
  12. ^ Athenaeum. Bey F. Vieweg dem Älteren. 1800. m/s. 122. Ich habe ein bestimmtes Merkmahl des Gegensatzes zwischen dem Antiken und dem Romantischen aufgestellt. Indessen bitte ich Sie doch, nun nicht sogleich anzunehmen, daß mir das Romantische und das Moderne völlig gleich gelte. Ich denke es ist etwa ebenso verschieden, wie die Gemählde des Raphael und Correggio von den Kupferstichen die jetzt Mode sind. Wollen Sie sich den Unterschied völlig klar machen, so lesen Sie gefälligst etwa die Emilia Galotti die so unaussprechlich modern und doch im geringsten nicht romantisch ist, und erinnern sich dann an Shakspeare, in den ich das eigentliche Zentrum, den Kern der romantischen Fantasie setzen möchte. Da suche und finde ich das Romantische, bey den ältern Modernen, bey Shakspeare, Cervantes, in der italiänischen Poesie, in jenem Zeitalter der Ritter, der Liebe und der Mährchen, aus welchem die Sache und das Wort selbst herstammt. Dieses ist bis jetzt das einzige, was einen Gegensatz zu den classischen Dichtungen des Alterthums abgeben kann; nur diese ewig frischen Blüthen der Fantasie sind würdig die alten Götterbilder zu umkränzen. Und gewiß ist es, daß alles Vorzüglichste der modernen Poesie dem Geist und selbst der Art nach dahinneigt; es müßte denn eine Rückkehr zum Antiken seyn sollen. Wie unsre Dichtkunst mit dem Roman, so fing die der Griechen mit dem Epos an und löste sich wieder darin auf.
  13. ^ Ferber, 7
  14. ^ Weber, Patrick, Histoire de l'Architecture (2008), p. 63
  15. ^ a b "Romanticism". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-21.

Pautan luar sunting