Romeo vs Juliet adalah sebuah telefilem Malaysia 2018 arahan Nizam Zakaria terbitan Aquila Emas Sdn Bhd. Telefilem ini telah ditayangkan pada 22 Julai 2018 di saluran ntv7.

Romeo vs Juliet
Genre
PenciptaSyarizan Md Isa
Ditulis oleh
  • Tommy Loh
  • Pouvin
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifZizan Nin
PenerbitSyarizan Md Isa
Penyunting
Tempoh siaran87 minit
Syarikat penerbitan
Aquila Emas Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalntv7
Format gambarHDTV 1080i
Julung kali ditayangkan di
Malaysia Malaysia
Siaran asal22 Julai 2018[1]

Sinopsis sunting

Haikal, Imran, Julie and Yasmin menetap di sebuah kawasan perumahan urban. Mereka berempat adalah contoh 'yuppies urban' yang amat menghargai individualiti masing-masing.

Haikal (Fahad Iman) bekerja sebagai dermatologist dan teman baiknya Irwan (Haris Zainuddin) seorang pereka fesyen. Persamaan mereka adalah majoriti pelanggan adalah wanita, tetapi masing-masing belum mempunyai kekasih hati.

Julie (Eyka Farhana) yang bekerja sebagai jurutera dan Yasmin adalah sahabat karib dan baru berpindah di kawasan kejiranan Haikal. Disebabkan sibuk dengan kerja dan kehidupan masing-masing, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Julie dan Yasmin sering mendengar suara jiran mereka yang selalu berkaraoke tetapi menyanyi sumbang. Nampak juga kelibat lelaki dan wanita keluar masuk di rumah itu. Ada ketika berlaku pergaduhan di rumah jiran mereka sehingga menimbulkan syak wasangka Julie dan Yasmin yang jiran mereka penjenayah serta menyembunyikan perkara yang tidak bermoral.

Pada masa sama, kedua-dua pasangan ini saling berkenalan dan jatuh hati antara satu sama lain di lokasi dan acara yang berbeza. Selain bercinta sebagai pasangan kekasih mereka sering meluahkan permasalahan kepada teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka pula tidak mengetahui kisah dan kejadian yang diluahkan pasangan masing-masing sebenarnya merujuk kepada mereka sendiri.

Pelakon dan watak sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Romeo Vs Juliet (ntv7)". myinfotaip.com.

Pautan luar sunting