Buka menu utama
Sebuah masjid di Pekan Rompin

Rompin merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia. Terletak di antara Gemas dan Bahau, Rompin membangun sebagai sebuah bandar untuk masyarakat tempatan berdekatan. Kampung di sekitar Rompin adalah Kampung Baru Rompin, Kampung Sri Rompin, Kampung Balai Cina dan Kampung Tanah Panjis. Pekan Rompin ini terletak di jajaran jalan raya antara Gemas dan Bahau. Merupakan sebuah pekan kecil yang bagi masyarakat kampung berdekatan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian. Selain kampung tradisional Melayu, Pekan Rompin juga menjadi tumpuan kepada penempatan ladang-ladang yang berdekatan seperti Bukit Pilah Estate dan New Rompin Estate. Kemudahan awam di pekan Rompin meliputi sebuah pejabat pos, masjid, balai polis, sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Rompin}, sekolah Tamil dan sekolah Cina. Rompin didiami semua penduduk berbagai bangsa sesuai degan konsep 1Malaysia.

Kemudahan AwamSunting

  1. Pejabat Pos
  2. Masjid ( sudah usang )
  3. Sekolah Rendah (aliran Kebangsaan Melayu , Cina dan Tamil)
  4. Balai Polis (Penagih Dadah berleluasa)
  5. Pejabat Penghulu (Mukim Jelai)
  6. Pasar yang baru Baik Pulih
  7. Kedai Makan MARA
  8. Kedai Runcit
  9. Stesyen Minyak - Petronas
  10. Perpustakaan Desa Rompin (Had pada orang kenamaan )
  11. Mesin ATM (BSN) - Di Petronas
  12. Klinik 1 Malaysia Taman Melor